Friday, September 30, 2011

Plastic Signboard Marlboro (SOLD)


Salam,


Ayaaaa, wa malas tulis manyak ma. Wa mau jual ini barang dari era 1980an. Marlboro sign (plastic). Saiz 31cm x 46cm. Still in good condition seperti dalam gambar.

Price : RM70 (SOLD)

Rojer-rojer la

Tuesday, September 27, 2011

Teko Bunga Rhu dan Set Copper

Salam,

Lama dah tak ngadap blog, sejak bertukar ke Facebook. Takpe aku tepek juga entry ni. Ada 2 barang for sale.

Teko dan set bunga Rhu agak rare juga aku dapat dari Rembau. Set ini dengan 5 cawan dan 1 bekas susu. Made in Japan chop di bawahnya. Set ini bersaiz kecil (aku fikir ni set kanak-kanak). Still in good condition seperti dalam gambar kecuali teko ada crack sikit dibelah belakang tapi tak merosakkan keadaan teko.
Price: RM125 satu set.
Yang satu lagi ni plak....

Set Teko copper dengan 4 cawan dan 1 dulang. Saiz agak sederhana (tak kecil dan tak berapa besar). Still in good condition seperti dalam gambar.

Price: RM120 per set.

Rojer-rojer kalau berkenan.

Friday, September 23, 2011

Knob dan Tureen

Salam,

Ada 2 barang nak dijual seperti dalam
fanpage facebook aku.

KNOB/PULLS/TOMBOL PINTU RETRO
1970s knob or tombol pintu untuk dijual, diperbuat dari besi. Buatan Turner Australia. Rare item.PRICE : RM35 sebiji. Ada sepasang.


TUREEN LAMA Staffordshire Tureen 'Chelsea' Made in England. Tahun produce tak diketahui. Dapat kat banglo kerajaan lama. Cuma takdo tutup je. Still in good condition. Lamo dah den simpan ni.

Price: Offer me a good price.


Ok adioss

Thursday, September 15, 2011

Almari Antik No. 9 (OPEN FOR SALE)

Salam,

Pada asalnya aku takmo jual almari ni, tapi akibat nak berpindah rumah aku takmo bawa banyak barang dan perabut. So aku nak jual almari ni. Macam biasa open to CUSTOMER DALAM LIST kalo depa takmo then aku offer to ALL.

PRICE: RM550 (NEGO) + TRANSPORT RM60 TO KLANG VALLEY

Sekian Terima Kasih. Sila sms or email me untuk info selanjutnya.





POSTING ASAL (14 DEC 2010)


Salam,

Lanjutan dari entry semalam. Almari ni aku baru dapat 2 hari lepas, tapi sorry yer aku tak dapat nak jual (NOT FOR SALE) coz designnya aku rasakan unik. Tak tau la pulak kalau tetiba aku tukar fikiran. Aku dapat dari sebuah rumah di Kuala Pilah. Masih dalam keadaan baik dan perlu 'touch-up' a little bit sana dan sini. Yang aku paling suka tang kaki nya yang tegak lurus. Selalu yang aku nampak jenis kaki capah, ular or 'U', tapi yang ni tegak dan tinggi dari biasa. Aku nak baiki sikit dan varnish clear, pastu dah bleh letak barang for display.

Tingginya dalam 5 kaki x 2 1/2 kaki lebar (cuba bandingkan dengan ketinggian anak aku tu). Ada 3 level for display things dan kiri kanan bercermin see through.



Almari ni seperti kata tuan rumah, dia beli pada tahun 1968 dengan harga RM40 aja pada masa tu. Kalau tengok pada alas surat khabar (orang dulu-dulu suka betul alas dalam almari pakai surat khabar hehe) kat dalam tu aku tengok surat khabar tu ada tulis tahun 1969, cuma keratan 'paper' tu aku tak sempat nak selamatkan coz dah dimamah usia, rapuh bebenor. Anyway, kepada sesiapa yang nak masuk 'que' nak dapatkan almari antik pada masa-masa akan datang sila sms or email kat aku secepat mungkin untuk dimasukkan dalam 'que'. Now 'que' dah meningkat ke lebih dari 6 orang (nanti aku cek).

InsyaAllah, friday ni ada lagi satu almari mari. So sapa yang next turn tu pasti akan dapatlah almari tu.

Sekian terima kasih.

Saturday, September 10, 2011

Pelbagai Collectible Items

Salam,

Selingan dari advertise di mudah store aku...

Kadang-kadang bila aku selongkar barang dalam setor, tengok belek-belek barang tu rasa macam sayang nak jual. Bukan apa, satu barang tu kalo dah jual memang susah nak dapat balik. Kalau ada pun akan datang harga dah jauh lebih mahal dari hari ni. Takpe la, aku malas nak simpan terutama barang bersaiz kecil. Kadang-kadang terlepas pandang, hilang ntah kemana rugi plak tak jual. Hmmm..ntah la, aku jumpa beberapa barang lepas raya ni yang nak dijual, antaranya, layanzzzz....

Star Wars, Darth Vader (small) RM30

Coca cola lighter (RM35)


McDonalds Singapore handphone (RM35)

Batman figure RM35



Wisel lama RM50



Kamera Filem Canon Prima RM120 (nego)

So, apa-apa sila sms or email.

Sunday, September 4, 2011

Update di Mudah



Salam,

Update untuk new items ada di mudah. Ada barang lama yang pernah ada di blog ni dulu di masuk kan semula dalam mudah. Malas nak update blog ni hehe.

Sila klik di sebelah kanan tu..

Ok adioss