Wednesday, January 30, 2013

Ulangtahun KEBAL, Anggerik Mall Shah Alam

Salam,

Sepatutnya entry ni hari Ahad malam aku dah tulis. Tapi oleh kerana banyak kerja dan lain-lain hal terpaksa la aku KIV dulu. Ni merupakan Ulangtahun pertama Kelab Barang Lama atau singkatannya KEBAL dimana kelab ini menghimpunkan kolektor dan peminat-peminat barang lama/antik/vintage duduk di dalam satu Facebook Grup yang amat besar ahlinya. Aku rasa lebih dari 500 orang.

Dalam grup ni kalau kita perhatikan kebanyakan ahli berhimpun untuk bertukar-tukar pendapat dan fakta berkenaan sesuatu barang lama yang mereka beli, jumpa, hunting, dapat dan lain-lain. Koleksi-koleksi yang agak 'rare' dan jarang kita lihat ada di sini. Ada juga sessi jual beli dijalankan dalam grup ini. Sila klik SINI untuk masuk ke grup ini (perlu mendapatkan persetujuan Admin terlebih dahulu, approve by admin lah kira).

Ulangtahun yang julung kali diadakan amatlah dinantikan oleh ahli-ahli grup sejak sekian lama untuk bertemu mesra olehkerana hanya bertemu di 'alam maya'. Acara ini telah diadakan dengan jayanya berlangsung di Anggerik Mall, Shah Alam pada 27hb Januari 2013 yang lalu dimana lokasi inilah berlangsungnya Garage Sale setiap minggu diadakan di sini. Pemilihan lokasi ini amat sesuai sekali memandangkan lokasinya yang strategik dan kemudahan parking yang amat murah dan mudah untuk para pengunjung. 

Ulangtahun ini juga diadakan pameran yang jarang sekali diadakan di mana-mana. Dan ia bertujuan untuk berkongsi idea dan untuk tatapan kolektor dan penggemar barang-barang antik dari seluruh Malaysia. Buat julung-julung kalinya ia juga menggabungkan dan membabitkan penglibatan ahli dari grup-grup lain seperti Antik Porcelain Collector (APC), Botologi Malaya, Kopitiam, Tin Collector, Rare & Collectibles dan dari kolektor-kolektor persendirian.

Ok tanpa melengah masa, di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat aku snap during that day untuk tatapan umum.

Ni adalah gerai aku dan Bro Sharif


Antara koleksi Tri-ang dari kolektor persendirian Arianmizi...cantik bro..

 Pameran dan stage dekorasi vintage dan antik.


sebahagian dari koleksi dan jualan Rare & Collectibles


Pameran dan jualan Botologi Malaya...bro itu blog bila mau update?

 Faizal Minyok punya gerai...

 Gerai Rare & Collectibles

 ruang pameran Kopitiam

Ruang Pameran Tin collectors.

enterprem jap... ni merupakan acara nyanyian oleg Bro Sharif, nasib baik tak hujan

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian gambar yang sempat aku snap. Mungkin ada yang tertinggal. Harapan dari aku ialah semoga tahun depan kita pasti buat lebih gemilang dari yang ni. Dan pameran sempena ulangtahun KEBAL yang diadakan tempohari sangat bermakna sekali dan telah dijayakan dengan gemilang dan sukses. Syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa dan ahli yang terlibat yang telah bertungkus lumus menyediakan persembahan istimewa ini. Ini semua adalah hasil usaha dari semua yang terlibat dan ahli grup KEBAL sendiri. 

Tahun hadapan berjumpa lagi, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment