Monday, December 26, 2011

Almari Antik No. 18 (KIV sale)

POSTING ASAL (KIV SALE)

Almari ni adalah dari jenis kaca slide belah atas dan bawah tu (seperti dalam gambar). Belah kanan bawah tu ada storage berpintu tertutup (formica) dan laci kat atasnya. Keadaan dalam gambar masih belum 'restore' lagi. Harga yang tertera tu termasuk kos baikpulih sekali. Saiz nanti aku tepek (tak sempat nak ukur daa).

Harga: KIV dulu (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja dan siap di baikpulih 'restore').

sila hubungi saya untuk BOOKING.

RECENT POST (26 Dec 2011)

Tu posting asal kat atas masa sebelum dibaikpulih. Aku start buat almari ni dah lama jugak, sikit-sikit kalau ada masa even malam hari bekerja.

Anyway, aku sempat gak snap beberapa foto kronologi proses baikpulih tersebut. Sila lihat gambar-gambar di bawah ni...


Proses filler mana-mana area yang dah pecah dan berlobang (yang berwarna putih). Kena guna filler kayu yang ada jual kat kedai hardware tu. Lepas filler, kena guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu tersebut supaya nampak 'smooth'.

Proses memasang pintu baru. Asalnya ruang ni adalah laci dan kabinet bertutup penuh. Aku dah tukarkan ke pintu kaca. Totally ubah 100% untuk zone ni. Gambar atas menunjukkan pintu kaca yang telah dipasang.

Para dipasang di tengah-tengah untuk menambah ruang untuk meletak barang pameran.

Setelah di cat semula dengan kaler biru muda untuk warna ruang dalaman.

Zoom out selepas cat.

Selepas di cat warna coklat.

Inilah dia telah siap sepenuhnya.

Regards,

Thursday, December 15, 2011

Speaker Kayu (SOLD)

Salam,

Speaker ni aku baru dapat semalam. Dan aku dah test power tadi. Berfungsi dengan baik sekali. Bunyi best. Speaker kayu ni buatan Jepun. Tahun dibuat 'unknown'. Saiz memang agak besar, nanti aku masukkan dimension nya.

Harga : RM180 (SOLD!).

Sila collect and COD di Putrajaya. Thanks

Sms kalo berkenan.

Friday, December 9, 2011

Bekas besi bertingkat

Lamanya aku tak dapat update blog. Busy yang teramat, so cara yang senang now aku lebih kepada jual di FB. Senang, coz kat mana-mana ko boleh update using i-phone. Ada gambar terus snap saja.

Anyway, aku terlupa satu barang ni. Ni barang aku tak tau apa namanya, so aku sebut la seperti tajuk kat atas. Bekas besi bertingkat bentuk daun ni belum 'restore' so nampak rust/karat. Lebar dalam 30cm tinggi pun sama 30cm (agak-agak jer). Dulu orang buat letak gula-gula or kuih dalam bekas ni.

Harga: RM40 (nego)

Sila sms jika berminat. Poslaju boleh.

Saturday, November 26, 2011

2 barang for sale

Salam

Lama dah tak berblog. Sebelum aku nak pi bercuti ni, aku nak jual 2 barang ni.

Cawan dan piring bunga ala bakul kaler merah. Aku ada 4 set semuanya. Satu set (1 cawan + 1 piring) RM10. Ambil semua RM35 sahaja.

Piring lauk dan mangkuk lauk ada satu jer. Ambik dua-dua RM15 saja.

Sila hubungi saya di sini or di facebook.

Friday, October 28, 2011

Almari Antik No. 17 (SOLD!)

Salam,

Lamanya aku tak update blog, busy gila baban. Lagipun now dah kureng barang yang nak dijual dengan keje di ofis yang tak habis-habis. Anyway, lemari yang satu ni memang dah lama aku ambik dari rumah orang. Cuma takde masa nak baikpulih. Aku dah start baikpulih sejak minggu lepas lagi. Lagipun last week dah senang sikit, keje kurang.

Lemari ni asalnya ialah lemari solek. Kabinet belah atas tu memang jenis berkaca (atas kaca tebal boleh letak barang jangan risau pecah). Aku dah tukar baru all cerminnya. Kabinet belah kiri tu asalnya papan. Pun aku dah tukar ke kaca. Boleh see thru kalo letak teko dan PML kat dalam.

