Wednesday, September 11, 2013

Almari Antik No 28 (SOLD!)

Salam,

Semalam pagi sempat juga aku breakfast kat kedai kopitiam di Pekan Sepang ni. Tengok pada kedai ni, memang banyak meja dan kerusi lama kopitiam yang masih elok dan masih digunakan lagi sampai hari ini. Kedai ni tepi jalan je, cuma agak tersorok sikit.

Kopinya sangat kaw dan paling aku suka ialah roti bakarnya yang sangat cruncy.

Berbalik kita pada entry asal ni. Almari ni dengan tak sengaja aku jumpa di depan rumah orang. Condition sangatlah teruk. Pecah coz belah bawahnya dah terendam dalam air aku rasa. Cuma tang bahagian pintu dan bahagian depan masih elok. Rasanya ni kayu meranti coz agak ringan. Saiznya yang comel agak menarik dan teruja untuk aku rembat. Dari dibiarkan kene hujan panas tak berusik baik aku ambik cepat.

Lama jugak aku usya benda ni orang tu buang depan rumah. So, dengan pantas aku mintak permission. Akhirnya dapat jugak walaupun dah barai. Berikut adalah turutan dari keadaan almari ni aku ambik, sampai complete dan untuk dijual.

 Keadaan almari semasa baru diambil dan aku dah pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Kakinya dah berpisah dari body almari.

 Ni dia bahagian yang paling penting iaitu pintunya yang masih berkeadaan baik dengan papan-papan di bahagian belakang.

Selepas menyiapkan kerangka almari. Proses ni agak rumit. Besi L shape dipasang sekali bagi menguatkan struktur almari. Papan-papan sediada masih digunakan sepenuhnya.

 Siap sudah frame yang kukuh.

Dinding di bahagian belakang dipasang menggunakan plywood. Oleh kerana sebahagian papan sediada tidak elok dan telah reput dan basah. Tetulang di bahagian tengah juga dipasang bagi mengukuhkan dinding.

Tertinggal pulak satu stage iaitu memasang kakinya yang telah patah. Tak sempat nak snap gambar. So proses memasang kaki telahpun dibuat dengan memasang menggunakan skru dan L shape besi. 

Selepas di syelek (sorry gambar gelap coz dah malam)

Siap sudah syelek hanya menunggu ianya kering. Now pintu dah boleh hantar kedai untuk dipasang cermin.

Lepas tu, almari ini akan dipasang cermin pintu dan seterusnya pintu di skru pada body.



Ok siap sudah almari ni setelah beberapa hari aku membaikpulihnya dalam keadaan baru. Pada masa entry ini diupdate, almari ni dah pun berada di rumah pemilik barunya. Harga dijual pada RM350.

Sekian Terima Kasih.

4 comments:

  1. saudara Zul, saya ada sebuah almari display yang buruk. Boleh minta bantuan baikpulihnya

    ReplyDelete
  2. my email ; cekem55@gmail.com. Boleh saya dptkan email saudara.

    ReplyDelete
  3. Almari kalo besar sukar sedikit. Email saya zulisma@gmail.com

    ReplyDelete