Thursday, March 4, 2010

Lemari Antik No 4 (SOLD!)

Assalamualaikum,

Lemari antik ni aku baru ambil dari empunya 2 hari lepas. Sorry la coz dah ada orang booking. Saja jer letak kat sini bagi 'pressure' sikit dan saja nak tayang bagi panasss! hehe. Lemari ni belum dibaik pulih, so nampak a bit tak kemas. Kalau tengok saiznya sama macam yang aku jual pada Kak Azzah last year (tengok blog Kak Azzah) lebey kurang 4 kaki tinggi dan 2 kaki lebar. Design look alike ia dibuat pada tahun sekitar 1960an kerana ala ala 'art deco' berdasarkan 'curve' pada setiap penjuru. Tetapi jika dilihat pada kedudukan laci terletak dibahagian atas, bukannya kat bawah sepertimana lemari display antik yang kita lihat (pelik kan?). Kenapa begitu? Aku pun tak tahu.




Untuk pengetahuan korang, lemari ini telah dijual kepada blogger geng kita, saudari Yatt. Kalau ikutkan que, ada 5 yang masih lagi menunggu. Kalau nak masuk que, silalah bagitau aku. Aku akan hantar lemari ini pada hari Ahad ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment