Saturday, December 29, 2012

Almari Antik No 20 (Proses Restoration Part 2)

Salam,

Maaf banyak-banyak. Entry ni dah lama terbengkalai. Ni baru ler nak update.

Posting ni merupakan kesinambungan dari entry tempohari, sila klik SINI. Proses seterusnya ialah memasang kaki yang telah siap dibuat tu. Proses ni hanya menggunakan paku atau skru sahaja. 

Kaki yang telah siap dipasang pada almari. Kaki baru ini memberikan imej 'Fresh Look' kepada almari nyonya ini.

Selepas kaki siap dipasang, bermula lah pula upacara memasang bahagian atas iaitu partition di mana letaknya bahagian cermin muka dan cermin lama berwarna dimana bahagian ini agak 'complicated' sikit untuk disiapkan. Di sini, material sampingan seperti skru dan drill memainkan peranan penting. Kesemua bahagian yang hendak dicantum perlu di drill untuk memastikan setiap part yang kecil-kecil itu bercantum dengan baik dan tidak longgar. 

Partition cermin dipasang menggunakan skru. Drill setiap sudut di mana cantuman hendak dibuat. Make sure ianya tidak longgar dan tidak kemas.

Seterusnya ialah pemasangan bahagian-bahagian kayu bercorak yang akan bercantum dengan partition tadi. Setelah kayu-kayu bercorak dicantumkan kesemuanya, ianya disatukan dengan partition tadi.Kayu bercorak telah siap dicantumkan kesemua part-part yang berterabur tu. 


Bahagian tadi dicantumkan dengan partition yang dah siap. Now, dah nampak macam completed already kan? 

Part yang ni agak remeh iaitu proses men"syelek" almari ni. Aku masih mengekalkan warna asal iaitu "charcoal" type. Sama macam almari No. 25 tu. Cuma tang tombol kerang saja yang aku remain as it is.


Proses "syelek" sedang berlangsung.

 Part seterusnya ialah pemasangan kesemua cermin-cermin termasuk cermin yang berwarna. Cermin warna warni ini telahpun aku siapkan potongan di kedai apeks, so semuanya "bereh". So aku dah cek dan semuanya menepati kehendak saiz. Tanpa berlengah baiklah ianya dipasang terus.

Tadaaa....siap sudah almari baba nyonya aku ni setelah sekian lama terbiar tak sempat untuk di "restore". Kalau ada yang berminat boleh email or sms me. Aku nak let go for RM4,800.00. Takleh nego coz banyak masa dah aku korbankan untuk cantumkan part-part yang berterabur tu. Maaf yer.




Wassalam.