Tuesday, January 25, 2011

American Pickers

Salam,

Semalam sempat aku menonton rancangan hebat di Astro History Channel untuk orang-orang macam aku ni iaitu American Pickers (AP). Apa yang menariknya rancangan ini, menunjukkan dua orang shabat mencari barang lama dan mengitar semula barang menjadi sesuatu yang berharga. Mereka menukar sampah (junk) kepada nilai barang yang cukup berharga. Cuba baca di bawah:-

“This isn't your grandmother's antiquing. Pickers like Mike Wolfe and Frank Fritz are on a mission to recycle America, even if it means diving into countless piles of grimy junk or getting chased off a gun-wielding homeowner's land. Hitting back roads from coast to coast, the two men earn a living by restoring forgotten relics to their former glory, transforming one person's trash into another's treasure. American Pickers follows them as they scour the country for hidden gems in junkyards, basements, garages and barns, meeting quirky characters and hearing their amazing stories. If you think the antique business is all about upscale boutiques and buttoned-up dealers, this show may change your mind--and teach you a thing or two about American history along the way.”

Klik link kat bawah ni for info of the series. Memang amat menarik, semenarik 'Pawn Stars' tapi ia lebih kepada aktiviti hunting-menghunting dan korek-mengorek barang. Tu yang buat aku teruja tu haha..

American Pickers


Gambar Hiasan (takde kena mengena dengan sesiapa)

Dalam episod semalam, aku nampak mamat dua orang ni jumpa button coca cola sebesar meja bulat hotel tu. Woww..best betul dan episod semalam gak aku nampak dia dapat cooler box Pepsi Cola. Depa dua dapat dengan harga yang sangat murah dari rumah makcik tu. Ada la beberapa barang lain ko tengok memang rare dan yang paling hebat depa dapat beli 'vespa ape' yang bertayar 3 tu dengan harga $5k. Vespa tu memang class, siap ada bumbung. Ala..korang search ler kat google vespa jenis ni.

Isunya di sini kadang-kadang sesuatu barang tu pada kita sangat bernilai, tapi pada orang yang tak tahu menilai atau tidak ambik kisah, barang tu orang campak begitu saja. Dalam konteks ni, yang paling utama ialah minat (passion) terhadap sesuatu hobi atau kerja itu sebenarnya. Rajin tak rajin ko mengusahakan sesuatu hingga ko dapat satu hasil yang lumayan kepada diri ko. Aku yakin dengan usaha yang berterusan dan gigih, tentunya rezeki korang akan dapat ditingkatkan lagi. Yang sebenarnya ia terletak pada kegigihan ko aja, rajin or malas..

Alhamdulillah..


1 comment: