Tuesday, August 17, 2010

Hari Raya dah nak dekat

Salam lagi,

Bongkar-bongkar lagi aku jumpa beberapa item yang related dengan hari raya. iaitu bekas kuih. Now dah hari ke 7 puasa. Thats why aku letak entry aku seperti di atas. Item ni merupakan sebahagian dari lebihan barang untuk extra kalau-kalau tak cukup boleh la di tambah bagi menceriakan suasana hari raya anda. Lelong, lelong, lelong...hehe


Piring dodol kaca saiz biasa (diameter 5") ada 2 jenis kaler coklat dan biru. Rega: RM6 saja satu (SOLD!).


Piring dodol/wajik kaca saiz kecik (diameter 4" - yang ni rare sikit), jarang jumpa saiz ni. Ada 7 semuanya kaler coklat. Rega: RM5 saja satu (SOLD!).


Bekas kuih 'rectangular shape'. Kacanya sangat tebal.Tinggal satu jer, boleh buat extra. Rega: RM8 aja satu (BOOKED).


Bekas kuih bulat macam biasa lah korang mesti pernah tengok ini bekas la. Bekas kuih ni cuma tinggal 3 saja. Yang satu tu tutup dia lain dari yang lain. (gambar ke 2) Rega: RM7 sahaja satu.


Lapik or Alas gelas lama. Ada 5 atau 6 rasanya ambik la semua RM10 (SOLD!).

Semua item kondisi masih elok lagi. Esok aku akan masuk wad, maknanya mungkin minggu depan aku akan memblogging balik, insyaAllah...

Monday, August 16, 2010

2 teko tanpa tutup dan 2 cawan bujang kangkung

Salam di bulan yang mulia,

Tajuk entry kemain panjang lagi, tapi barang tak lengkap. Aku terpaksa let go oleh kerana space takde nak letak. Nak simpan, nanti aku lupa plak. Lagipun nak dekat raya ni, aku letak rega murah-murah dah ler. Lagipun item ni boleh dijadikan 'spare' or extra kalau-kalau yang ada tu pecah ke.

Aku kalau dapat teko yang macam ni, mesti tutup dia takdak. Samada pecah ataupun hilang tu yang tension tu. Anyway, teko kotak punya pasal aku dah basuh siap-siap teko ni...layanzz



Teko kotak ni gambar bunga dan pemandangan, masih cantik cumanya takde tutup aja. Kalau lengkap aku jual RM100 tapi yang ni takde tutup so aku letak harga: RM50 aja (SOLD TO KAK ZIE). Kalau sesiapa ada tutup ambil la teko ni. Teko jenis kotak memang susah dapat nowadays. For me, its worth buying!.


Teko bunga ros jambatan ni saiznya lebih kecil sikit dari biasa (sederhana kot) bukan yang biasa tu korang nampak tu. Pun tarak tutup jugak. Tutup yang korang nampak kat gambar tu takleh nak ngam la, aku dah cuba banyak kali. Tak tau kenapa. Yang ni rega: RM25 sahaja.

Yang ni plak dua (2) cawan bujang bunga kangkung. Ni memang ada lebih, aku dapat kat kedai apeks. Kalau nak buat extra untuk hidangan air kopi di bulan yang mulia ni boleh la ambik dua-dua sekali. Rega: RM5 aja satu.

So, apa-apa kemusykilan sila sms aku. Selamat menjalani ibadah puasa...

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi

Salam,

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Hari ni dah puasa hari ke-2. Tapi kalau tahun lepas aku dapat berpeluang meniaga kat Bazaar@Maeps tapi tahun ni aku dah tak berpeluang lagi. Takpe la bukan rezeki aku. Tapi aku tetap bersyukur.

Aku akan masuk operation theater lagi this coming 19 Ogos 2010 untuk operate 'slip disc' aku, kalau hari tu aku cuma buat injection aja. Tapi kali ni major operation.

Apa yang boleh aku bagitau semua, minta doakan semoga semuanya berjalan lancar dan semuanya selamat. Amin.

Saturday, August 7, 2010

Almari Antik No. 7 - (SOLD TO FENDI PANDAN JAYA)

Salam,

Almari ni aku nak let go coz baru dapat yang baru hehe....nanti dalam next blog aku update kerana belum 'touch up' lagi. Takpe, next entry aku tunjuk la don't worry.

Ok berbalik kita pada almari ni. First aku nak bukak offer ONLY PADA QUE LIST DULU. In case kata customer-customer dalam que list takdak sorang pun yang mau, baru aku OFFER PADA SEMUA PEMBACA BLOG.

Ok dimension almari display antik ni tinggi 34 6/12 inci x lebaq 29 6/12 inci x dalam (depth) 12 inci. Harga: RM750 (Free penghantaran bagi customer yang duduk di Seremban, Nilai, Sepang, Dengkil, Banting, Sg Pelek, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Seri Kembangan, Equine, Puchong dan yang dekat2 sahaja).

