Wednesday, December 29, 2010

Koleksi Pelita (NOT FOR SALE)

Salam,

Bertemu kembali di kedai maya aku haha. Lama betul tak menaip, gatal tangan rasanya. Kali ni aku nak tunjuk aku punya koleksi pelita. Tak banyak mana pun, tapi aku sayang nak jual dan aku nak simpan setiap satu jenis dan bentuk yang ada. Memang sebelum ni aku dah banyak menjual pelbagai jenis pelita. Dari yang kecik sampai yang besar dan dengan pelbagai bentuk macam-macam yang aku ada dari bentuk angsa ke arnab ke telefon. Sayang, kebanyakannya aku dah jual banyak yang bentuk cantik-cantik tu.

Now, nak carik lagik memang dah payah dan yang tinggal dan dapat diselamatkan cuma yang di bawah ni saja. Zaman ni, kalau ada pun banyak yang re-production dari China melambak kat pasaran. Dah tak best jadiknya. Tu yang malas aku nak carik pelita lagi.

Ok layanz..

Koleksi pelita yang aku ada

Snapshot dari arah kiri

Pelita Besar

Pelita Saiz Sederhana

Pelita Saiz Kecil

Tuesday, December 28, 2010

Trip to Johor and Genting Highlands

Fakta Trip :-

Date : 24/12 - 28/12/2010
Venue: Balik kampung (Pontian, Johor and Genting Highlands)

Salam,

Wah..penat balik kampung aku di Pontian belum habis lagik sehingga ke saat ni. Ya la, kali ni aku bukan balik saja-saja. Yang sebenarnya aku balik coz adik pompuan aku bertunang pada 25/12 tu. Terpaksa lah aku cancel trip aku ke Singapore kali ini yang sepatutnya aku buat pada 26 - 27/12. Even nak ke bazar@JB nak mencuci mata pun tak jadi oleh kerana trafik jem ya amatz nak ke town centre JB tu. Aku sempat pi ke Plaza Angsana Tampoi je. Anyway, yang penting majlis tu dah selamat berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah..

Sireh junjung yang digubah oleh my wife, pandai gak dia gubah.

Balasan hantaran dari pihak lelaki

On 27/12 plak, balik saja from Johor keesokannya aku terus ke Genting Highlands. Sempat tido semalaman di rumah aku di Nilai malam sebelumnya. Pepagi buta yang syahdu, aku terus ke Genting dengan harapan orang masih belum ramai nak menaiki skyway tu. Memang betul, aku sampai Genting jam 7.30am takde orang langsung yang nak menaiki skyway tu.

Picture taken at 7.30am


Outdoor scenes..




Indoor scenes..



Sampai aja kat theme park tu, aku terus ambik tiket all park dan terus main semua game kat situ hehe. Puas hati betul aku pagi tu sehingga ke tengahari baru orang dah ramai berpusu-pusu masuk. Maklum lah cuti sekolah even though hari tu merupakan hari bekerja.

Orang ramai berpusu-pusu beratur naik skyway masa aku turun balik jam 3.00pm

Anyway, aku lepak situ until aku penat jam 3.00pm. Balik dengan senyuman..haha. Sat, aku sempat pi Berjaya Hills di Bukit Tinggi on the way nak balik. Pi lepak kat Rabbit Farm sempat snap beberapa foto. Rabbit kat situ tak banyak mana pun. Dah la mahal tiket nak masuk RM3 sorang. Baik aku pegi rabbit farm yang kat Broga or Semenyih. Sana lagi puas hati. Lepas Rabbit Farm, tak sompek nak poie Colmar Bukit Tinggi coz hari dah nak malam. Dah la jauh nak masuk situ dengan jalan konar baring ngeri.

Bawah ni beberapa shot di Rabbit Farm, Bukit Tinggi.



Acara berakhir dan kami balik Nilai jam 6.00pm.

Thursday, December 23, 2010

Sorry, kedai tutup sementara waktu


Sorry, kedai maya aku ini terpaksa ditutup buat sementara waktu sahaja demi memberi laluan kepada aku bercuti dengan family balik ke kampung aku di Pontian, Johor. Aku akan bercuti dari esok 24/12/2010 hingga 27/12/2010.

