Thursday, December 9, 2010

Piring Hitam Batu P Ramlee (NOT FOR SALE)

Salam,

Yang ni memang aku sayang nak jual coz 'very hard' nak dapat. Piring hitam batu ni ada beberapa dalam market tapi harganya 'mak ai' mahal bebenor. Ada yang sampai harga RM500 dalam ebay aku tengok. Harga yang tak munasabah bagi aku la. Kalau korang orang kaya, tak payah la citer RM500 laju macam air hehe.

Aku dapat EP batu ni dah dekat 3 tahun dari seorang teman di Felda Air Tawar 3 Kota Tinggi, Johor. Dia bukan peminat setia P Ramlee, begitu jugak dengan aku haha. Tapi, oleh kerana aku kawan dengan dia since kat UTM lagi dia offer kat aku EP ni dengan harga cuma RM20 jer. Murah tul..untung aku. Thats why aku tak jual, nak simpan khazanah lama yang bernilai ni.

Lagu dalam EP ni memang best, tapi kalau nak dengar kena guna gramaphone. Aku dah tumpang dengar kat gramaphone member aku. Maklum la, aku takde gramaphone hehe belum beli. Tak berapa minat nak beli coz LP batu susah nak carik. Yang aku ada turntable jer, boleh main LP biasa.



Anyway lagu side A - Jangan tinggal daku dan lagu di side B - Rukun Islam, dua-dua lagu memang best. EP keluaran tahun 1962. Of course, lagu ciptaan P Ramlee sendiri.

No comments:

Post a Comment