Sunday, February 27, 2011

Pelbagai Barangan Kaca Antik

Salam,

Hari ni aku duk rumah, touch up dan baikpulih perabot sikit dan sesi bongkar membongkar, jumpa la beberapa barang untuk di 'let go'. Selak punya selak, kali ni aku jumpa pelbagai barangan diperbuat dari kaca pulak dohh.. ni diaa

Barang No. 1



Gelas minuman keluaran 1980's jenama rokok Peter Stuyvesant Menthol. Amat jarang sekali nak jumpa gelas yang dikeluarkan oleh syarikat rokok. Tinggi dalam 15cm.

Harga : RM8 satu (ada 3)


Barang No. 2


Mangkuk 1960's sup/kuih/lauk berbentuk buah dengan tangkai (tengok gambar No. 2 tu). Memang unik betul bentuk mangkuk ni. Diameter dalam 12 cm jer. Ada 4 biji semuanya.

Harga: RM6 satu (ambil semua RM20 sahaja tak termasuk poslaju)


Barang No 3 (BOOKED)

Bekas kuih antik 1960's kaler hijau. Hah, bekas ni memang kebanyakan peminat barang lama ada tapi kebanyakannya kaler coklat or clear. Mintak mahap, yang ni cuma ada satu saja dalam simpanan den.

Harga: RM10 jer (BOOKED - KAK NANIE).

Barang No 4 (SOLD via Mudah.my)


Sepasang flowerpot antik kaler hijau. Aku rasa design ni keluaran tahun 1970's. Saiz seperti dalam gambar compare dengan bateri kecik tu. Ada lukisan hand painted kat tepi.

Harga: RM25 sepasang.

Sms untuk berurusan (013-2296679 Zul), email pun boleh.

Tata...Salam di angin lalu,

Saturday, February 26, 2011

Crate dan botol miniature (NOT FOR SALE)

Salam,

Saat entry ini ditulis aku baru balik dari Kuantan tadi (9.00pm), masih penat ni drive sejak petang tadi. Aku pi sana sejak semalam (Jumaat). Hantar mak mentua aku ke rumah ipar aku kat sana, tukar angin katanya. Konon-konon nak pi hunting barang. Aku pi kat Trade Shop di Jalan Bukit Ubi and kedai barang terpakai dari Singapore (ala ala Rengit la ni) kat Jalan Gambang. Takde barang lah..semuanya tak best, kalau ada pun mahal harganya.

Anyway, pasal crate miniature ni aku ada tulis hari tu pasal ni. Aku dapat dari Senawang (trade botol) dengan member aku si pencinta coke tu. Memang first time tengok, aku terus sambar coz memang comel crate 7up ni datang sekali dengan 3 botol (7up, Sprite and botol soda apa ntah). Satu botol tu still ada air.

crate mini 7up tu...

Crate ni saiznya alahai kecik sangat tapi aku rasa ia unik untuk disimpan

3 botol miniature, Sprite bottle tu best very rare

Botol compared to mangga rumah aku, very small

Last sekali aku nak bagitahu bahawa barang-barang di atas is NOT FOR SALE. Simpan untuk koleksi aku..hehe. Esok-esok kalau aku rasa nak jual, aku tepek kat dalam ni.

Regards,

Wednesday, February 23, 2011

Almari Antik Updated Que List

Salam,

Mintak maaf banyak-banyak pada semua customer akibat lama sangat menunggu. Tapi kali ini nampaknya gerak dalam list bertambah laju dan pendek. Alhamdulillah, nampaknya dapat lah aku memenuhi kehendak pelanggan dalam jangkamasa yang lebih dekat dengan cepat. Nak cari barang ni memang sangat susah dan bukan perkara mudah.

