Monday, February 28, 2011

Trip to Cameron Highlands

Off topic sat, asik cerita pasal barang antik aja bosan jugak kan. Cerita sikit pasal trip aku, kali ni...

Fakta Trip :-

Date : 19/2 - 20/2/2011
Venue: Cameron Highlands and Ipoh
Sleep : Rumah Peranginnan Persekutuan Cameron Highlands


Salam,

Takde apa yang menarik sangat pasal trip aku yang satu ni. Trip ni bukan tujuan untuk hunting barang. Ni memang betul-betul untuk rilexkan minda dan berehat dengan family. Ntah kali ke berapa agaknya dah aku jejak kan kaki aku ke sini. Last aku pi Cameron ialah pada bulan Jun 2008. Lagipun, wife aku dah siap booking Rumah Peranginan Persekutuan sejak tahun lepas lagi. Rugi le kalau tak mai (murah je, 1 malam cuma RM25 je. Ni kali ke dua aku duduk sini).

Ala trip ni macam biasa la, borong-borong sayur bla bla, beli beli strawberry, jalan-jalan tengok pokok strawberi, tengok-tengok ladang teh yang poyo tu haha.. pastu lepak pasar malam Brinchang, lepas sana lepak sini bla bla etc etc.. Yang bestnya aku beli beberapa pokok (jenis menjalar) kat sana untuk ditanam kat rumah aku. Ingat nak buat pergola laa..

Berikut adalah kronologi trip tersebut:-

19/2/2011 - bertolak dari Nilai jam 7.00am, makan nasi lemak bungkus di R&R Sungai Buloh. Lebih kurang jam 10am about halfway naik ke Cameron (via Tapah tol), aku singgah kat Lata Iskandar sat...sejuk kan diri

Lata Iskandar - bestnya kalau aku dapat mandi..

Sebelum sampai tempat penginapan lebih kurang 1km sebelum Tanah Rata, sempat aku singgah sat kat sini. Lepak pekena teh dan cake dulu dan snap gambar lebih kurang.

Signboard ni menarik gak kalau dapat hehe...

Ladang teh Bharat Tea Plantations

Signboard yang ni pun best gak kalo dapat rembat, buat koleksi hehe...

Jam 11.30am tiba di tempat penginapan.

...ni dia tempat aku tidor (RM25 per night memang berbaloi, trip dulu aku duk apartment mahal sikit but yang ni dapat bilik, ok je la mana nak dapat harga bilik macam ni bro??)

oleh kerana kunci belum dapat lagi, let us go round and round...lepak sat kat sini.Mencuci mata sambil teringin nak makan ice cream strawbery yang poyo tu. Signboard yang ni pun takkan nak rembat bro?? hahah...harus aku kena kejar dengan owner.

Jam 1.00tghri, lepak kat strawberry farm sat..

huh...strawberry busannya hehe

Cuci mata sat dengan bunga-bungaan yang sempat aku snap kat sini...


Strawberry ice cream, indah khabar dari rupa di poster. Yang aku baham ialah macam yang ice cream malaysia tu hehe, jadi lah..tapi memang sodap coz pure gila isinya.







Nilah dia rock melon (bukan rock kapak) Mahal siot buah ni RM20 sebijik tapi memang sodap!

Sebelum check in, aku singgah sat makan kat Pekan Brinchang sambil snap-snap gambar bangunan-bangunan lama yang aku rasa cocok untuk dimasuk kan dalam blog ni.


Ok, jam 2.00pm aku check in dan zzzzz...sampai jam 6pm. Bangun aja, aku terus pi cari dinner kat Pasar Malam Brinchang sambil cuciz mataz...haha
Suasana kat pasar malam Brinchang. Ala, sama je macam kat pasar malam kat Jalan TAR or kat area rumah korang. Cuma yang bezanya, barang-barang yang depa jual lain sikit la. Kat sini sayur semua fresh-fresh. Makanan nya sama aja...semua ada (Nasi ayam, nasi lemak semua ada). Aku lepak until jam 8pm lepas tu balik bilik dan zzzz lagi...(kan aku kata tadi, trip ni untuk aku berehat)

Jam 8.00am (20/2/2011), breakfast kat area Tanah Rata, jumpa satu kedai pakcik dan makcik ni (memang dah 4 kali setiap kali aku pi Cameron aku makan pagi kat restoran ni hehe). Tapi aku suka tengok kat menu yang kat dinding ni...coz ada gambar susu tin Carnation. Design lama tu.

Lepas bekfast, balik bilik dan ready to check out..jam 10.30am gitu...

On the way balik tak sah kalau tak singgah sini (Kea Farm) beli sayur sebanyak setidak untuk diagih-agihkan pada sedara mara sahabat handai...

Tapi kan...kalo korang nak tahu aku sempat gak singgah Ipoh on the way balik (Pasar Lokin aka Memory Lane) melepas gian kata orang tu walaupun pasar ni dah nak tutup lebih kurang jam 12 tghri gitu aku sampai. Anyway, janji aku singgah!


Begitulah kira-kira...next time aku citer lagi. Adioss!

1 comment:

  1. trip yang menarik, sekali sekala perlu bersantai dan rehatkan minda juga :)

    ReplyDelete