Wednesday, August 17, 2011

Almari Antik No. 16 (SOLD!)

Salam,

Alhamdulillah, selesainya menunaikan puasa Ramadhan yang ke 17.


Aku dah penat hunting mencari almari antik ni atas permintaan customer. Tapi takpe, tak sangka usaha aku berbaloi jugak pi carik sana sini akhirnya berjaya dapat almari ni. Tu pun aku dapat dari rumah orang area-area sini. Alhamdulillah..rezeki di bulan puasa.



Almari ni ukurannya, tinggi dalam 58 inci (lebih kurang 4 kaki 10 inci) X lebar 38 inci (3 kaki 2 inci). Nasib baik lah muat kereta aku walaupun terpaksa aku duduk tegak haha. Aku anggarkan almari ni dari era 1960an berdasarkan designnya yang nampak dari era zaman filem P Ramlee. Kiri kanan almari ni bercermin. Depan ada 2 compartment kat belah atas dengan sliding glass. Sementara compartment bawah dengan pintu kaca bukaan tengah (tombol kayu). Terdapat 3 ruang/tingkat di compartment bawah (lihat gambar).

Almari ni aku belum touch up, kertas pasir dan varnish lagi. InsyaAllah minggu ni aku buat. So kalau ikut list bawah, customer no. 1 or 2 akan dapat. Tapi tengok dulu, misal kata semua customer dalam list bawah ni tak jadi amik, then aku open to pembaca blog yang lain.



Harga: RM700 (SOLD TO KAK SHIMA - HANTAR ON 25/8)

1. Abg Din / Kak Gie
2. Kak Aina

3. Aris Azman

4. Fifi
5. Kak Mona Rawang

6. Kak Shima
7. Rafidah
8. Kak Noorazian
9. Sya (harith hiliza)
10. Hanis

11. Petty Petals
12. Ezrena
13. Abang Man Rawang

Customer No 1 hingga 3 masih belum dapat dihubungi. Sila hubungi saya secepat mungkin. Saya juga nak minta semua customer dalam list di atas memberikan no hand phone oleh kerana saya telah hilang nombor-nombor tersebut (maaf dipinta, masalah teknikal). Bukan apa, saya tukar handphone habis nombor semua hilang.

Sementara itu, customer yang TELAH menerima almari pula seperti di bawah:-

1. Kak azzah (sold - 2008)
2. Kak Cempaqa (sold - 2009)

3. Kak Ana (sold - 2009)
4. Yatt (sold - 2010)
5. Kak Hanis Kajang (sold - 2010)

6. Hanita Hanita (Sold - 2010)
7. Kak Zie (Almari antik No 10 - 2011)
8. Yatt (Almari antik No 12)

Maaf, permohonan baru (hehe) telah ditutup dan akan dibuka semula selepas 2 orang yang terakhir dapat almari mereka. Terima kasih.

Regards,


2 comments:

  1. Hari tu dah email, tanya pasal almari ni.. and noted about your waiting list tu, I pun nak turut serta masuk dalam waiting list ya, kalau ada rezeki nak yang macam ni..

    ReplyDelete
  2. ok noted. Almari lauk nak tak? Ada sebiji tapi belum siap restore...RM500 siap hantar ke klang valley

    ReplyDelete