Monday, May 31, 2010

2 pelita antik (BOTH SOLD!)

Assalamualaikum sekali lagi,

Pelita ni merupakan koleksi pelita ayan or enamel aku. Ada lebih so aku nak let go satu iaitu yang kaler biru. Lama gak aku pikir nak let go ke idak. Tapi space nak letak tarak, lagipun aku tak berapa layan pelita sangat. Mungkin ada diluar sana yang suka collect pelita perlu ada koleksi ini untuk disimpan buat tayangan umum coz budak zaman sekarang dah tak konal pelita dah. Anyway, layan...zasss



Pelita Antik Enamel Biru. Pelita jenis ni selalunya keluaran 50an dan 60an. Diperbuat dari ayan (besi enamel) dan bersaiz besar dan bagak. Tinggi lebih kurang 15 inci (lihat gambar) dengan warna biru. Very rare and vintage item.

Price: RM280
(Sold at mudah.my)



Pelita antik Pink idaman wanita (hehe..). Warna pink dengan design menarik. Corak timbul di permukaan botol kacanya. Very rare and vintage item. Tinggi dalam 8 inci.

Price: RM120 (Sold at mudah.my)

Sunday, May 30, 2010

English Theme Item for sale

Salam,

Yang ni aku dapat dari kedai barang terpakai. Tapi aku rasa barang ni bukan barang lama, kondisi masih cantik dan boleh dipakai (nampak baru). Bagi yang meminati citarasa English or Cottage amat sesuwai sekali. Alah membeli menang memakai kata orang tua-tua.



English turene (turin berkonsepkan english). Jenama Vantage. Masih dalam keadaan baik dengan tema bunga biru. Saiz besar lebih kurang diameter 9" or 10". Sesuai digunakan untuk meletak nasi.

Price: RM125
(nego sikit-sikit boleh ler)



Teko enamel English concept. In very good condition. Fruits design theme.

Price: RM75 (nego)


Dinasihatkan, item must be self collected at Bazaar@Maeps, UPM Serdang every Saturday from 4pm to 11pm. You can view other items for sale. Poslaju also available. Sms me for details (zul 013-2296679)

Saturday, May 29, 2010

Botol Susu Antik

Assalamualaikum,

Botol susu ni aku ada lebih so nak jual satu. Zaman dulu even masa aku kecik baby, aku pernah minum susu pakai botol kaca macam ni. Tapi dulu-dulu aku tak pulak berani main baling-baling botol macam budak sekarang. Hehe..

Botol susu antik ni buatan tahun 1960an. Masih dalam keadaan baik. Puting susu ada kat dalam dah naik penyek dan lembik dah. Botol masih belum dipakai, barang lama tapi tak pernah pakai. Diperbuat dari Kaca. Tulisan 'HEALTH' di tepinya.

Price: RM35 (nego)

Wednesday, May 26, 2010

UPDATED - almari antik waiting list terkini

As at 27 May 2010.

List kat bawah adalah customer yang dah letak nama dalam 'waiting list' tersebut. Berikut adalah senarainya:-

1. Kak azzah (sold - mission accomplished!)
2. Kak Cempaqa (sold - mission accomplished!)
3. Kak ana (sold - mission accomplished!)
4. Yat (sold - mission accomplished!)
5. Kak Hanis Kajang (sold - mission accomplished! delivery on 30/5)
6. Abg Din/kak Gie (Next turn)
7. Abg Bahrain (masih tunggu)
8. Non-blogger - Klang (masih tunggu)
9. Kak Aina (masih tunggu)
10. Aris Azman (masih tunggu)
11. Hanita (masih tunggu)
12. Abg Lahiman JB (masih tunggu)
13. Kak Zie (masih tunggu)
14. Fifi (masih tunggu)

15. Kak Mona Rawang (masih tunggu)


Thank You.

Thursday, May 20, 2010

Offer me the price for these item!

Salam,

Kalau ada sesiapa berhajat untuk meng'offer' 2 barang di bawah ni pada harga munasabah, saya akan jual item ni pada tuan/puan.


Small antique display cabinet (panjang - 2 1/2 kaki, tinggi - 10 inci). Cantik kalau letak barang antik dalam tu. Rare dan susah nak dapat ni.

Price: Offer me reasonable price (SOLD TO KAK MONA).




Die-cast car model James Bond collection from Shell with nice briefcase.

Price: Offer me reasonable price.


Wednesday, May 19, 2010

Teko lagi, lagi dan lagi.....

Salam sekali lagi...

Belum reda semalam, hari ni ada lagi barang aku tepek dalam entry baru. Better aku letak sebelum tiba hari jualan di maeps. Senang orang nak view barang baru before jual. Kaedahnya, nampak barang ni lepas tu book, collect terus di sana. Kan senang tu.

Tadi belum letak barang baru, dah ada beberapa customer tanya barang
. Alhamdulillah syukur rezeki le tu. Yang ni ada 3 lagi jenis teko aku nak letak dalam entry ni.