Kalau jauh contoh: Rawang or Sg Buloh aku caj cuma RM20 aja (tak mahal kan? untuk cover duit tol dan minyak aku kurang2 lega la sikit). Mana yang luar kawasan Lembah Klang, Seremban or Nilai aku takleh tolong la.



Sms or call aku secepat mungkin. Aku kira first come first serve basis bagi yang que dan blogger. Zul 013-2296679

Friday, August 6, 2010

J&G Meakin Circa 1961 - 1977

Yang kiri tu Johnson Bros dari previous entry

Salam,

Yang ni merupakan 2 jenis pinggan dan piring J&G Meakin England antik koleksi Romantic England (Circa 1961 - 1977). Aku kombinasikan dengan Johnson Bros entry yang lepas, nampak seragam aja.

Specs yang dua ni seperti berikut:-

Piring bawah ni berdiameter 5 8/12 inci dengan warna coklat (genuine hand engraving). Scenary/ Pemandangan pada piring berlatar belakangkan "Penshurst Place - Kent C 1341, Historic ancestral home of the sidneys Sir Philip Sidney poet and soldier were born here"

Price: RM60


Yang bawah ni pinggan makan berdiameter 7 3/12 inci dengan warna coklat (genuine hand engraving). Scenary/ Pemandangan pada piring berlatar belakangkan "Bramall Hall - Cheshire, Part of Bramall Hall dates back about 1400 but most of it rebuilt between 1500 - 1600. It is probably the finest surviving example of a half timbered tudor manor house"

Price: RM70


Sms jika berminat.

Thursday, August 5, 2010

Johnson Brothers Cotswold 1979 (RESERVED)


Salam,

Ni vintage item Johnson Brothers (JB) Cotswold England Circa 1979 (Stoke on trent). JB jenis ni keluaran tahun 1979 dan telah dihentikan pembuatannya (discontinued) pada tahun yang sama. Maknanya ia hanya dikeluarkan dalam masa setahun saja untuk (cotswold) design yang ni. Jadi, jenis ni memang limited edition la yer. Ada 3 colour saja dikeluarkan iaitu Biru, Pink dan Coklat. Yang ni colour coklat.

Aku ada satu jer yang ni kira vintage and rare. Kalau nak lagi aku carik kan. Yang ni piring kecil letak gula-gula dengan diemeter 4 3/12 inci. For more info, please view blakang piring kat gambar.

Harga: RM35 sahaja (RESERVED).

Ok. Macam biasa sms or call me.

Wednesday, August 4, 2010

Teko Pink (SOLD!)



Teko Pink karer ni hanya satu jer dalam simpanan. Nak let go jer kalau ada yang kumpul koleksi pink karer ni (i bet mesti ada punya). Nak kata buatan Goh Ban Huat or JG Meakin pun bukan. Takde chop kat bawah. Tapi lama dah den dapat tahun 2008 lagi. Cuma aku simpan for my personal collection, now baru rasa nak jual.

Rega: RM66 (SOLD!)


Sms gua di 013-2296679 (aku lupa nak letak setiap kali buat entry hehe...sorry)

Tuesday, August 3, 2010

Bangku Kopitiam (BOTH SOLD!)

Salam,

Ada dua bangku kopitiam dah dibaikpulih (restored) untuk dijual. Masih cantik kondisinya. Dulu aku beli bangku ni masa zaman aku bujang lagi tahun 1998. Beli sekali dengan set kopitiam kerusi yang ada sandar tu. Now, kerusi tu dah tinggal 3 aja, yang bangku ni memang aku ada 2. Aku dapat lebih kurang 15 biji masa zaman tu. Dah jual 12 bijik.

Rega: RM25 sebiji (SOLD!)


Macam mana nak ambik barang ni yek? Yer tak yer jugak. Hari khamis (5/8/10) aku akan ke PJ, so sesapa nak ambik ni time tu boleh kot aku hantar sat. Sms sajor..

Monday, August 2, 2010

Dua teko terbiar for sale

Dua teko terbiar for sale, satu tu sebab ada lebih 1 dan yang satu lagi tu tutup dia pecah. So, terbiar la item ni kaedahnya, takde sapa yang sudi meletaknya untuk di display kan.



Teko bunga padi aladin. Yang ni kira biasa la, korang semua dah ada kot. Kalau nak tangkap satu lagi apa salahnya.

Rega: RM65 (nego).


Teko bunga tak tahu. Hah, yang ni ler aku kata takde tutup. Sesiapa yang ada tutup lebih tu boleh le beli ni.

Rega: RM30 (kalau ada tutup aku jual RM45)

Sunday, August 1, 2010

Teko Sepasang

Salam,

Malam ni ada 2 pasang teko to let go. Kondisi dua-dua 'superb' jangan risau.

Yang ni teko biasa la korang semua maklum bunga al-kangkingkung. Teko saiz normal besar dan sederhana.

Harga sepasang: RM40 sahaja (Sederhana RM15, Besar RM25)

Teko coklat made in China. Satu kecik, satu sederhana. Teko ni kalau letak dalam lemari cantik jugak.

Harga sepasang: RM30 sahaja (Kecik RM12, Sederhana RM18)

Sms la yer.