Harap nama-nama dalam que list for next turn dapat email or sms aku apa jenis almari yang dikehendaki coz aku nak tahu juga apa jenis yang dimahukan. Ada pelanggan nak yang jenis ini dan itu. Apa-apa sila email aku. Ada nak jenis almari lauk, ada nak jenis kecil, besar etc. Senang sikit aku nak mencari. Updated que list yang terkini untuk almari antik seperti di bawah ni:-

1. Abg Din / Kak Gie (Next turn - KIV)
2. Kak Aina (KIV until June 2011)

3. Aris Azman (next turn)

4. Fifi

5. Kak Mona Rawang

6. Kak Shima
7. Rafidah

8. Kak Noorazian
9. Sya (harith hiliza)

10. Hanis

11. Petty Petals


Customer yang TELAH menerima almari pula seperti di bawah:-


1. Kak azzah (sold - 2008)

2. Kak Cempaqa (sold - 2009)

3. Kak Ana (sold - 2009)

4. Yatt (sold - 2010)

5. Kak Hanis Kajang (sold - 2010)

6. Hanita Hanita (Sold - 2010)

7. Kak Zie (Almari antik No 10 - 2011)

8. Yatt (Almari antik No 12)


Maaf, permohonan baru (hehe) telah ditutup dan akan dibuka semula selepas 2 orang yang terakhir dapat almari mereka. Terima kasih.


Regards,

Tuesday, February 22, 2011

Pelita Gantung (NOT FOR SALE)

Salam,

Ahh, leganyaa hari ni aku bercuti coz nak menghilangkan penat sejak 2 hari yang lepas.

Pelita or kerosene lamp memang aku minat jugak nak mengkolek nya. Cuma kadang-kadang jer aku dapat jenis yang pelik-pelik or rare. Memang susah nak carik jenis yang rare ni. Yang re production, toksah citer la melambak kat mudah dan kat blog orang jual. Yang tu lagi laa aku tak berminat. Pelita gantung yang ni aku dapat dari Rengit. Nak kata rare, tak jugak tapi bukan re production. Nampak memang lama coz ada part yang di buat dari enamel dan ada part dari porcelain. Sedara aku bawakkan dari kampung semalam petang. Tak sempat nak snap semalam. Hari ni baru aku berpeluang. Yang uniknya, pelita ni saiz kecil tapi boleh di gantung.



Tinggi dalam 12cm termasuk tutup.

Bekas minyak tanah (kaler hijau) tu dibuat dari enamel dan storm (penutup atas berbunga vintage) dari porcelain. Very unik, nampak ala ala victorian style and kalau tak sure aku dah jual kat dalam blog ni haha..

Ok, tata for now

Monday, February 21, 2011

Set Teko, Pinggan Oval dan Piring Kuih

Salam,

Hari ni baru lega sikit, kerja kat ofis dah settle. Dan penat melancong semalam dah reda. Then today, aku start nak jual pelbagai pinggan mangkuk hehe.. nak menghabiskan sisa-sisa sebelum aku pindah rumah akhir tahun ni. Malas nak terbondong-bondong bawak berat-berat esok pindah rumah. Aku kalau bab pasal bunga kat teko memang 'fail!', langsung tak tahu bunga jenis apa.

Item 1 (SOLD TO KAK N from JB)

Set teko ni aku tak tahu bunga apa kat tepi tu. Macam daun Maple tapi bukan yang selalu kita tengok kaler oren tu, yang ni lain sikit. Buatan 1960's, bentuk teko macam aladin bentuk unik sikit. Cuma set ni cawan dan piring cuma ada 2 saja. Tak cukup. Set penuh yang aku ada seperti dalam Gambar No 1 di bawah. 1 Teko + 1 bekas gula + 1 bekas susu + 2 set cawan dan piring. Kat belah bawah ada tulis 'Made in China' macam biasa la..

Harga for the whole set: RM160 (nego)

Kalau nak beli set loose (satu-satu pun boleh). No hal punya, tapi aku nasihatkan beli le set terus, senang hati aku hehe.. Harganya seperti ni:-


Harga teko (aku suka bentuknya unik) : RM80

Harga Bekas Gula : RM30

Harga bekas susu : RM25

Harga Set cawan : RM15 per set

Item 2

Pinggan Oval bunga apa aku tak tahu haha...blurr blurr Nampak macam bunga rose mixed dengan bunga-bunga lain. Panjang end to end 30cm x width end to end 24cm.

