Thursday, September 15, 2011

Almari Antik No. 9 (OPEN FOR SALE)

Salam,

Pada asalnya aku takmo jual almari ni, tapi akibat nak berpindah rumah aku takmo bawa banyak barang dan perabut. So aku nak jual almari ni. Macam biasa open to CUSTOMER DALAM LIST kalo depa takmo then aku offer to ALL.

PRICE: RM550 (NEGO) + TRANSPORT RM60 TO KLANG VALLEY

Sekian Terima Kasih. Sila sms or email me untuk info selanjutnya.





POSTING ASAL (14 DEC 2010)


Salam,

Lanjutan dari entry semalam. Almari ni aku baru dapat 2 hari lepas, tapi sorry yer aku tak dapat nak jual (NOT FOR SALE) coz designnya aku rasakan unik. Tak tau la pulak kalau tetiba aku tukar fikiran. Aku dapat dari sebuah rumah di Kuala Pilah. Masih dalam keadaan baik dan perlu 'touch-up' a little bit sana dan sini. Yang aku paling suka tang kaki nya yang tegak lurus. Selalu yang aku nampak jenis kaki capah, ular or 'U', tapi yang ni tegak dan tinggi dari biasa. Aku nak baiki sikit dan varnish clear, pastu dah bleh letak barang for display.

Tingginya dalam 5 kaki x 2 1/2 kaki lebar (cuba bandingkan dengan ketinggian anak aku tu). Ada 3 level for display things dan kiri kanan bercermin see through.



Almari ni seperti kata tuan rumah, dia beli pada tahun 1968 dengan harga RM40 aja pada masa tu. Kalau tengok pada alas surat khabar (orang dulu-dulu suka betul alas dalam almari pakai surat khabar hehe) kat dalam tu aku tengok surat khabar tu ada tulis tahun 1969, cuma keratan 'paper' tu aku tak sempat nak selamatkan coz dah dimamah usia, rapuh bebenor. Anyway, kepada sesiapa yang nak masuk 'que' nak dapatkan almari antik pada masa-masa akan datang sila sms or email kat aku secepat mungkin untuk dimasukkan dalam 'que'. Now 'que' dah meningkat ke lebih dari 6 orang (nanti aku cek).

InsyaAllah, friday ni ada lagi satu almari mari. So sapa yang next turn tu pasti akan dapatlah almari tu.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment