Friday, July 6, 2012

Almari Antik No 20 (Proses Restoration Part 1)

Salam,

Almari antik No 20 ni adalah asalnya dari posting yang lalu klik SINI. Almari ini aku rasakan unik oleh kerana aku belum pernah dapat lagi jenis yang sebegini.


Now, mungkin blog aku nak tunjukkan only for restoration process. Hmm...nampak macam exciting gak. Lepas ni aku boleh la jadi macam cerita 'King of Restoration' kat History Channel tu. Seronok gak kan tengok cerita tu. Very kreatif... anak beranak tu buat keje. Tapi aku belum lagi sampai tahap otai macam tu. Pada aku ramai lagi otai-otai kat Malaysia ni macam Haji Musa (yang aku kenal) dan lain-lain.

Almari baba nyonya ni kalo ikut posting asal memang telah berderai part-part nya. Alhamdulillah, aku telah berjaya mencantumkan sedikit demi sedikit part-part yang berterabur tu. Walaupun masa takde, dengan ke BZ yan tahap cipan. Dengan banyak lagi almari lain nak di restore.

Bahagian yang pelik dan susah nak dicantumkan akhirnya berjaya aku kenalpasti. Cuma tang kakinya saja tak dapat diselamatkan oleh kerana telah mereput dan uzur.

Bahagian pertama ialah proses untuk membuat rangka almari. Proses ni yang paling leceh dah rumit untuk mendapatkan rangka yang kukuh sangat susah. Kayu asal pulak jenis yang keras dan susah nak skru dan paku. So di bawah ni ialah rangka yang telah diolah dan disiapkan.

Rangka pandangan kanan.

Rangka pandangan kiri.
Setelah selesai memasang rangka, untuk memasang bahagian lain akan menjadi lebih mudah. Gambar di bawah menunjukkan bahagian lain telah dipasang dengan jayanya cuma ada satu masalah, iaitu...kakinya? Kaki almari ini telah rosak teruk (hancur) tidak boleh diselamatkan lagi. So, nak tak nak aku kene juga buat kaki yang baru.

 Papan tepi belakang dan depan siap di lekatkan.

Siap sudah bahagian ni

Bahagian kedua ialah untuk mencantumkan bahagian atas yang merupakan bahagian yang paling mnarik sekali. Bahagian ni yang paling banyak item glass dan cermin. Part-part ni semuanya diperbuat dari kayu jenis ringan, so aku hanya menggunakan gam kayu untuk mencantum-cantumkannya semula. Cuma agak susah untuk mencari cantuman2 kecil. Sedikit demi sedikit semuanya complete dan selesai (gambar di bawah).

Rangka bahagian atas (belakang) telah dicantum dengan jayanya.

Walaubagaimana pun, kaki sempat aku buat yang baru. Design? Takde apa pun, just straight forward menggunakan kayu 2" x 2". Tetapi harus ingat, pemilihan kayu juga penting. Jangan guna kayu yang biasa-biasa. Gunakan kayu merbau atau meranti. Cuba cari di kedai-kedai kayu lama. Minta depa ketam bagi halus. Jangan guna permukaan yang kasar. Nampak tak sama.

 Rangka kaki baru yang siap dipasang.

 Pandangan bawah.

Cuba perhatikan pemasangan sangga besi (beli di Ace Hardware) untuk mengukuhkan struktur kaki.

Di bahagian penjuru kaki juga perlu diletakkan sangga besi bagi mengukuhkan struktur kayu. Kalau tak mau terlentuk lemari ni tanpa besi ni.

Part cermin dan bahagian atas telah berjaya aku lekat semula dengan jayanya. Aku beli semula glass panel yang berwarna boleh dikatakan femes zaman 60s dan 70s. Rumah-rumah tradisional banyak menggunakan panel glass sebegini. Tapi kaca jenis ni ada reproduction jenis baru, ada supplier kalau cari dalam alibaba.com. Tapi jenis yang lama amat payah nak dapat. Aku pernah jumpa kaca ni dijual di Seremban tapi yang ada hanyalah warna hijau. Kalau korang nak, kat Kuala Kubu Baru ada. Tapi nak pi sana mak aiii jauhnya.

Bersambung di episod akan datang....Part 2.

No comments:

Post a Comment