Saturday, August 4, 2012

Almari Antik No. 23 (SOLD!)

Salam,

Pejam celik sekejap jer dah hari ke-15 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Ni dia almari tu. Condition agak teruk coz lapik belah kiri dah pecah. Tapi bahagian dalam masih cantik dan telah di cat baru.

Almari jenis slide macam ni memang tak ramai yang minat untuk memilikinya. So, bila permintaan takde aku tak ambil lah dari mana-mana orang persendirian yang nak menjual kat aku almari jenis ni. Last week, nasib baik ada orang sedang mencari almari jenis ni. Jadinya, aku dapat satu lamari ni di area Senawang dengan pantasnya aku sambar dari owner tersebut.

Almari jenis ni memang aku jual pada harga murah, memang murah jika dibandingkan dengan penjual dalam mudah. Harga aku: RM380 sahaja (SOLD). Anyway, almari ni dah ada pembelinya. Akan dihantar pada minggu ini juga, Alhamdulillah...syukur. Berikut adalah proses membaikpulih (restoration) almari ini.

Lapik bahagian atas telah rosak dan pecah begitu juga dengan lapik belah kiri, so atas permintaan buyer aku bukak semula lapik berkenaan dan jadikan belah tepi (kiri dan kanan) cermin see thru dan boleh view. Dalam gambar tu lapik atas telahpun ditukar baru. Kayu besar gedabak tu sebenarnya pemberat untuk bagi gam benar-benar melekat.

Ni dia lapik yang aku dah tukar buat bingkai, so boleh lihatlah item yang di displaykan.

Ni dia... selepas di buat bingkai bahagian tepi. Now dalam proses menempah cermin. Gam pada lapik baru telahpun kering. Lepas ni upacara menggosok dengan kertas pasir. Yang ni makan masa lama sikit.

Upacara menggosok kertas pasir telah dijalankan semalam dan telahpun siap. Tujuannya untuk make sure takde benjolan-benjolan di sudut-sudut tepi almari. Nak bagi nampak rata.

Ni dia keadaan almari selepas proses gosok dengan kertas pasir.

Proses seterusnya ialah syelek or varnish sementara menunggu tempahan cermin tepi siap. Part yang ni yang paling aku suka. Bukan kerana aku suka dengan bau syelek tu. Tapi time ngecat ni bleh layan dan tak memenatkan.

20% kerja-kerja syelek selesai.

Ok setelah selesai kerja-kerja syelek/varnish at least kena la tunggu 4 hingga 5 jam sementara nak tunggu syelek tadi kering. Lepas tu, boleh la cermin-cermin kiri dan kanan tu dipasang.

Ni dia keadaan semasa nak memasang cermin.

Ok telah selesai syelek cuma aku terlupa nak snap gambar semasa pemasangan cermin kiri dan kanan. Waduhhh...kok lupa bulan-bulan posa ni. Takpa lah..dah siap dah pun

Ni dia keadaan dah siap sepenuhnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Layanzz..





Aku masih belum berkesempatan nak sambung balik baikpulih almari yang lepas-lepas tu especially almari nyonya tu. Mungkin pada entry yang akan datang. Yer lah, bulan posa ni nak beraktiviti agak limited sikit. Minggu depan lagi 2 minggu nak raya.

Salam..Ramadhan untuk semua.

No comments:

Post a Comment