Thursday, December 16, 2010

Mesin Jahit Lama (SOLD!)

Salam,

Entah macam mana sejak dua menjak ni aku rajin betul bukak entry baru. Boleh dikatakan tiap malam aku ngadap PC tulis blog. Tadi dalam diam-diam sempat aku snap gambar mesin jahit lama ni kat rumah kawan aku. Katanya, dia nak jual mesin ni kerana tak lama lagi dia nak pindah rumah baru. Dia malas nak bawak rebeh-rebeh benda berat ni usung ke rumah barunya yang sepelaung je dari rumah sewanya yang sekarang.


Ya la, rumah baru dibeli semua barang lama nak dijual. Nak gantikan dengan yang baru. Katanya lagi mesin jahit singer guna tangan ni dulu mak dia punya. Masih elok dan boleh digunakan. Katanya lagi, ia buatan era 1960an. Ok lah, aku angguk dan terus snap guna handphone cabuk aku. Member aku sempat plak dia bentang kain putih as background untuk aku ambik gambar haha. Ni aku tolong le member ni jual, so aku tepek sini gambar berserta harga.

Harga ditawarkan: RM350 (SOLD TO MR. DAVID, TQ) sesuai untuk display atas lemari antik, jangan roboh dah le. Sila sms or call or email aku kalau berkenan.

1 comment: