Wednesday, December 30, 2009

Barang Tembaga lama

Barang tembaga lama for sale. Ada 2 barang saja.



Teko tembaga lama dengan bentuk yang unik. Saiz compare dengan pen seperti di atas lebih kurang 7". Susah nak carik dah.
Harga: RM70 (best offer) - RESERVED FOR NA FROM SENTUL
Sudu dan garpu tembaga lama. Ada 2 set sahaja yang tinggal.
Harga: RM16 satu set (1 sudu + 1 garpu)

Apa lagi? sms or call me.

Tuesday, December 29, 2009

Teko lagi...(ALL SOLD AND BOOKED!)

Teko lama lagi... tapi kali ni corak yang berbeza takde bunga dah. Cuma line emas dan ada 3 warna merah, biru dan hijau (rare ni).

Merah hati. Harga : RM36 aja (Reserved by a friend from Muor)

Biru nila. Harga : RM36 (Booked by Kak Zie Putrajaya)

Hijau katak. Harga: RM36 saja (SOLD to Kak Chah KT)

Imej di belakang teko.
Apa lagi cepat membooking sms/call aku di 013-2296679.

Bekas Lama for sale

Beberapa barang lama untuk dijual seperti di bawah.


Bekas lama untuk menyimpan sireh, saiz kecil diperbuat dari alumunium dengan corak di tepi.

Harga : RM30 satu (still available for sale).


Bekas kuih lama bertutup, ada 2 colour dan corak seperti di atas. Bentuk tutup juga berbeza. Ada 2 saja.
Harga: RM16 satu (RM30 kalau ambil dua)
Cash N Carry di tapak Bazaar@Maeps setiap hari sabtu dari jam 4pm onwards or poslaju boleh diatur (kos poslaju ditanggung oleh pembeli)

Thursday, December 24, 2009

Lelong, lelong, lelong...

Updated (terkini) 25/12

Teko (all 3 sold!), kalau sesiapa nak order exactly macam yang dah jual tu just let me know by this Tuesday (29/12), nanti aku ambil lagi dari kampung. But, untuk design bunga Kangkung sahaja yang besar dan kecik.

Piring dodol (2 sold!), yang lain still masih ada.

Assalamualaikum,


Nak lelong beberapa barang antaranya teko besar kangkung (ada 2), 1 teko tak diketahui bunga apa, sudu perak lama (panjang lebey kurang 20cm dan berat) belum 'polish', alas gelas lama alumunium (ada 9), piring dodol (yg ni bukan piring yg beralun-alun selalu kita nampak tu, ni jenis lain jarang jumpa) dan pinggan makan (ada 3) tak tau bunga apa.

Harga?

Teko = RM26 satu. Bentuknya seperti dibawah. 2 bunga kangkung (1 besar & 1 kecik) yang satu tu bunga apa yer?.





Sudu Perak (panjang dalam 20cm, very heavy) = RM20 satu (ALL SOLD!)




Alas gelas comel alumunium = RM3 satu (ALL SOLD!).


Piring dodol/kuih (kaler coklat) = RM8 je satu. Ada 5 semuanya.



Pinggan makan bunga tak tahu (den tak dapek nak nolong) tapi rasanya yang hitam tu bunga padi (ada 1) = RM8 satu.


Bunga Padi (SOLD to Mimi non blogger)

Gambar dah ditepek, apa lagi? Sambar la cepat-cepat sebelum kehabisan. Hehe... Kalau nak tengok barang-barang lain, sila la ke gerai aku Sabtu ni di Serdang (bazaar@Maeps) sms me 013-2296679. Ada banyak barang lain murah-murah!

Wednesday, December 23, 2009

Set cawan dan pinggan

Oleh kerana aku tak dapat nak upload gambar barang-barang seperti tajuk tertulis ke photobucket disebabkan line maxis slow nak mampus malam ni. Tension aku hisssh... But at last, pagi ni dapat jugak aku masukkan gambar tu seperti di bawah:-

Setelah menjalankan sesi bongkar-membongkar, aku jumpa Set Cawan dan Tempat Letak Gula. Koleksi ini buatan tahun 1970an dan tertulis "Overseas Union Finance Limited". Only 3 teacup (jenis mulut besar) left without saucer (piring) and teko. Kat bawah cawan tulis 'Made in Japan".





Lagi satu, set pinggan bujur (ada 2) dan pinggan bulat (pun ada 2) dengan gambar dan tulisan cina. Tak tahu tahun berapa. Kat bawah pinggan tulih "Made in China". Lihat di bawah ini.





a) Price untuk set cawan dan bekas gula (semua) : RM35 (murah bangat!)
b) Price untuk set pinggan bujur dan bulat (total ada 4) : RM30 (SOLD!)

Aku suggest items diambil sendiri di gerai aku kat Serdang, takot barang pecah kalau poslaju. Sila baca di bawah.

