Monday, August 16, 2010

2 teko tanpa tutup dan 2 cawan bujang kangkung

Salam di bulan yang mulia,

Tajuk entry kemain panjang lagi, tapi barang tak lengkap. Aku terpaksa let go oleh kerana space takde nak letak. Nak simpan, nanti aku lupa plak. Lagipun nak dekat raya ni, aku letak rega murah-murah dah ler. Lagipun item ni boleh dijadikan 'spare' or extra kalau-kalau yang ada tu pecah ke.

Aku kalau dapat teko yang macam ni, mesti tutup dia takdak. Samada pecah ataupun hilang tu yang tension tu. Anyway, teko kotak punya pasal aku dah basuh siap-siap teko ni...layanzz



Teko kotak ni gambar bunga dan pemandangan, masih cantik cumanya takde tutup aja. Kalau lengkap aku jual RM100 tapi yang ni takde tutup so aku letak harga: RM50 aja (SOLD TO KAK ZIE). Kalau sesiapa ada tutup ambil la teko ni. Teko jenis kotak memang susah dapat nowadays. For me, its worth buying!.


Teko bunga ros jambatan ni saiznya lebih kecil sikit dari biasa (sederhana kot) bukan yang biasa tu korang nampak tu. Pun tarak tutup jugak. Tutup yang korang nampak kat gambar tu takleh nak ngam la, aku dah cuba banyak kali. Tak tau kenapa. Yang ni rega: RM25 sahaja.

Yang ni plak dua (2) cawan bujang bunga kangkung. Ni memang ada lebih, aku dapat kat kedai apeks. Kalau nak buat extra untuk hidangan air kopi di bulan yang mulia ni boleh la ambik dua-dua sekali. Rega: RM5 aja satu.

So, apa-apa kemusykilan sila sms aku. Selamat menjalani ibadah puasa...

No comments:

Post a Comment