Wednesday, March 30, 2011

Lampu Siling Moden (SOLD!)

Salam,

Actually, lampu ni bukan aku punya. Member aku minta tolong jualkan disebabkan dia baru pindah rumah. Banyak sangat khazanah-khazanah yang dia dah takmo, dia nak tolak (ada lagik sebenarnya, aku tak larat nak masuk kan semua). Lampu ni kondisi masih baik sekali. Designnya memang modern dan minimalise concept, memang ada kelass. Ada 16 bulb semuanya untuk lampu (guna le energy saving bulb, kang pengsan plak tengok bill letrik haha). Katanya dia beli kat 'garage sale' tapi bukan kat sini, masa dia belajar di Hull. Anyway layanzz...aku sempat snap satu foto sebelum dia simpan balik dalam kotak. Katanya...menyemak mata hehe

Harga: RM350 SOLD TO EN. RASDAN


Lama sungguh aku tak online dan memblogging, bukan apa aku now busy dari biasa maklum lah aku dah kena takeover keje-keje ex-boss aku yang berhenti. Sorry recently bz giler hehe..sorry bebanyak ler kengkawan. Pada mana-mana customer yang tak sempat-sempat lagi aku nak deliver barang, harap bersabar. Mungkin ada masa aku free nanti, aku akan hantar barang-barang tu juga. Untuk yang dah booking almari, insyaAllah akan dapat juga nanti. Apa-apa aku akan update.

Thanks a lot...

Sunday, March 27, 2011

Almari Antik No. 15 (NOT FOR SALE)

Salam,

Lama tul aku tak update blog, naik bersawang lama-lama blog aku ni. Aku sebenarnya bukan takmo update, aku betul-betul takde masa nak melanguk depan pc terutama weekend. Oh ya, Semalam aku jalan-jalan jenguk kedai barang terpakai somewhere dekat PD, so aku terjumpa la barang ni...

Mula-mula dapat mende ni aku macam takmo ambik coz kondition nampak teruk lah sangat. Tapi bila aku belek-belek semula, cun jugak sebenarnya almari ni kalau simpan. Asalnya, lemari ni kaler kayu (varnish finish la), so aku rasa owner asal tersalah cat kaler turcois light hehe habis tak asli jadinya. Ni kalau aku touch up balik sure cantik. Ni kalau dapat bikin balik sure jadi vintage style cabinet ala english or retro style. Kalau aku biarkan macam ni pun ok gak. Nanti le aku usaha kan buat something...

Pandangan hadapan

Close up laci (tempat letak sudu dan garfu)

Pandangan sisi

Ukuran kabinet ni adalah seperti berikut; 57 inci lebar, 17 inci depth dan 45 inci tingg. Barang ni masih 'NOT FOR SALE' lagi. Kalau ikut kata aku memang belum mau jual lagik. Tunggu le next entry.

Sekian

Wednesday, March 23, 2011

Almari Antik No 8 (SOLD!)

Pada saat entry ini ditulis, almari ini telahpun dijual dan diserah kepada pemilik barunya di Klang on 18/3/11. Thanks..Lama betul aku tak menaip, bukan apa aku memang busy sejak kebelakangan ni sampai tak sempat nak menatap PC setiap malam. Dah la tu, dah 2 minggu ni aku dalam proses menjual rumah aku dan alhamdulillah 2 hari lepas dah dapat buyer. Thanks mudah.my banyak membantu aku. So now aku dah mula pelan-pelan kemas rumah untuk pindah rumah tapi kemungkinan lepas raya ler. Oklah, start next week insyaAllah aku akan aktif semula menjual barang..hehe

Posting Asal (9 August 2010)

Salam,

Almari jenis pintu slide (tolak) ni orang tak berapa nak beli. Tapi bagi aku almari antik ni cantik kalau dah di restore (baikpulih) Kaca pintu semua complete, cuma compartment yang kanan bawah tu dah takde pintu. Takpe nanti aku buat balik. Ruang meletak barang sangat luas.