Kemungkinan besar akan ke Singapore or maybe di sekitar Johor sahaja. Tengok keadaan, kalau aku rasa nak masuk ke sana, mungkin balik hari je. Pontian dengan Singapore sepelaung aja hehe. Tapi yang risaunya duit laju macam air la kalau nak membeli-belah kat sana. Anyway, kepada yang sama macam aku nak bercuti sempena cuti sekolah yang masih ada lagi ni, 'Selamat Bercuti' and have a very smooth and safe journey ke mana-mana destinasi yang korang pergi or balik ke kampung halaman. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Thanks.

Wednesday, December 22, 2010

Teko Enamel / Tin (SOLD!)

Salam,

Hari ni dan semalam banyak penat. Banyak jalan-jalan tengok wayang dengan anak-anak aku time cuti sekolah ni sambil carik keperluan sekolah depa. So semalam aku takdak mood langsung nak tulis entry baru. Hari ni pun takda mood tapi aku gagahkan diri jugak type le something. Maybe jengok-jengok kotak kalau ada barang yang boleh tepek kat blog for sale.

At last, aku jumpa teko ni kat tepi tingkap. Naik berabuk dah disisihkan dari barang-barang lain. Bersihkan dengan sabun dan berus dawai, berkilat terus nampak seperti baru. Aku last month ada gak terasa macam nak jual item ni, tapi asik lupa. Ok lah, sedikit info pasal item ni. Aku dapat di Memory Lane Ipoh tahun lepas, tapi tak ingat bila. Aku rasa dalam bulan Mei gitu. Ahh tak kisah lah...




Teko enamel ni buatan France, tinggi dalam 6" x 6" wide. Kondisi masih cantik dengan gambar pemandangan 'windmill' kaler biru sangat cantik guna airbrush (ni bukan aku lukis tau, memang dah ada gambar asal). Belah belakang plak gambar 'kapal layar'. Cuma tang punat kat tudung tu aja ada cat dah terkobek sikit. Tahun produk ni dibuat tak dapat dipastikan, tapi nampak very very lama hehe.

Harga: RM150 (SOLD TO KAK ANI BATU PAHAT)

Sms or email me for further negotiation. Thanks

Monday, December 20, 2010

Coca cola Classic Bottle Collection

FOR SALE

Salam,

Ini untuk pengumpul botol-botol coke. Pada aku ni ada beberapa bottle Coca cola classic isian 237ml yang ada dalam simpanan aku for sale. Ada 6 botol semuanya. Sorry le gambar agak kurang memuaskan, kaburr ya amat. Kan aku dah kata camera aku tertinggal kat kampung hari tu. Ni aku pakai kamera handphone, tu yang blurr semacam tu.

Coca cola Label Merah

1) Nascar Champion 2002

2) Yankees 100th Anniversary (1903 - 2003)

3) Dodges 50th Anniversary, Jackie Robinson (1947 - 1997)

Coca Cola Label Putih

4) 63 years Bike Week 2004 (Daytona Beach Florida, USA)

5) Hot August Nights 2003 (Reno, Sparks)

6) Baltimore Inaugural Season 1996

Harga ditawarkan RM35 (nego cikit-cikit la) setiap satu. Botol masih berkeadaan baik , ada air lagi (jangan minum dah le) dan tiada cacat cela nya. Ni merupakan koleksi peribadi aku. Sila sms, email or call aku untuk book.

Saturday, December 18, 2010

Coca cola Olympic dan Pepsi (NOT FOR SALE)

Dari kiri : Olympic Athens (putih), Pepsi Man U gambar Beckham, Coca Cola Blak and Olympic Athens (merah).

Coca cola Olympic Atlanta (2 jenis botol)

Zoom in
Salam,

Barang baru dapat semalam dari member aku. Botol masih baru dan kondition cantik. Tapi these collection are NOT FOR SALE. Terus terang cakap takut nanti ada pulak yang tanya aku nak jual ke tak. Dulu aku ada botol jenis ni tapi dah dijual, now dapat semula untuk replaced yang dah jual tu. Coca cola ni jenis botol kecik : Olympic Athens 2004 dan Olympic Atlanta 1996. Sorry la bebanyak coz gambar tak berapa clear maklum la guna kamera handphone aja. Kamera aku tertinggal di kampung. Lepas krismas baru ada semula. Nanti aku ambil gambar semula yang lebih terang.

