Tuesday, June 29, 2010

Coca Cola Contour Glass


Salam,

Al kisahnya cerita pasal coca cola contour glass. Now dah keluar pulak versi World Cup 2010. Ada 6 semuanya. Yang ni dah sampai ke peringkat last glass. Aku dah ada 4. Miss yang kaler hijau. Tinggal satu jer lagi akan keluar pada 1/7/10.

Gelas World Cup 2010 (barisan depan) cuma belum ada gelas terakhir, lime (hijau) punya gelas aku takde. Yang barisan belakang 2 baris tu contour glass coke tahun lepas 2009 punya, yang tu aku ada extra 3 gelas.

Ni dia gelas world cup tu zoom dekat sikit (ada yang nak jual ke kaler hijau tu?)

Tapi contour glass 2009 tahun lepas aku ada lengkap semua 7 kaler. Ada extra 3 lagi (biru, clear and charcoal). So sesiapa yang nak exchange 1 contour glass extra yang aku nyatakan tadi dengan glass world cup (lime - hijau) silakan la, amat dialu-alukan.

Saturday, June 26, 2010

2 Teko lagi...

Salam,

Sorry entry ni lambat muncul. Aku sedikit tak berapa sihat hari ni, langsung tak berniaga di Bazaar@Maeps hari ni. Mungkin cuaca asyik panas hujan, panas hujan buat badan aku terus tak sedap. Or maybe semalam aku merayau carik barang. Oh ya, semalam masa aku carik barang aku dapat 2 teko ni.

Mesti ramai orang tanya aku kenapa aku suka sangat jual teko lama? Why? Asik-asik teko aja. Kerana dalam banyak-banyak barang lama yang jual selama ni, teko lah yang paling banyak permintaannya. Lain-lain barang ada juga, tapi kurang sikit 'demand'. Tu la pasal aku rajin merayau mencari teko-teko lama ni. Bukan senang nak carik beb. Kena buat muko tobal.



Teko ni aku tak tau bunga apa namanya. Macam bunga ros tapi samada 'wild roses' or 'peonies' hehe hantam saja la labu. Tapi nampak memang rare, aku tak pernah jumpa sebelum ni. Anyway harga seperti di bawah.

Harga: RM60 (BOOKED - KAK AINA)


Yang ni agak pelik sikit sebab tu le aku sambar. Ada tulisan tulis Hua Hong Import & Export Co Sdn Bhd kat tepi dia. Rasa aku la, ini teko seakan hadiah percuma or cenderahati kot masa annual dinner or kalau beli barang dia dulu-dulu. Design nya lain sikit. Saiz sama aja macam teko-teko biasa tu.

Harga: RM35 (fixed)

Ok. Kalau berkenan sila lah sms or call (siang aja ya, malam tu sila la sms coz kengkadang terperanjat beruk aku kalau orang call time tidur hehe) for booking. Tolong jangan email coz lambat baca. Aku prefer layan sms coz tau lebih cepat. Terima kasih.

Wednesday, June 23, 2010

2 Buku Lama

Salam,

Aku ada 2 buku lama untuk dijual.




1. Buku Peribahasa Lama Judul - PERIBAHASA LENGKAP keluaran tahun 1957 (tahun kemerdekaan). Kondisi agak tidak cantik dan buruk maklum la ni buku lama. Buku keluaran Sinaran Bros. Bila baca balik buku ni perkataannya menggunakan gaya dan teknik tulisan lama sebelum merdeka. Tapi peribahasanya masih kekal sampai kini digunakan. Naskah ini sesuai untuk collector buku lama.

Harga : RM40 (boleh nego)






2. Buku pelajaran bahasa inggeris - OUR FIRST READER (tahun keluaran unknown - tidak tercatat pada buku) tapi bila aku baca balik 'best' betul buku ni., sedikit terhibur. Aku suka tengok teknik lukisan dalam naskah ini. Memang orang dulu unik. Keluaran Malaya Publishing House, Singapore.

Harga : RM30 sahaja.

Tuesday, June 22, 2010

Teko Rose Hijau (ALL SOLD!)


UPDATE

Bekas gula dan cawan dah SOLD dalam masa 6 jam sahaja. Thanks to Kak Chah KT.

Salam,
La ni aku bukan nak jual teko rose hijau macam gambar di atas. Tapi oleh kerana tiada gambar (tak sompek nak snap disebabkan busy yang teramat), aku nak jual...
1. Tempat letak gula rose hijau (kira rare juga ni susah nak dapat) macam dalam gambar di atas yang kat depan sekali tu - RM35.

2. Cawan 'mulot besor' tanpa piring rose hijau seperti di atas - RM8 satu (sesuai untuk buat reserve)

Gambar pinjam sat dari blog Kak Welly dan Sue Antik (terima kasih yer). Anything please sms or call me. Thanks.

Sunday, June 20, 2010

Aku bercuti lama..

Salam,

Sorry bebanyak coz aku dah lama tak update blog ni, naik bersawang dah. Bukan apa, cuma aku bercuti panjang disebabkan cuti sekolah selama 2 minggu. Minggu pertama aku di Langkawi dan minggu berikutnya aku di Kuching.

Nanti aku akan update berserta gambar. Tungguuuuu...

Wednesday, June 2, 2010

5 botol Coca Cola

Salam,

Semalam botol Pepsi, hari Coca Cola pulak. Ada 5 botol untuk dijual. Sayang nak jual koleksi ni, tapi takpe lah dah takde tempat nak letak. Kang aku campak dalam stor aja rugi sebab tak display.

4 botol Coca Cola World Cup France'98 jenis botol 237ml

Brazil & France (tuan rumah)

Italy & Germany

1 set botol di atas ada 4 botol dalam satu harga: RM120 (Sold to Sharif)


Botol Coca cola siri ke berapa aku tak tau. Kena tanya CheMat, dia lagi tere. Tapi tulisan putih Coca Cola di depan, belakang tulisan cina. Bawah ada tulis 'Tanda Perniagaan Berdaftar' Isi 285ml.

Harga: Offer me a reasonable price!

Cara nak ambik botol-botol ni? Dinasihatkan ambil di bazaar@Maeps Serdang on Saturday. Sms me for details.

Tuesday, June 1, 2010

2 botol Pepsi

Salam,

Tukar angin sikit hari ni. Ini botol lama Pepsi. Aku tau botol Pepsi jarang orang kumpul or collect. Tak ramai collector nya di Malaysia. Ada 2 jenis design botol bersaiz 285ml. Aku rasa keduanya keluaran 1990an. Condition 'superb' masih cantik dengan tudung pun ok lagi.

Botol A. Harga: RM35 (nego)

Botol B Harga: RM35 (nego)