BEFORE

Lemari pada bentuk asal, ni baru lepas dibersihkan. Asalnya orang tu buat reban ayam jer. So faham-faham je lar.

Selepas divarnish dan dicat (biru muda kat dalam)

Ruang di bawah ni asalnya aku tak tau apa. Tapi aku rasa laci or pintu. Aku letak base untuk letak mentol (lihat gambar atas lampu bersaiz E12).

zoom dekat base lampu

AFTER
Tadaaaaa....siap sudah. Cuma gambar dalam keadaan mentol menyala belum letak. Esok aku tepek gambar.

Berdasarkan interview dengan tuan rumah tu, dia kata beli lemari ni tahun 1970an so aku andaikan ni ala retro la kaedahnya. Bawah tu aku letak kaca lut cahaya (warna hijau) yang biasa kita lihat kat rumah-rumah melayu lama. Aku letak mentol supaya ia nampak berlampu.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ukuran lemari ini ialah 113cm lebar x 44cm dalam x 60cm tinggi (termasuk kaki).

Harga: RM480 (SOLD!).

Sila hubungi saya secepat mungkin sebelum kene rembat hehe.

Thursday, October 20, 2011

Piring Claytan



Lamanya tak update blog, naik bersawang dah huhuhu. Ada satu piring menarik for sale. Gambar seperti di atas. Piring ni 6" gambar scenery brand 'Claytan'. Local product, tapi used item. Ada sebiji je daa. Masih cantik dan dabom.

Price: RM30

Sms jika berkenan.

Monday, October 10, 2011

Turene Belanda (SOLD!)

Salam,

Turene saiz mini for sale. Corak ala Belanda, panjang hujung (tangkai) ke hujung dalam 22cm. Kondisi baik dan superb. Boleh COD this Saturday (15/10) di Shah Alam or Amcorp Mall.

Harga: RM70 (SOLD to Kak Ilah Jerantut)

Adios...sila sms jika berkenan

Saturday, October 8, 2011

Guess Handbags

Salam,

Ada 2 beg tangan (handbag) nak jual. Kedua-duanya Original dan kondisi masih baik punya...




Used Guess Handbag Type A. Bought in 2011, mint condition (baru dan tak pernah digunakan sejak beli). Comes with FREE dust bag. Very big and spacious compartment and still with price tag (see pic 3). Dimension 14in width x 18in height.

Price: RM350 (can nego).

Poslaju add RM15. Sme me for details.




Used Guess Handbag Type B. Bought in 2010 dengan colour menarik Purple still in good condition. Comes with dust bag. Very big and spacious compartment. Dimension 18in width x 15in height.

Price: RM100 (SOLD).

Poslaju add RM15. Sms me for details.

Adioss

Monday, October 3, 2011

Side Table Antik (SOLD)

Salam,

Semalam pi PD tapi bukan aku hunting pun. Aku pi hi-tea jer sambil lepak pantai. Anyway, this item dah lama aku dapat cuma semalam baru la sempat baikpulih. Dan today, dah siap sepenuhnya. This item is FOR SALE..

zoom jauh...
...zoom dekat

SIDE TABLE ALA ENGLISH/VICTORIAN

Saiz tinggi 2 1/2 kaki x lebar 1 kaki. Dengan laci kecil. Boleh display anything kat dalam dan atas. Telah dibaikpulih dengan jayanya. hehe..

PRICE : RM180 (SOLD TO ABG BAHRIN)

Salam takzim...

Friday, September 30, 2011

Plastic Signboard Marlboro (SOLD)


Salam,


Ayaaaa, wa malas tulis manyak ma. Wa mau jual ini barang dari era 1980an. Marlboro sign (plastic). Saiz 31cm x 46cm. Still in good condition seperti dalam gambar.

Price : RM70 (SOLD)

Rojer-rojer la

Tuesday, September 27, 2011

Teko Bunga Rhu dan Set Copper

Salam,

Lama dah tak ngadap blog, sejak bertukar ke Facebook. Takpe aku tepek juga entry ni. Ada 2 barang for sale.

Teko dan set bunga Rhu agak rare juga aku dapat dari Rembau. Set ini dengan 5 cawan dan 1 bekas susu. Made in Japan chop di bawahnya. Set ini bersaiz kecil (aku fikir ni set kanak-kanak). Still in good condition seperti dalam gambar kecuali teko ada crack sikit dibelah belakang tapi tak merosakkan keadaan teko.
Price: RM125 satu set.
Yang satu lagi ni plak....

