Thursday, September 2, 2010

Merdeka by Butterfingers

Salam,

Rasanya masih sempat lagi aku nak ucapkan pada semua selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 53 tahun. Terlewat 2 hari aku rupanya, pejam celik dah lebih separuh abad kita menyambutnya. Merdeka ertinya banyak dan berbagai-bagai bentuk merdeka. Kalau selalu kita asik dengar lagu-lagu Sudirman atau Dr Sam.

Kali ni aku nak letak lagu dari kumpulan alternatif Malaysia yang sangat aku suka lagunya pada pertengahan 1990an. Tapi kali ni depa buat lagi dalam genre yang sangat berbeza. Dengan penampilan istimewa Kassim Masdor, lagu ni berentak keroncong. Kalau korang nak tau, salah sorang anggota band ni anak sedara kepada Abg Mazlan (Beranang Antik) tak caya ko tanya dia. Tapi lagu ni memang best! Layanzzz...dan hayati lirik lagunya...



Merdeka

(pantun 1)
hari isnin bayar cukai,
selasa lalai,
rabu khamis poket pokai,
jumaat sabtu ahad kita…..

(korus 1)
merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

(pantun 2)
hari isnin muka garang,
selasa gemilang,
rabu khamis bagi ruang,
jumaat sabtu ahad kita….

ulang korus 1

(perantara)
tiada sengketa antara kita
prasangka perkara biasa
tiada yg mustahil

ulang korus 1 x 1

hari ini
merdeka!

No comments:

Post a Comment