Wednesday, February 16, 2011

Coca Cola Bottle Shape Tin Container

Salam again..

Adusss, semalam handphone aku hilang dan tercicir tak tahu ke mana. Puas aku carik kat tempat last aku lepak, taman permainan tempat anak aku main tapi memang hampa belaka. Sah, memang hilang le jawabnya kalau dah aku call handphone tu dah off terus. Maknanya di sini, handphone tu mesti dah jadi milik orang lain la. Nak tak nak, aku terpaksa matikan nombor tu sekejap dan register balik nombor yang sama malam semalam jugak kat KLIA. Alhamdulillah, now aku pinjam handphone anak aku sekejap.

Sorry la kengkawan, aku dah hilang semua no. telefon dalam handphone tu. Minta tolong sms balik no. handphone masing-masing kalau terbaca entry ini. Semalam aku tak sempat nak tulis entry coz penat sangat.

Tapi hari ni aku ada satu saja barang yang nak aku jual.

Aku nak jual tin yang bersaiz kecil saja.



Ini adalah bekas tin berbentuk botol coca cola yang aku trade sekali lagi dengan member aku hari tu. Haha...asik trade je aku ni, tapi bukan aku yang minta trade. Member aku yang mintak, katanya nak tukar dengan crate mini 7up aku yang cun itu (nanti aku tunjuk dalam entry akan datang).

Ya, seperti dalam gambar yang ke 2 tu ada dua saiz tin ala ala pencil box besi. Tapi yang aku nak jual yang bersaiz kecil tu saja. Yang besar tu aku nak simpan. Box/container ni buatan tahun 1997 (ada tulis kat blakang). Yang kecil (panjang 24cm) dan yang besar (33 cm). Ini tin kalau gantung kat wall memang cun.

Harga yang kecil : RM60 (nego)
Harga yang besar : Not For Sale.

Untuk makluman, kalau nak pos tambah RM5. Apa-apa sila sms ke no aku ni 013-2296679.

Selamat Malam

No comments:

Post a Comment