Sunday, January 13, 2013

DIY: Transformed Bangku Kopitiam to Bangku Vintage English style

Salam,


Dah bermula tahun 2013 tapi aku masih tak menyempat-nyempat lagi nak transform bangku ni. 4 unit telahpun dijual masa meniaga kat Anggerik Mall tempohari. Tinggal lagi 2 biji saja bangku ni. Dah terbayang sejak pindah rumah awal bulan Dec hari tu nak makeover bangku ni and now aku dah pun siap buat sejak awal tahun hari tu.

Bangku ni kalau makeover sebenarnya cantik tapi mesti nak kene dengan tema apa ko nak makeover. Vintage English adalah cara yang paling baik sebenarnya kerana ia ada kaitan dengan barang-barang lama atau old items. So, ikutilah proses-proses yang dilaluinya di bawah ini.



First sekali proses mengecat bangku menggunakan warna putih. Bagi aku better guna warna yang "off white" sikit jangan terlalu putih, tak berapa cantik. Serius ni, please ambik warna yang agak-agak lari sikit dari tema putih. Atas ni menunjukkan bangku yang telah siap di cat. Proses mengecat mengambil masa lebey kureng tak sampai sejam.

Kemudian, proses memilih corak apa yang perlu diletakkan atas bangku tersebut. Setelah aku "google" dan surf lebih kurang, aku berkenan dengan motif tulisan ni. Nampak very old style. Dan setelah diselidik, aku rasa aku perlu melakukan proses "spray" menggunakan warna pada atas bangku-bangku ini. Ni kira ala-ala "graffiti" la.

Tulisan "vintage" ni aku pilih sebagai motif yang akan di spray pada atas bangku-bangku ini. Tapi aku kena "touch up" skit bagi nampak kemas dan "attached" dengan bangku ni.

Setelah memilih motif dan corak, kertas tersebut hendaklah terlebih dahulu ditampal ke atas kertas yang lebih tebal bagi memudahkan proses "spray". Seterusnya kerja-kerja mencungkil dan memotong tulisan stensil tersebut.

Proses memotong tulisan tersebut dengan cutter dijalankan dengan berhati-hati.

Selepas motif tulisan tersebut dipotong, ia akan diletakkan di atas bangku berkenaan untuk proses "spray". Tampal kertas berkenaan pada bangku dan make sure ia tidak bergerak.

Spray mengikut warna yang dikehendaki. Sorry aku terpaksa menggunakan warna "gold" oleh kerana banyak stok warna emas ni kat dalam stor. Selepas itu, jemurkan kerusi ni bagi mengeringkan warna spray tadi. Biarkan kira-kira 1 jam. Efek berkedut-kedut akan kelihatan pada warna "gold" tersebut disebabkan tindak balas kimia pada spray dan cat kilat.

Bila motif/lukisan tadi telah kering, buka pelahan-lahan kertas tadi untuk melihat hasilnya. Cuba lihat kat bawah. Nampaknya aku kena "touch up" skit motif ni kerana terdapat limpahan warna gold tu masa proses spray tadi. Habis tulisan pada huruf "G" tu. Tapi nampaknya hasilnya agak bagus juga kan...Cuba cek pada efek kedut-kedut  tu nampak pada tulisan.



Kepada sesiapa yang ingin mencuba, selamat mencuba. Mungkin boleh cuba motif bunga, burung, binatang dan lain-lain. Cuba surf google dan type "stensil design motif" atau apa-apa yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment