Friday, September 24, 2010

Teko untuk Raya

Salam,

Ada 3 teko memang amat sesuai untuk raya digunakan pada open haus esok lusa, maklum la raya setahun sekali, so teko ni pun setahun sekali le gamaknya pakai, pastu display kat lemari antik hehe. Ni sodap kalo diguna untuk menyediakan teh or kopi untuk para tetamu.




Yang atas ni teko kotak warna biru buatan Italy dengan design yang menarik. Saiznya amat besor 7 inci lebar dan tinggi. Baper liter muatannya tak tahu plak aku. Tang yang menarik ialah lukisan di tepinya gambar English Scenery, memang cun melecun. Kepada para pengumpul teko kotak jangan lepaskan peluang ni.

Harga: RM150-SOLD TO KAK ROHANA



This one pulak, nak kata teko pun bukan nak kata pasu pun macam bukan pasu. Maybe jug kot. Very unik teko or jug. Aku beli dari member aku yang baru balik belajar dari UK. Dia beli kat sana (car boot sale katanya). Bawah takde chop tapi lukisan bunga ros kuning kat tepi very detail dan cun (see pic yang tunjuk zoom in tu). Tinggi dalam 24cm termasuk 'conet' kat atas tu.

Harga: RM45 (nego sikit-sikit ler)



Teko jepun di atas ni ada lukisan abstrak kat tepi saiz kecik. Yang ni aku nak tolak murah-murah aja. Aku dapat kat car boot sale somewhere kat PJ. Yang ni tak berapa antik. Rasa-rasa 1990an.

Harga: RM28 sahaja.

Itu saja untuk hari ni. Chow cin chow...

No comments:

Post a Comment