Monday, December 26, 2011

Almari Antik No. 18 (KIV sale)

POSTING ASAL (KIV SALE)

Almari ni adalah dari jenis kaca slide belah atas dan bawah tu (seperti dalam gambar). Belah kanan bawah tu ada storage berpintu tertutup (formica) dan laci kat atasnya. Keadaan dalam gambar masih belum 'restore' lagi. Harga yang tertera tu termasuk kos baikpulih sekali. Saiz nanti aku tepek (tak sempat nak ukur daa).

Harga: KIV dulu (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja dan siap di baikpulih 'restore').

sila hubungi saya untuk BOOKING.

RECENT POST (26 Dec 2011)

Tu posting asal kat atas masa sebelum dibaikpulih. Aku start buat almari ni dah lama jugak, sikit-sikit kalau ada masa even malam hari bekerja.

Anyway, aku sempat gak snap beberapa foto kronologi proses baikpulih tersebut. Sila lihat gambar-gambar di bawah ni...


Proses filler mana-mana area yang dah pecah dan berlobang (yang berwarna putih). Kena guna filler kayu yang ada jual kat kedai hardware tu. Lepas filler, kena guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu tersebut supaya nampak 'smooth'.

Proses memasang pintu baru. Asalnya ruang ni adalah laci dan kabinet bertutup penuh. Aku dah tukarkan ke pintu kaca. Totally ubah 100% untuk zone ni. Gambar atas menunjukkan pintu kaca yang telah dipasang.

Para dipasang di tengah-tengah untuk menambah ruang untuk meletak barang pameran.

Setelah di cat semula dengan kaler biru muda untuk warna ruang dalaman.

Zoom out selepas cat.

Selepas di cat warna coklat.

Inilah dia telah siap sepenuhnya.

Regards,

Thursday, December 15, 2011

Speaker Kayu (SOLD)

Salam,

Speaker ni aku baru dapat semalam. Dan aku dah test power tadi. Berfungsi dengan baik sekali. Bunyi best. Speaker kayu ni buatan Jepun. Tahun dibuat 'unknown'. Saiz memang agak besar, nanti aku masukkan dimension nya.

Harga : RM180 (SOLD!).

Sila collect and COD di Putrajaya. Thanks

Sms kalo berkenan.

Friday, December 9, 2011

Bekas besi bertingkat

Lamanya aku tak dapat update blog. Busy yang teramat, so cara yang senang now aku lebih kepada jual di FB. Senang, coz kat mana-mana ko boleh update using i-phone. Ada gambar terus snap saja.

Anyway, aku terlupa satu barang ni. Ni barang aku tak tau apa namanya, so aku sebut la seperti tajuk kat atas. Bekas besi bertingkat bentuk daun ni belum 'restore' so nampak rust/karat. Lebar dalam 30cm tinggi pun sama 30cm (agak-agak jer). Dulu orang buat letak gula-gula or kuih dalam bekas ni.

Harga: RM40 (nego)

Sila sms jika berminat. Poslaju boleh.