Thursday, December 16, 2010

Mesin Jahit Lama (SOLD!)

Salam,

Entah macam mana sejak dua menjak ni aku rajin betul bukak entry baru. Boleh dikatakan tiap malam aku ngadap PC tulis blog. Tadi dalam diam-diam sempat aku snap gambar mesin jahit lama ni kat rumah kawan aku. Katanya, dia nak jual mesin ni kerana tak lama lagi dia nak pindah rumah baru. Dia malas nak bawak rebeh-rebeh benda berat ni usung ke rumah barunya yang sepelaung je dari rumah sewanya yang sekarang.


Ya la, rumah baru dibeli semua barang lama nak dijual. Nak gantikan dengan yang baru. Katanya lagi mesin jahit singer guna tangan ni dulu mak dia punya. Masih elok dan boleh digunakan. Katanya lagi, ia buatan era 1960an. Ok lah, aku angguk dan terus snap guna handphone cabuk aku. Member aku sempat plak dia bentang kain putih as background untuk aku ambik gambar haha. Ni aku tolong le member ni jual, so aku tepek sini gambar berserta harga.

Harga ditawarkan: RM350 (SOLD TO MR. DAVID, TQ) sesuai untuk display atas lemari antik, jangan roboh dah le. Sila sms or call or email aku kalau berkenan.

Wednesday, December 15, 2010

List Que untuk Almari Display (LATEST)

Salam,

Hehe..gambar di atas tu hiasan jer, takde kaitan dengan ini cerita. Berbanyak sorry kerana lama sangat menunggu almari yang telah dibooking tak kunjung tiba. Bukan apa, aku nak mencari almari lama ni tersangat lah susahnya sehingga ke hari ini. Kalau ada pun orang tak mau jual or depa nak jual terlalu mahal dengan condition yang sangat teruk pun ada.

Mintak maaf juga kalau aku tak selitkan beberapa nama lagi dalam list ni. Ada dalam email aku, nanti aku tambah lagi. Yang bawah ni merupakan list yang terawal, kalau ada yang nak cancel sila bagitau aku.


1. Kak azzah (sold - mission accomplished!)
2. Kak Cempaqa (sold - mission accomplished!)
3. Kak ana (sold - mission accomplished!)
4. Yat (sold - mission accomplished!)
5. Kak Hanis Kajang (sold - mission accomplished!)
6. Abg Din/kak Gie (Next turn by this Friday)
7. Abg Bahrain (masih tunggu)
8. Khairol - Klang (masih tunggu)
9. Kak Aina (masih tunggu)
10. Aris Azman (masih tunggu)
11. Hanita (sold - mission accomplished!)
12. Abg Lahiman JB (masih tunggu)
13. Kak Zie (masih tunggu)
14. Fifi (masih tunggu)

15. Kak Mona Rawang (masih tunggu)

Monday, December 13, 2010

Big Bowl Bunga Kangkung (SOLD!)


Semalam cawan, so hari ni mangkuk pulak. Mangkuk sup/ lauk ni aku dapat dari tempat yang sama di Kuala Pilah jugak tapi bukan di rumah yang berlainan. Nak dijadikan cerita, aku beli dari jiran sebelah rumah yang aku ambik almari tu (yang ni akan dicerita dalam entry esok 14/12). Ntah macam mana makcik ni nampak aku ambik 2 almari, dia terus tanya aku nak tak mangkuk ni aku pun terus la beli dari dia. mangkuk ni dulu aku dah pernah jual 4 biji. Aku dah takde spare, tapi aku ni bukan jenis yang minat kumpul pinggan mangkuk terutama bunga BK ni kecuali teko. Bunga-bunga lain yang ada tu pun masih banyak dalam kotak coz takde orang yang nak.