Harga: RM60 (nego)

Item 3

Yang ni piring kuih or alas gelas buatan Jopon 1960's with words "Good name is better than riches". Kaler clear.

Harga: RM8 satu (ada 4 keping semuanya, borong semua RM28 sahaja)

Sms me for further details (zul 0132296679)

Sunday, February 20, 2011

Almari Antik No. 12 (SOLD!)

Updated (20 Feb 2011)



Semasa entry baru ni ditulis, almari ni telahpun dihantar ke owner barunya. Thanks kepada Yatt, tima kasih daun keladi, lain kali belilah lagi hehe. Aku masih penat lagi ni, baru balik from Cameron Highlands tadi. Esok aku tulis entry lagi pasal trip ke Cameron ni. Just nak show almari ni selepas dibaik pulih dan ditukar pintu nya kepada kaca (sila lihat gambar).

Original Posting (5 Feb 2011)


Salam, just came back from Rembau...


Ni ayat skema aku...haha baik korang baca

Ikut waiting list, ramai yang minat dengan almari display jenis pintu bukak ada tombol macam dalam previous entry aku dulu-dulu. Jenis lemari lauk ni aku tak tahu, ada ke yang minat. Cuma almari ni aku belum 'alter' apa-apa lagi kat tutup pintu yang jaring tu. Masih 'as is where is' dan baru keluar dari setor before CNY itu hari. Jaring halus tu aku akan tukarkan ke cermin so, boleh lah display bermacam pinggan mangkuk kat dalam. Aku akan varnish dan cantik kan lemari ni seperti baru, bila siap nanti aku paste kan kat sini. Dont worry!

Dimension tinggi lebih kureng 5 kaki, lebar lebih kurang 2 kaki setengah (tengok gambar). Kondisi seperti dalam gambar masih utuh.



Harga: RM400 (SOLD TO YATT) - penghantaran hanya untuk Lembah Klang dan paling jauh Seremban sahaja.

So macam biasa, aku open to waiting list dulu kalau-kalau depa berkenan. In case depa takmo, then aku open to public. So rajin-rajin sms aku kalau berminat. Siap aja baik pulih aku terus hantar. Payment COD.


Regards,

Wednesday, February 16, 2011

Coca Cola Bottle Shape Tin Container

Salam again..

Adusss, semalam handphone aku hilang dan tercicir tak tahu ke mana. Puas aku carik kat tempat last aku lepak, taman permainan tempat anak aku main tapi memang hampa belaka. Sah, memang hilang le jawabnya kalau dah aku call handphone tu dah off terus. Maknanya di sini, handphone tu mesti dah jadi milik orang lain la. Nak tak nak, aku terpaksa matikan nombor tu sekejap dan register balik nombor yang sama malam semalam jugak kat KLIA. Alhamdulillah, now aku pinjam handphone anak aku sekejap.

Sorry la kengkawan, aku dah hilang semua no. telefon dalam handphone tu. Minta tolong sms balik no. handphone masing-masing kalau terbaca entry ini. Semalam aku tak sempat nak tulis entry coz penat sangat.

Tapi hari ni aku ada satu saja barang yang nak aku jual.

Aku nak jual tin yang bersaiz kecil saja.



Ini adalah bekas tin berbentuk botol coca cola yang aku trade sekali lagi dengan member aku hari tu. Haha...asik trade je aku ni, tapi bukan aku yang minta trade. Member aku yang mintak, katanya nak tukar dengan crate mini 7up aku yang cun itu (nanti aku tunjuk dalam entry akan datang).

Ya, seperti dalam gambar yang ke 2 tu ada dua saiz tin ala ala pencil box besi. Tapi yang aku nak jual yang bersaiz kecil tu saja. Yang besar tu aku nak simpan. Box/container ni buatan tahun 1997 (ada tulis kat blakang). Yang kecil (panjang 24cm) dan yang besar (33 cm). Ini tin kalau gantung kat wall memang cun.