Panjang almari 40 inci x tinggi 31 1/2 inci x depth 12 inci.
Kalau almari No 6, aku jumpa kat bawah rumah, yang ni aku jumpa kat belakang rumah. Almari No 7 pulak very rare. Cover laci kanan bawah aku dah tukar buat sendiri. Yang ni boleh letak banyak teko dan alasnya kukuh jangan risau.


SEBELUM (BEFORE)



SELEPAS DIBAIKPULIH (AFTER)

So, harganya aku dah tetapkan RM450 sahaja siap hantar ke Klang Valley sahaja. Lain-lain tempat kena caj. So apa-apa sms ler.

Tuesday, March 15, 2011

Pelbagai 1

Salam,

Lamanya aku tak berblog!

Last entry 5 March, but now dah 15 March maknanya dah 10 hari aku tak berblog. Bukan sengaja lupa dan bukan aku buat-buat lupa tapi keje aku banyak dan aku tolong wife aku siapkan 3 assignment OUMnya. Alhamdulillah, semalam dah submit and memang lega la bro. Lagipun, memang aku ada beberapa barang nak let go, tapi tak sempat nak snap foto semua dalam satu entry. Tak dan..

Almari pun aku tak sempat nak ambik dan yang ada kat rumah ni pun aku tak sempat nak baikpulih. Tengok lah sikit hari lagi. Anyway, 2 hari lepas aku sempat plak tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat GCS Alamanda hehe..

Ok lah, berbalik pada pelbagai barang ni yang aku nak let go. Ada yang baru dapat, ada yang dah lama dapat from beberapa tempat di mana aku sempat hunting. Apa lagi kalau bukan carik kat rumah-rumah orang. Itu ler aku...

Barang 1 - Gelas 7up Fido Dido 1985.




Gelas 7up 1985 Fido Dido "Dance to a different beat". Harga: RM12 satu. Ada 5 biji semuanya. Aku dapat kat rumah orang.

Barang 2 - Victorian style wall lamp



Yang ni pun aku dapat kat rumah lama. Masih dalam keadaan baik Victorian/English style wall lamp ni. Harga: RM60 (nego). Wire nya pun masih ok. Mentol je kena beli.

Barang 3 - Victorian style ceiling lamp

Hah, yang ni NOT FOR SALE. Aku nak letak kat rumah aku hehe..sebab tu aku tak amik gambar banyak, snap satu je.

Sms or email aku for further details. Thanks.

Regards,



Saturday, March 5, 2011

Cawan Bujang Extra

Salam,

Hari ni a sedikit slow coz penat bekerja di sepanjang minggu kot. Aku ucapkan 'Selamat berhujung minggu' kepada semua pembaca. Hari ni takda apa-apa aktiviti rasanya nak aku buat. Malam kang nak pi Kajang sat makan sate. Ni ada beberapa cawan bujang extra yang boleh dijadikan simpanan sekiranya pecah or hilang. Ada 3 jenis bunga seperti di bawah:-

Harga: RM9 satu/each (takleh kurang)

Cawan 1 (SOLD!)


Yang ni aku tak tahu bunga apa tapi memang le bunga rose. Harga seperti di atas. Semua ada 4 biji sahaja.

Cawan 2


Yang ni rose 4 kuntum or 5 kuntum kot. Ntah le. Yang ni ada 3 biji jek. Bawah tu seakan ada curve line warna emas.

Cawan 3 (BOOKED!)
Yang ni aku tau bunga peonies. Ada 2 jer.

Ok ler, kalau berkenan silalah sms and rojer aku. Hari ni kalau sesiapa duk Kajang or Putrajaya boleh le aku singgah hantar barang yang di beli.

Chow dulu...