Nota:

Item must be self collected at Bazaar@Maeps, UPM Serdang every Saturday from 4pm to 11pm. Poslaju also available. Add RM12 for poslaju. Sms me for details (zul 013-2296679)

Tuesday, December 22, 2009

LP Piring Hitam Michael Jackson - Thriller (SOLD!!)

Ceritanya begini...

Bulan lepas kalau tak silap aku, one of the member geng-geng barang antik aku datang exchange 30 LP dengan Koleksi LP Elvis Greatest Hits aku, so tanpa disangka terselit satu LP Michael Jackson - Thriller dalam celah-celah 30 keping LP tersebut. Cuma yang kurengnya, LP ni takda cover. Aku dah letak cover putih plain saja tetapi kondisi LP masih elok coz LP ni original keluaran Epic Record. Sound best, bass tebal..

Biasa la, album ni ada memang banyak lagu-lagu hit maklumlah album ni banyak memenangi anugerah Grammy tahun 1985; antaranya Thriller, Beat it, Billie Jean, PYT etc. Dulu zaman aku sekolah rendah zaman breakdance, so lagu-lagu macam ni memang meletups!

Price: RM120 (boleh nego sikit-sikit la) cuma takda cover aja.

LP ni kira masih belum boleh dikatakan LP rare lagi coz kat dalam mudah ada dua or tiga penjual letak harga sekitar RM150 to RM200. Tak caya pi tengok.



LP Piring Hitam Melayu lagi...for sale

Beberapa LP bersaiz besar (full album 12") untuk dijual, antaranya...



Efa Rizan, antara artis 70an yang sukar dicari koleksi piring hitamnya. Lagipun album Efa tak banyak sebelum beliau dilamar (berkahwin) dengan penyanyi Dahlan Zainudin. Album Kacamata ini merupakan antara album dia yang popular. Kondisi: VG+++.

Price: RM30 (fixed) - SOLD TO KAWAN DARI SARAWAK, TQ.



Piring Hitam 'Sentiasa Bersama Life' keluaran 70an oleh artis-artis Life Record. Antara artis popular, Salamiah Hassan, Dato' Jamali Shadat, M Daud dan Tina Adam. Aku rasa ramai dari generasi sekarang dah tak kenal artis-artis ini. Kondisi: VG+++ to NM

Price: RM40 (SOLD!)



Piring hitam Sudirman - Aku penghiburmu. Tak banyak info tentang album ini, mungkin bukan album 'killer' Dato' Sudir. Kondisi: VG+++

Price: RM35 (SOLD!)



Koleksi lagu 4 bintang; Ahmad Jais, Rafeah Buang, M Sani dan Habibah Yaakob. Lagu paling aku suka dalam album ini dah tentu lagu dari filem 6 jahanam nyanyian Habibah Yaakob - Malam ini kita berpisah. Lagu-lagu Ahmad Jais pun tak kurang hebatnya, begitu jugak dengan lagu M Sani. Kondisi: VG+++

Price: RM40 (No Discount)



Koleksi Lagu untuk anda (Laku untuk anda - seperti foto) menghimpunkan koleksi lagu-lagu 70an nyanyian Rafeah Buang, M Sharif dan lain-lain. Kondisi: VG+++

Price: RM30 (best offer)

Semua LP boleh di ambil terus dari saya di tapak car boot sale di maeps@serdang setiap hari Sabtu dari 4pm to 11pm. Poslaju bisa diatur.


Notes:-
VINYL GRADING (Record only,Cover shown in Photo)
Mint - New Unused / Sealed
NM - Almost new / Excellent condition. Maybe 1-2
superficial hairlines that cant be felt with the
finger.Dont affect any sound quality.
VG+++ - A few light hairlines/minor scuff but not
scratches. Should play without skipping.
VG+ Several light scuffs or a few minor scratches.
May have some back ground noise but without a
significant loss of sound quality.May or may not
skip
VG : Will have surface noise and contain a fair
amount or scratches and scuffs. Should only be
considered for hard rock titles which has heavy
sound and rhythm.
VG Minus: Not recommended for playing. Just for
collection sake or for cover art only.
FAIR: Totally Kaput. I'm not selling LP like this.

Monday, December 21, 2009

Koleksi Enamel & Silver (Perak) lama

Yang ni pun aku baru dapat selepas menjalankan aktiviti menyelongkar. So, aku jumpa beberapa barang lama yang dah terperap sejak sekian lamanya.

Barang perak lama, tempat menyimpan barang kemas saiz kecil. Tak tau pulak aku tahun bila barang ni diperbuat.

Harga: RM25 (SOLD TO MEMBER FROM KT)



Talam enamel saiz kecil warna merah gambar burung sepasang sehati sejoli. Sangat cantik kalau buat hiasan dinding.

Price: RM25 (SOLD!)


Thermos di bawah ni masih cantik lagi kondisinya. Colour hijau buatan Hongkong. Tinggi lebih kurang 25cm je.


Harga : RM40 (no discount, kira murah ni)

Dah, nak titun, esok keje...