Tuesday, July 31, 2012

Tin Toys (NOT FOR SALE)

Salam,


Aku memang dah lama tak mengumpul Tin Toys sejak dah jual banyak koleksi tin toys aku beberapa tahun yang lepas. Cuba klik SINI, SINUN & SININ. Tapi aku tak jual semua, jual takat yang mana aku dah tak mau saja. Tapi gambar yang di atas ni aku bru jer dapat. Beli from kolektor. Dan rasa-rasa belum mau jual lagi. 

 Penguin - jalan kedek-kedek bila lepas kunci.

 Ayam - pun jalan melompat-lompat bila kunci dilepaskan.

 Burung swallow - mematuk-matuk 

Fire engine - bergerak ke hadapan.

Koleksi diatas merupakan 4 jenis koleksi miniature saja. Aku suka collect jenis yang kecik-kecik ni. Nak display pun senang dalam lemari. Aku yakin korang yang otai-otai sure punya koleksi yang lagi gempak dari aku. Anyway, just untuk tontonan sahaja, not for sale. Thank you

Sebelum terlambat, semalam aku ada letak satu tin toys kuda funfair dalam FB tapi belum sampai sejam, dah di BOOKED oleh sorang customer. So aku cuma dapat tepek saja lah gambar tin toy tersebut. Harganya RM80 sahaja.

Ni dia tin toy berkenaan.

No comments:

Post a Comment