Yang ni dipanggil 'BK Bowl Besar', aku nak tolak murah-murah je. Harga yang aku nak letak RM36 saja (SOLD TO NON-BLOGGER IPOH!) coz mangkuk ni besar, bukan yang orang buat makan cendol tu yer. Ni diameter 8" dan tinggi 5” cuma ada sumbing sikit je kat bibir tu tapi kondition masih elok.

Sms me for details.

Sunday, December 12, 2010

Cawan Bujang/Kopitiam

Salam,

Aku sejak semalam (Sabtu) sangat sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah, dengan jalan-jalan musim cuti, jemputan perkahwinan sahabat-sahabat, dan mak mentua den plak baru balik dari Mekah plak. Tapi hari ni ok la tak berapa bz dari semalam. Pagi ni, walau dalam keadaan penat, aku kena ambik 2 lagi almari antik dari kawan di Kuala Pilah (yang ni nanti aku add dalam entry yang akan datang, harap bersabar. So kepada rakan-rakan yang telah booking, dapat le aku pendek kan lagi que yang begitu panjang sejak bukan 7 lagi).

Anyway, aku ada 2 corak cawan bujang yang hendak dijual tapi dalam jumlah yang tak complete. Takpe, cawan ni boleh buat rezab or extra simpanan kalau cawan yang ada tu pecah or hilang. Cawan ni aku tak dapat dari mana-mana, cuma ada dalam simpanan aku je.


Cawan bujang kopitiam yang ni aku tak tau apa jenis bunganya. Bunganya kecil kat atas, kat bawah plak ada line curve warna emas. Ada 3 sahaja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM28 kalau ambik 3)

Cawan yang gambar kat atas ni aku tau namanya cawan kopitiam/bujang bunga peonies. Ada 2 saja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM18 kalau ambik 2).

Kepada yang sudi nak beli cawan-cawan kat atas ni sila la sms aku (013-2296679 Zul) bukan Teratak Rimbun tau nama aku hahaha. Macam selalu orang call aku panggil aku nama tu, tergelak-gelak aku. Kalau nak book, boleh ambik di Amcorp Mall pada 19/12/10 ni coz aku akan pergi sana jalan-jalan pada hari tersebut.

Saturday, December 11, 2010

EP Piring Hitam 4 Diva 1960 dan 1970an (NOT FOR SALE)









EP or piring hitam bersaiz 7" 4 diva ni memang aku sayang nak jual coz akan datang memang aku tak mungkin dapat lagi dah dengan harga yang betu-betul murah. EP ni masih dalam simpanan aku since 2 tahun lepas. Ada 4 diva hebat semuanya bersuara lunak dan merdu; Sharifah Aini, Rafeah Buang, Uji Rashid dan Sanisah Huri. Kalau perhatikan betul-betul, kesemuanya keluaran EMI yang pada masa itu merupakan recording company terbesar di Malaysia.

Korang boleh dengar lagu-lagu ni kat i-pod sebelah kanan blog aku ni. Aku dah compile kan. Ok layanzzz...

Thursday, December 9, 2010

Piring Hitam Batu P Ramlee (NOT FOR SALE)

Salam,

Yang ni memang aku sayang nak jual coz 'very hard' nak dapat. Piring hitam batu ni ada beberapa dalam market tapi harganya 'mak ai' mahal bebenor. Ada yang sampai harga RM500 dalam ebay aku tengok. Harga yang tak munasabah bagi aku la. Kalau korang orang kaya, tak payah la citer RM500 laju macam air hehe.

Aku dapat EP batu ni dah dekat 3 tahun dari seorang teman di Felda Air Tawar 3 Kota Tinggi, Johor. Dia bukan peminat setia P Ramlee, begitu jugak dengan aku haha. Tapi, oleh kerana aku kawan dengan dia since kat UTM lagi dia offer kat aku EP ni dengan harga cuma RM20 jer. Murah tul..untung aku. Thats why aku tak jual, nak simpan khazanah lama yang bernilai ni.

Lagu dalam EP ni memang best, tapi kalau nak dengar kena guna gramaphone. Aku dah tumpang dengar kat gramaphone member aku. Maklum la, aku takde gramaphone hehe belum beli. Tak berapa minat nak beli coz LP batu susah nak carik. Yang aku ada turntable jer, boleh main LP biasa.