Set Teko copper dengan 4 cawan dan 1 dulang. Saiz agak sederhana (tak kecil dan tak berapa besar). Still in good condition seperti dalam gambar.

Price: RM120 per set.

Rojer-rojer kalau berkenan.

Friday, September 23, 2011

Knob dan Tureen

Salam,

Ada 2 barang nak dijual seperti dalam
fanpage facebook aku.

KNOB/PULLS/TOMBOL PINTU RETRO
1970s knob or tombol pintu untuk dijual, diperbuat dari besi. Buatan Turner Australia. Rare item.PRICE : RM35 sebiji. Ada sepasang.


TUREEN LAMA Staffordshire Tureen 'Chelsea' Made in England. Tahun produce tak diketahui. Dapat kat banglo kerajaan lama. Cuma takdo tutup je. Still in good condition. Lamo dah den simpan ni.

Price: Offer me a good price.


Ok adioss

Thursday, September 15, 2011

Almari Antik No. 9 (OPEN FOR SALE)

Salam,

Pada asalnya aku takmo jual almari ni, tapi akibat nak berpindah rumah aku takmo bawa banyak barang dan perabut. So aku nak jual almari ni. Macam biasa open to CUSTOMER DALAM LIST kalo depa takmo then aku offer to ALL.

PRICE: RM550 (NEGO) + TRANSPORT RM60 TO KLANG VALLEY

Sekian Terima Kasih. Sila sms or email me untuk info selanjutnya.





POSTING ASAL (14 DEC 2010)


Salam,

Lanjutan dari entry semalam. Almari ni aku baru dapat 2 hari lepas, tapi sorry yer aku tak dapat nak jual (NOT FOR SALE) coz designnya aku rasakan unik. Tak tau la pulak kalau tetiba aku tukar fikiran. Aku dapat dari sebuah rumah di Kuala Pilah. Masih dalam keadaan baik dan perlu 'touch-up' a little bit sana dan sini. Yang aku paling suka tang kaki nya yang tegak lurus. Selalu yang aku nampak jenis kaki capah, ular or 'U', tapi yang ni tegak dan tinggi dari biasa. Aku nak baiki sikit dan varnish clear, pastu dah bleh letak barang for display.

Tingginya dalam 5 kaki x 2 1/2 kaki lebar (cuba bandingkan dengan ketinggian anak aku tu). Ada 3 level for display things dan kiri kanan bercermin see through.



Almari ni seperti kata tuan rumah, dia beli pada tahun 1968 dengan harga RM40 aja pada masa tu. Kalau tengok pada alas surat khabar (orang dulu-dulu suka betul alas dalam almari pakai surat khabar hehe) kat dalam tu aku tengok surat khabar tu ada tulis tahun 1969, cuma keratan 'paper' tu aku tak sempat nak selamatkan coz dah dimamah usia, rapuh bebenor. Anyway, kepada sesiapa yang nak masuk 'que' nak dapatkan almari antik pada masa-masa akan datang sila sms or email kat aku secepat mungkin untuk dimasukkan dalam 'que'. Now 'que' dah meningkat ke lebih dari 6 orang (nanti aku cek).

InsyaAllah, friday ni ada lagi satu almari mari. So sapa yang next turn tu pasti akan dapatlah almari tu.

Sekian terima kasih.

Saturday, September 10, 2011

Pelbagai Collectible Items

Salam,

Selingan dari advertise di mudah store aku...

Kadang-kadang bila aku selongkar barang dalam setor, tengok belek-belek barang tu rasa macam sayang nak jual. Bukan apa, satu barang tu kalo dah jual memang susah nak dapat balik. Kalau ada pun akan datang harga dah jauh lebih mahal dari hari ni. Takpe la, aku malas nak simpan terutama barang bersaiz kecil. Kadang-kadang terlepas pandang, hilang ntah kemana rugi plak tak jual. Hmmm..ntah la, aku jumpa beberapa barang lepas raya ni yang nak dijual, antaranya, layanzzzz....

Star Wars, Darth Vader (small) RM30

Coca cola lighter (RM35)


McDonalds Singapore handphone (RM35)

Batman figure RM35



Wisel lama RM50



Kamera Filem Canon Prima RM120 (nego)

So, apa-apa sila sms or email.