Friday, January 14, 2011

Kabinet Meja Tulis Art Deco



Salam,

Sebelum aku meneruskan entry ni, FYI ni bukan almari display antik yang customer que tu yer. Ni ialah meja menulis + kabinet buku seperti tajuk yang aku tulis di atas. Hehe..Yeha, today Nogori bercuti coz menyambut Hari Keputeraan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan lega sikit rasanya, takyah nak bangun cepat. Gambar ni aku snap semalam petang lepas balik keje masa lepak borak-borak rumah kawan aku kat Mantin. Dia nak jual meja tulis ni.

Kabinet Meja Tulis ni jenis 'art deco' memang cantik dan complicated buatannya. Tengok texture kayu kat atas cabinet ni nampak begitu rapi sekali. Cuma yang tak berapa puas hati tombol pintu (knob) tak berapa menarik sangat. Cermin kacanya cantik ada corak dan garisan, susah nak jumpa pada perabut sekarang. Aku andaikan meja ni buatan tahun 1950'an (andaian aku saja). Panjang 3 1/2 kaki x tinggi 4 kaki x depth 1 1/2 kaki. Cabinet atas kiri boleh bukak jadi meja, dengan ruang-ruang display dan ruang buku. Bawah kiri pulak ada ruang bertutup untuk letak apa saja barang yang korang suka. Tapi kalau orang berkaki panjang sangat susah untuk merehatkan kaki kerana perlu duduk terkangkang oleh kerana tiada ruang kat bawah meja.




Tapi malangnya, meja ini bukan aku punya. Kawan aku nak jual agak mahal juga. Katanya meja ni kesayangan dia masa kecik-kecik dulu dia pakai. Parents dia beli tahun bila diapun tak berapa pasti. Now, dah takde sapa nak gunakan meja tu mungkin kerana saiznya agak kurang fit dengan tubuh badan dia kot haha. Meja ni tidak ada di rumah aku, tapi kat rumah kawan aku di Ampangan Seremban. Anyway layanzz...

Harga ditawarkan : RM1,000 (ni barang consignment, kalau nak nego sila sms aku)

No comments:

Post a Comment