Anyway lagu side A - Jangan tinggal daku dan lagu di side B - Rukun Islam, dua-dua lagu memang best. EP keluaran tahun 1962. Of course, lagu ciptaan P Ramlee sendiri.

Lampu Antik (SOLD!)

Salam,

Dalam masa seminggu ni aja dah 2 jenis lampu aku dah jual. Lampu ni sebeno nya banyak cerita disebaliknya. Aku dapat last week dari member aku di Melaka (area Merlimau) sempat dia hantar ke Nilai kononnya nak pi Nilai 3 haha. Dia keje nya kontraktor kecil-kecilan buat renovation rumah. Last 2 weeks, dia bukak satu rumah agak lama di bandar Melaka. Aku rasa lampu ni era 1950an. Takpa, member mintak tolong jualkan, so aku tolon la kan. Untung 50-50 la.

Semua barang-barang lama dalam rumah, anak owner dah sapu dulu. Sayang sekali yang ditinggalkan cuma lampu antik ni je satu. Hehe...so member aku suruh le aku jual, tapi belum sempat aku letak dalam blog ni (dengan kesibukan aku pergi Kuantan umah abang ipar aku tu last week) item ni dah ada orang nak.


Dimension : 40cm tinggi and 28cm lebar. Member ofis aku nak lampu ni, katanya untuk diletakkan di ruang 'patio' rumah semi-D dia di Mantin.


Harga yang ditawarkan: RM1,500 (nego) - SOLD TO AZMIE!

Tuesday, December 7, 2010

Pelita Gantung Lama (NOT FOR SALE)

Salam,

Sebelum aku mulakan entry, aku nak ucapkan salam Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca dan pelanggan aku. Semoga tahun ini akan lebih maju dan cemerlang lagi. Lama tul aku tak update blog ni. Aku di Kuantan sejak Sunday lepas. Sempat gak jalan-jalan kat Kuantan, makan satar, pergi Gambang Waterpark bagai.. cuma sayangnya aku tak sempat nak snap-snap foto. Lupa bawak kamera la! haha..dah tua-tua ni semuanya lupa.


Ok la, entry ni yang sebenarnya lama dah aku buat cuma tak sempat-sempat lagi nak on. Pelita gantung ni aku dapat di Rengit. Selak-selak celah timbunan pinggan mangkuk yang berhabuk macam nak rak tu, aku terjumpa barang ni. Masa jumpa tu, condition nya alahai teruk bebenor. Semua part barai, aku jumpa part nya di merata tempat. Stom nya aku jumpa tempat lain, badan nya aku jumpa kat area pinggan mangkuk. Badannya sudah di polish cantik dengan stom nya. Now aku dah gantung untuk letak dalam galeri. Cuma rantai tu jek aku pakai penarik 'flush' tandas tembaga carik kat kedai hardware.

Tinggi pelita dalam 30cm x lebar 18cm dengan storm warna putih kabus tengahari. Body diperbuat dari tembaga. Sorry gambar zoom takde coz very the kelam.

Sorry yer pelita ni not for sale..

Saturday, November 27, 2010

Coca Cola Plastic Tray (SOLD & BOOKED)

Malam ni dingin sungguh, before hujan tadi sempat gak aku dapat tengok wayang cerita 'Skyline' dengan anak-anak aku.

Sorry la ek, aku baru jer letak nak jual 2 tray ni tak sempat lagi dah kena sebat (sapu). Memang cantik dan kondisi masih elok (10/10) walaupun tray plastic original from Coke. Yang ni bukan blogger or mudah customer yang beli, yang ni 1 tray telah dibooked dan 1 sold kepada sahabat se ofis aku. Ni aku tepek gambar untuk tayangan umum aja. Saiz seperti ukuran kat pembaris tu yang sepanjang 15cm (pembaris pendek anak aku).



Tray 1, gambar polar bear (tray from Japan). Nice picture and graphics. Harga: RM40 (SOLD!)



Tray 2, gambar classic and tertulis 'Thirst ask nothing more'. Harga: RM35 (BOOKED!)

Thanks, untuk barang lain sila message ke gmail aku.