Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa di Bulan Mulia

Salam,

Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan yang mulia, Ramadhan. Ia datang setahun sekali menduga kesabaran dan menyuci keimanan. Semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini.

Kredit to goodlitescraps.com

Kepada semua customer dan rakan sahabat handai, kedai online masih berjalan seperti biasa.

Terima Kasih.


Thursday, July 21, 2011

Bangku Kopitiam A dan B (ALL SOLD!)


Bangku Kopitiam A

Salam,

Lama betul den tak bukak entry baru. Memang tarak masa. Bangku ni baru dapat, last 2 weeks. Nak touch up pun tak sompek laie. Bangku ni jenis bulat (tengok gambar atas). Kondisi amat baik sekali, kayu masih kukuh dan utuh. Ok den nak tolak muragh jo. Cumo ado duo (2) bijik sajo.

RM50 satu (nego)

Bangku Kopitiam B (Posting Asal 24 Mei 2011)

Salam,

For sale!. Bangku ni aku pernah jual dulu. Yang ni aku dapat lewat last year, tapi malangnya satu jer ada yang aku dapat. Nanti aku cuba korek-korek hunting extreme minggu depan. Nak tolak murah-murah saja. Kondisi dah dibaikpulih apa yang patut dan divarnish semula (restored).


Harga: RM30 sahaja (no discount yer..huhu)

Sila lah call/sms me for details. Minggu depan aku akan bercuti seminggu yahooo...Adioss..



Monday, July 11, 2011

Teko Bunga Sakura

Salam,

Sebelum memulakan entry, aku nak ucapkan 'Congrats' to Kak Liza dan Abg Sapari (Blog: Ipoh Loken) kerana telah menganjurkan Garage Sale tempohari kat Anggerik Mall Shah Alam dengan jayanya. Sorry la aku tak dapat hadir oleh kerana ada hal lain. InsyaAllah next time aku akan join. Blog pun tak sempat nak update.

Lama betul den tak menjual teko-teko dan sewaktu dengannya. Bukan apa, aku mencari bunga teko yang 'rare' tapi banyak pulak jumpa bunga BK. Bab bunga BK ni pulak, bila dah banyak dapat pulak, takde customer yang nak beli. So, kesudahannya aku simpan banyak teko BK.

Ntah yer ntah tidak ni teko berbunga sakura, aku main agak jer sebab bunga sakura kan putih bersih huhuh.. Maklum la aku kalo bab-bab teko bunga apa, corak apa memang 'failed'.

Ok teko ni ada extra, so faham-faham la nak tolak. Saiz sederhana, bukan saiz besar yer. Kondisi masih baik dan cantik coz aku tak sempat-sempat nak basuh. Tu kotor kat tutupnya tu bukan 'permanent'. Kalau cuci gerenti bersih. Opss...bersih takleh sebut.




Harga: RM45 (boleh nego sikit-sikit)

Nak pos boleh tapi aku tak brani la. Kalau boleh priority untuk pembeli Lembah Klang. Boleh le singgah mana-mana weekend aku COD je. Siapa book dulu dia lah punya.

Regards,

Sunday, July 10, 2011

Suis Antik



Salam,

Lama dah tak meniaga online. Sampai masa hari ni rasa ketagih plak. Memang aku lama dah pi hunting, sejak 2 minggu lepas sekitar Nogori. Tapi memandangkan kebanayakan barang rasa sayang plak nak jual. Aku nekad nak simpan le.

Suis antik ni aku ada 10 semuanya. Buatan England, ada chop kat belakang. Based diperbuat dari porcelain (alaa macam korang tak biasa nampak kat kampung-kampung masih banyak lagi pakai suis ni). Nak jual 2 biji. Sebiji RM25 sahaja.

Sila sms or email kalau berkenan. Terima kasih.

Regards,

Tuesday, July 5, 2011

Lama tara jumpa la...

Salam,

Lama la tara jumpa, waduh...aku tak nyempat-nyempat nak buat entry. Barang nak jual memang ada beberapa. Tapi disebabkan kebizian aku ni, langsung aku tak sentuh (masih dalam beg plastik lagi). Mulai esok or lusa aku akan mula la balik menjual beberapa barang hasil hunting minggu yang lepas-lepas (alaa...bukan banyak pun). Nak melepaskan gian huhu...

Pada rakan-rakan sekalian, sorry bukan sengaja nak membisu. Tapi memang ada benda lain yang aku kena concentrate. Mungkin di lain masa kita akan berjumpa, or jumpa tengah jalan jangan lupa menegur.

Regards,