Harga yang kecil : RM60 (nego)
Harga yang besar : Not For Sale.

Untuk makluman, kalau nak pos tambah RM5. Apa-apa sila sms ke no aku ni 013-2296679.

Selamat Malam

Monday, February 14, 2011

Pelita dengan Penggantung Tembaga (NOT FOR SALE)

Salam,

Sejak dari semalam aku busy sikit, ada beberapa kerja nak disudahkan (beberapa almari hendak di restore semula). Malam ni lah aku free sikit. Sempat lah aku tonton rancangan paling aku minat American Pickers kat History channel. Malas plak aku nak bercerita kat sini pasal rancangan tu malam ni kat dalam entry aku ni. Korang tengok la sendiri ulangannya esok jam 5pm.

Ok lah, malam yang syahdu ni (esok kan cuti Maulidur Rasul) aku nak bercerita sikit pasal satu pelita ni...aku dah lama dapat tempat gantung tembaganya sejak tahun lepas, tapi pelitanya aku baru dapat last week dari apek di Lukut PD. So lengkap lah koleksi antik ni kecuali 'storm' or penutup serombong kacanya saja aku belum dapat (tapi ni senang carik kat kedai coz saiznya standard yang panjang tu ramai member aku ada).

Ada tulis kerosene lamp kat tepi pelita.

...tinggal storm aja yang belum ada. Kalau siap pasang storm kat atas, complete lah pelita gantung ni.

Bulatan kat atas tu le aku ingat nak letak mentol dan digantung guna rantai kecik.

Pelita ni memang dah lama aku carik untuk dipadankan dengan penggantung pelita tembaga ni. At last jugak, minggu lepas (tak hengat aku hari apa) aku dihubungi oleh apek yang aku kenal kata "jenis lampu yang lu mau, wa ala jumpa owhh.. tapi harga manyak tinggi sikit. Wa kasi kulang la, lu punya pasat", lebey kurang gitu la apek tu kata. Dia ni memang pantang ingat dalam fikiran dia pasal aku, mesti nak jual apa-apa saja barang yang dia baru jumpa. So, dengan pantas aku pi amik dan pelita tu memang ngam (before this aku dah ukur saiz base nya). Wa caya lu la pek.


Cuba tengok base nya ngam dengan pelita. Tu yang wa suka tu..

Aku cuma belum berkesempatan untuk menggantung dan menyesuaikan tempat gantung kat atas tu dengan saiz lampu standard yang akan aku buh kat atas gelung tu nanti (takpe aku alter jadi Mcgyver le nanti). Before this memang aku dah tunjuk kat apek ni sejak aku beli di Seremban tempat gantung pelita tembaga ni. Aku siap gaduh lagi dengan apek ni dia kata benda ni bukan untuk gantung pelita. Anyway, aku dah menang now.

So malam ni aku boleh sleep tight coz satu impian aku dah tercapai, Alhamdulillah.

Anyway thats all for today,

Saturday, February 12, 2011

Mainan Tin Kunci Itik (SOLD!)





Ini barang aku belum masuk blog tapi ada orang Terengganu dah sambar kerana dia selalu tanya aku pasal mainan tin aku. Ni pun cuma saki baki mainan tin yang ada coz aku bukan collector tegar mende ni. Dulu aku memang banyak koleksi mainan macam ni, aku dah jual sikit-sikit so now dah tinggal beberapa aja. Ni tinggal saki baki je. Dalam mudah banyak mainan tin cuma harganya saja yang mahal sikit.

Tu memang market price yang sebetulnya, mana ada mainan ni murah dah sekarang. Nak carik sikit punya susah. Dah takde kat pasaran, tu pun nasib-nasib kalo ko jumpa stok lama.


Ok lah, itik ni barang used (terpakai). Made in China. Barang keluaran tahun 1960an to 1970an. harga ditawarkan: RM120 (SOLD TO ABG KEMAMANG)