Ok seperti gambar di atas, aku nak jual satu set koleksi di atas (tak tau bunga apa yer??). Ada 1 teko aladin, 1 tempat letak gula, 1 tempat susu dan 4 cawan molot lebar. Cuma yang agak terkilan set ini tak ada 4 piring. Kalau siapa ada boleh la ambik set ni.

Price: RM160 for the whole set (SOLD TO KAK AINA).

Teko buatan Italy keluaran Riccardo. English style teapot. Teko ni memang saiz dia besar. Gambar kat tepi tu pemandangan memang cantik. Ada satu lagi teko jenis ni bentuk kotak tapi aku tak jual.

Price: RM150 (BARTER WITH SHARIF)


Yang ni teko aladin bunga rose hijau (betul tak?). Takyah aku describe lebih coz aku tak arif pasal teko ni hehe. Tentu puan-puan sekalian lebih tahu dari saya kan? haha..

Price: RM90 (boleh nego cikit-cikit)


Nasihat aku barang-barang di atas baik kalau dapat ambil di bazaar@maeps kat Serdang coz aku tak berani nak pos. Kalau pecah naya...

Tuesday, May 18, 2010

Dua Tin Biskut

Salam,

To all tin collectors, aku ada 2 tin biskut sesuai untuk display dan dijadikan koleksi peribadi.


Tin biskut harrods berbentuk oval ni besar saiznya. Sesuai untuk display rumah english concept. Harga: RM50 (SOLD to my ofismate).


Yang ni tin biskut Meiji Jepun popular zaman 1970an. Gambar perempuan arab naik unta. Harga: RM30 sahaja.

Pelanggan dinasihatkan ambil barang ini di bazaar@maeps on saturday. Sms aku for details.

Monday, May 17, 2010

Almari Antik No. 5 (SOLD!)

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Tengah busy hunting barang baru untuk season seterusnya. Barang lama kebanyakannya dah habis dijual last week during 1/2 price week niaga kat bazaar@maeps. Almari antik yang ke 5 ni dah dibooking kalau refer to previous entry, lihat booking list di SINI.

Almari ni aku dapat hasil dari pencarian sejak bulan March this year lagi. Kebanyakan orang takmo jual, tu yang susah sangat nak carik dan kalau ada pun rega terrrsangatlah expensive dah macam harga kat kedai antik. So yang ni aku dapat murah sikit dan dapatlah aku jual at competitive price. Almari ni dah pun dibooking oleh pemiliknya di SINI dan kalau ikut que memang ramai seperti yang dapat dilihat pada entry aku tadi. Maaf le kalau lama menunggu, sebab maklumlah barang lama memang susah nak carik.

Tinggi lebih kurang 5 kaki dan lebar 2 kaki 10 inci. Tapi depan dan tepi kaca dan takda laci. Design sebiji macam almari No. 1 yang aku jual dulu.

Harga: RM450 (fixed)

Almari dalam proses baikpulih, dah 60% completed tunggu nak divarnish.

Pandangan sisi, ada 4 aras untuk letak barang. Macam aku kata tadi, almari ni takda laci. 100% for display purposes, macam-macam barang boleh letak especially teko daa..

Pandangan tepi dan blakang.

Saturday, May 15, 2010

Dua Tabung Lama

Dulu-dulu tabung bentuk unta ni dapat percuma masa bukak akaun kanak-kanak di Arab Malaysian Bank. Now aku tak tau masih ada lagi ke tak. Yang satu lagi tu tabung MBF Finance, aku rasa bank ni pun dah tak wujud maybe dah merged dengan Maybank kot.

So, for collector tabung-tabung lama di mana jua anda berada yang ni kalau belum ada boleh la grab untuk koleksi peribadi anda. Boleh datang ke bazaar@maeps untuk collect sambil cuci mata tengok barang lain.

Price: RM15 satu.

Friday, May 7, 2010

Unsold Item at 1/2 Price!!

Salam,

Esok at bazaar@maeps semua unsold item aku (sila scroll entry-entry lama) at 1/2 price tak kira barang apa yang mana aku display. Ini adalah kerana aku nak clear up stok sediada. Kemudian aku akan gantikan dengan stok-stok baru.

Teko-teko yang berharga RM35 akan dijual RM20, mangkuk tingkat RM60 jadi RM30, Pinggan-pinggan, piring-piring jadi RM3 saja, Beg make up lama tu aku letak RM15 je, Bakul-bakul RM10 (besar tau), Buku-buku terpakai RM1 aja. Baju-baju, seluar-seluar semua RM5 sahaja.

Tengok dan datang aja la esok. Jom mari mari mari!! Datang lah ke gerai aku esok...apa-apa sms aku kalo nak booking.

* Sesiapa yang dah booking barang dah bayar or belum, barang tersebut tidak termasuk dalam tawaran murah ini. Thanks