Saturday, June 26, 2010

2 Teko lagi...

Salam,

Sorry entry ni lambat muncul. Aku sedikit tak berapa sihat hari ni, langsung tak berniaga di Bazaar@Maeps hari ni. Mungkin cuaca asyik panas hujan, panas hujan buat badan aku terus tak sedap. Or maybe semalam aku merayau carik barang. Oh ya, semalam masa aku carik barang aku dapat 2 teko ni.

Mesti ramai orang tanya aku kenapa aku suka sangat jual teko lama? Why? Asik-asik teko aja. Kerana dalam banyak-banyak barang lama yang jual selama ni, teko lah yang paling banyak permintaannya. Lain-lain barang ada juga, tapi kurang sikit 'demand'. Tu la pasal aku rajin merayau mencari teko-teko lama ni. Bukan senang nak carik beb. Kena buat muko tobal.



Teko ni aku tak tau bunga apa namanya. Macam bunga ros tapi samada 'wild roses' or 'peonies' hehe hantam saja la labu. Tapi nampak memang rare, aku tak pernah jumpa sebelum ni. Anyway harga seperti di bawah.

Harga: RM60 (BOOKED - KAK AINA)


Yang ni agak pelik sikit sebab tu le aku sambar. Ada tulisan tulis Hua Hong Import & Export Co Sdn Bhd kat tepi dia. Rasa aku la, ini teko seakan hadiah percuma or cenderahati kot masa annual dinner or kalau beli barang dia dulu-dulu. Design nya lain sikit. Saiz sama aja macam teko-teko biasa tu.

Harga: RM35 (fixed)

Ok. Kalau berkenan sila lah sms or call (siang aja ya, malam tu sila la sms coz kengkadang terperanjat beruk aku kalau orang call time tidur hehe) for booking. Tolong jangan email coz lambat baca. Aku prefer layan sms coz tau lebih cepat. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment