Sunday, January 6, 2013

Barang Perhiasan Tembaga

Sempat meniaga di Anggerik Mall on 30 Dec 12 hari tu, the last garage sale for the year 2012.

Salam,

Sebelum terlambat, Selamat Tahun Baru 2013.

Lama betul tak bersiaran. Aku sibuk coz pindah ke rumah baru, thats why lah. Bukan saja takmo tulis entry baru. FYI, aku dah berpindah ke rumah baru sejak awal bulan Dec 2012 lagi. Nanti aku akan tunjukkan entry pasal rumah  baru aku tu. Belum berkesempatan lagi. Tu yang blog ni menyepi seketika. Cuma aku kengkadang ada juga menyelitkan entry kat FB. Ada beberapa barang perhiasan tembaga aku nak let go dan dalam pada tu ada juga yang telah SOLD via FB mahupun mudah.




Yang atas ni merupakan purse nyonya yang aku dapat dari sorang blogger lama dah. Motif pada purse tembaga ni sangat cantik dan menarik dengan design bunga dan burung pada pembukak nya. Saiz purse tembaga ni ialah 7 inci panjang x 3 inci tinggi. 

Harga: RM400 termasuk poslaju.



Yang atas ni dipanggil Gendik or Serbang (dalam bahsa Brunei). Item ni selalunya orang dulu-dulu letak kat atas rambut pengantin ala-ala crown la kot. Aku dapat mende ni dari Seremban rumah orang kampung. Tak pasti plak dari era mana. Batu kaler purple tu pun tak pasti batu apa. Materialnya plak aku rasa macam loyang + tembaga coz agak ringan. Memang dah lama aku simpan mende ni so now nak let go.

Kalo letak dalam frame buh kan dinding pasti smart. Lagipun designnya sangat halus dan mulus.

Harga: RM380 (siap pos)



Yang ni tentu ramai yang pernah nampak apa barang ni. Ni ialah cucuk sanggul. Yang ni aku dapat kat rumah lama di sekitar Negeri Sembilan. Tak silap aku dulu-dulu orang pakai pada pengantin perempuan pada zaman tu (sekitar 1970an). Ia akan dicucukkan pada sanggul dan apabila pengantin perempuan berjalan nampak cucuk sanggul ni bergoyang-goyang kan. Haha...

Ok design cucuk sanggul di atas adalah dari jenis bunga A (ada tajam-tajam kat tepi tu) materialnya aku rasa diperbuat dari loyang + tembaga dan bertatahkan batu (yang ni pun aku blur batu apa). 

Harga: RM25 (untuk sebatang cucuk sanggul)



Yang di atas ni cucuk sanggul juga cuma design bunga agak berlainan (aku namakan Design B) juga bertatahkan batu. Cuma ada beberapa batu dah ilang.

Harga: sama macam atas RM25 untuk sebatang sanggul.


Yang atas ni plak lain skit jer. Bunganya sama macam design B cuma kepalanya bercabang 3 macam naga la plak. Tempat cucuk sanggulnya ada satu tapi kepala ada 3 so unik.

Harga: RM55 (bole nego)




2 barang di atas pulak telahpun di jual (SOLD). Sorry tak sempat nak story mory. Ada mudah customer dah sambar. Anyway, masih ada barang lagi seperti di atas untuk di grab. Sila sms or email aku untuk keterangan lanjut. Thanks coz membaca entry ini.

1 comment:

  1. Salam. I nk beli cucuk sanggul yg bcabang 2 tu..kindly whatsapp 0145948444 kelly. Serious buyer. Tq.

    ReplyDelete