Saturday, October 11, 2014

Troli Antik

Assalam,

Hari ni kelas kat MJIIT-UTM habis lambat tapi esok kelas ditiadakan. So all the slides untuk hari ni lecturer harus diselesaikan hari ni jugak. Esok katanya dia perlu ke Kuala Terengganu ada ceramah di sana. So kelas habis dalam jam 11 malam. Lega esok kelas takde...so aku boleh bangun lewat


Keadaan kelas pada waktu malam dengan hujan renyai.


Troli lama for sale. Troli style english style ini masih dalam keadaan baik dengan kaca yang amat tebal. Dibuat dari besi padu warna putih dengan cermin tebal. Panjang dalam 3 1/2 kaki.Ada 4 tayar untuk membolehkan troli bergerak.



Harga RM650 termasuk penghantaran weekend ke Lembah Klang, Putrajaya, Bangi dan sekitarnya. Harga boleh nego. Sekian terima kasih.

Saturday, October 4, 2014

Retro Coffee Table

Assalamualaikum,

Retro Coffee Table for sale. Meja ni agak lama juga aku simpan dan jadikan decoration ruang tamu. Designnya yang agak unik oleh kerana alas meja ni merupakan kayu dari potongan pokok. Kayunya tak sure kayu apa tapi agak berat jika diangkat.



Kakinya berjenis "pencil leg" so aku agak meja ni buatan era 1960 atau 1970an. Harga: RM600 dan kos penghantaran FREE ke Lembah Klang sahaja.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Friday, October 3, 2014

Updates & Paintings

Assalamualaikum,

Rupanya dah setahun lebih aku tak update blog. Memang lama. Untuk makluman, aku sambung belajar, so setiap minggu memang aku tiada di rumah terpaksa pergi ke kelas di UTM KL. Bila dah jadi student walaupun secara part time, banyak lah assignment dan projek studio yang nak dibuat. Memang langsung takda masa nak update blog.

Anyway, no worries sebab dalam FB pages dan mudah.my aku masih upload barang-barang yang hendak dijual. Klik kat ruang sebelah kanan ni ada. Boleh like kat pages aku tu, thanks. Dan pencarian barang-barang masih berlangsung macam biasa. Masih mencari masa kalau boleh. Disamping itu, aku jugak buat lukisan walaupun takde lah setanding dengan pelukis-pelukis profesional. Tema lukisan aku mostly retro yang berkisar pada sejarah barang lama, filem-filem P Ramlee dan sebagainya. Cer tengok contoh lukisan-lukisan di bawah ni yang aku buat, dalam kronologi step by step;

1) P Ramlee

 


 2) Amoi F&N





3) Filem Penarik Beca




Sekian Terima Kasih