Thursday, March 3, 2011

Koleksi Teko Aku Episode 1 (NOT FOR SALE)

Salam,

Takde apa nak dibuat today, so aku compile kan balik gambar-gambar all the teko yang aku dapat dan aku simpan tak jual. Koleksi teko aku tak sebanyak mana pun hehe... Sebabnya... aku suka simpan corak-corak yang jarang kita jumpa (tapi mungkin ada blogger dan kolektor yang dah ada corak-corak ni) dan corak yang susah nak carik nowadays. Kalau bunga kangkung (BK) tu memang banyak kat pasaran, so aku tak berapa nak simpan. Kebanyakan teko-teko ni aku carik di merata pelusuk negara. FYI, aku bukan kolektor tegar teko-teko ni, aku saja suka-suka mana tahu esok lusa aku rasa nak jual. At that time rega pun dah tak sama le macam sekarang. Sorry again, kebanyakan corak bunga kat teko aku tak berapa arif. Mungkin ada geng-geng boleh bagitau.

Dalam Episode 1 ni, antara corak teko yang aku ketengahkan seperti di bawah:-


Teko 1 - Alladin Bunga Pine ke? Sapa ada corak ni? Aku dapat di Johor (Pekan Yong Peng)

Teko 2 - Pemandangan scenery kilang teh kot. Very thong san punya corak. Aku dapat dari Seremban (kedai ubat singseh).

Tulisan kat bawah tulis tahun 1971 (aku pun belum lahir).

Teko 3 - Gambar pemandangan laut dan darat. Dapat dari tempat yang sama. Tahun 1971. Tempat aku dapat sama macam atas.


Teko 4 - Corak wild triple roses ke ni? Hehe...sure ramai yang ada jenis ni. Ni aku dapat kat mana aku pun tak ingat haha..


Teko 5 - Alladin Rose Hijau kan? Haha..satu dah jual, ada satu lagik. Yang ni aku dapat dari Rembau umah sedara den.


Teko 6 - Yang ni aku agak wild roses ke? Hah yang ni den dapek juga dari Rombau.

Itu aja kali ni. Jumpa di Episode 2 akan datang.

adiosss...

Tuesday, March 1, 2011

Almari Antik No. 11 (SOLD!)

Salam,

Updated (1 Mac 2011)

Semasa entry ini ditulis, masih belum dimiliki oleh sesiapa. Ni dia selepas dibaikpulih sepenuhnya dengan cermin yang baru dan divarnish. Now open for sale again.

Specs: Tinggi termasuk kaki 90 cm x lebar 105cm x depth 40cm
Harga: RM300 (SOLD TO MIE)


Posting Asal (6 Jan 2011)


Almari ni lama dah aku simpan cuma belum sempat untuk dibaikpulih sejak awal puasa lagi. Dapat kat area Batu Kikir, Kuala Pilah (batu...kikir jombatan bosii...hehe jauh tu!). Actually ada lagi 2 biji langsung belum pun aku sentuh, tak sempat dengan raya lagi, dengan nak ngecat rumah lagi. Yang ni pun alhamdulillah aku baru siap semalam. Size panjang 3 1/2 kaki x tinggi 3 kaki x depth 1 kaki lebih sikit. Pintu jenis sliding kaca (tolak) sesuai untuk display pinggan mangkuk or botol coke.

Almari ni buatan tahun 1974. Macam mana aku boleh tahu almari ni buatan tahun tersebut? Hehe.. coz masa aku dapat almari ni, aku kemas-kemas dalamnya so terjumpa la alas surat khabar yang owner asal letak kat dalam tu. Aku terpandang tarikh kat surat khabar tu tahun 1974. Masa tu aku umur baru 1 tahun, baru je pandai jalan. Tapi sayang, surat khabar tu dah reput tak dapat diselamatkan. Pegang jer dah belerai.

Tapi cantik lagi. Sebelah kiri ada sliding door cermin dengan ruang display yang unik susunannya. Banyak pinggan mangkuk cawan boleh buh kat sini. Jangan risau, kayu meranti ni. Tak rebah punya. Yang sebelah kanan plak, cabinet tertutup, so boleh le letak barang-barang peribadi dengan siap ada kunci lagi. Kunci tu aku dah baikpulih, so ada kunci baru.

Sekian terima kasih.