Thursday, July 26, 2012

Tiga lagi pelbagai Item for Sale

Salam,

Sejak dua menjak ni rajin pulak aku hunting barang. Bukan apa, kadang-kadang ada meeting di luar sempat jugak la aku singgah tempat yang biasa aku pi. Hari ni ada dua lagi barang aku dapat untuk dijual. Bukan dua ni saja semuanya. Ada lagi beberapa tapi aku takmo show dalam entry ni, den nak simpan itu barang mungkin akan di show kan dalam entry blog akan datang.

Anyway, barang yang aku nak jual ni rasanya biasa-biasa saja. Takde yang special pun.

1) Teko Tembaga Kecil

Teko ni macam teko yang aku pernah jual sebelum ni cuma ianya tak selengkap yang dulu. Ni cuma ada teko saja. Cawan tiada. Tapi kalo minat dengan yang ni sebagai koleksi apa salahnya beli.

Harga: RM60 (boleh nego skit-skit)



2) Mangkuk lauk OC

Mangkuk lauk berlatarbelakang kan scenery ni aku rasa tak ramai orang yang collect. Ianya keluaran Oriental Ceramic atau orang panggey OC. Dulu masa aku memula menceburkan diri dalam PML ni aku tak berapa terer nama-nama bunga pada PML, now dah terer skit-skit bole la. Mangkuk ber diameter 8 inci.

Harga: RM12 (boleh nego) ada 2 biji saja. Ambik 2, RM20 saja.


3) Sudu Cendol Nyonya


Sudu cendol baba nyonya condition New Old Stock (NOS) dapat kat Kedai Apeks. Ada 6 unit semuanya.


Harga: RM5 sebiji.




Harga di atas tidak termasuk poslaju. Ok ler, esok lusa ada lagi barang lain akan 'On Sale' lagi. Tunggukan kemunculannya. Adios dan selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment