Sunday, July 29, 2012

Pelita Lagi

Salam,

Antara pelita-pelita yang sempat aku sapu kat kedai nyonya tu.

Pagi ni jalan-jalan sambil hunting di Pekan Rantau walaupun dalam keadaan berpuasa. Memang amat memenatkan, tapi aku sememangnya ada agenda lain nak ke sini. Ya, sebenarnya aku nak hantar banyak pakaian raya yang dah dijahit untuk buat jahit tepi. Dah nak raya ni, banyak kedai dah surrender takmo amik jahit tepi ni. So, nak tak nak kena lah aku pi sini. Sini senang sikit coz dah biasa dengan keadaan kat sini, kira last alternatif lah. So dalam pada nak menunggu pakaian tu dijahit, aku ronda-ronda lah dulu kat deretan kedai lama kat pekan ni.

Tak sia-sia jugak coz aku dapat hunting barang sekali. At least ada lah juga hasilnya seperti kat gambar atas nun. Ada beberapa barang aku nak let go, please sms or email aku secepat mungkin kalau berkenan.

1) Pelita Kawin

Pelita kawin warna merah dengan tulisan takde sarikata ni aku dah ada sebiji dalam koleksi aku. So yang ni aku nak jual. Keadaan masih dalam kotak NOS. Harga: RM25.

2) Pelita plastik kaler kuning

Pelita ni pada aku agak unik, coz dalam banyak-banyak pelita yang ada dalam koleksi aku yang ni aku belum pernah dapat. Aku dapat 3 biji. Sebiji nak simpan, 2 biji aku nak jual dengan gambar 'Amoi' yang berbeza (Type A dan Type B). Harga: RM20 sahaja.

Type A (amoi rambut lepas paras leher)


Type B (amoi rambut ikat)

3) Stom/Chimney pelita

Ada 2 jenis stom atau chimney pelita yang aku dapat so ada extra la. Yang besar RM15, yang kecik RM7 (ada 2 biji).


Kalau berminat silalah call/sms/email semua teknik pun boleh or dalam FB pun ada. Klik lah like pada pages di sebelah kanan ni. Kalau takleh pi mudah.my pun aku ada store. Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa.

No comments:

Post a Comment