Thursday, August 29, 2013

2 Meja Retro (For Sale)

Salam,

Dah lama sejak sakan beraya aku tak update blog. Nasib baik belum bersawang. Now dah ada FB, so orang dah tak hirau blog dah.

Ada 2 unit meja nak di letgo. Satu kecil dan satu lagi besar. Dua-dua dari zaman yang sama iaitu 1970an, zaman aku dilahirkan. Ni kerana material seperti formica digunakan sebagai pelapik meja atau alas. Pada zaman tu material ni sangat-sangat famous sehingga ke era 80an. Dan pada zaman ni la juga kegunaan plywood (papan lapis) dalam pembuatan perabut. Ni kira era old-skool la.


Ni dia mejanya yang aku dapat tempohari.

Yang ni merupakan meja makan (dining table) separuh besar sesuai untuk 4 orang makan. Formicanya masih elok dan cantik, cuma kene touch up skit kayu dengan syelek. Kalau ada kerusi retro sure menarik. Dimensionnya 4 kaki panjang x 2 kaki lebar. Meja ni sangat berat mungkin ia dibuat dari kayu jati.

Price: RM450 (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja)

 Meja ke-2 aku dapat. Meja kopi saiz kecil.

Meja kopi ni pun aku dapat pada hunting yang sama di Seremban. Meja ni bersaiz mini kecil tetapi unik. Sebab apa aku kata uniknya kerana ada 2 layer (para). Para belah atas lapiknya formica, tapi para belah bawah diperbuat dari kayu. Legnya berbentuk pensil. Cuma pada masa gambar ni diambil masih kotor dan belum dibersihkan. Bersaiz 2 1/2 kaki x 1 1/2 kaki.

Price: RM150 (boleh collect di Anggerik Mall Shah Alam pada hari Ahad)

Dua hari lepas punya penat ke lawatan Johor Bahru masih belum penat lagi. Harap minggu ni aku rileks dan lega skit. Kalau minat dengan barang-barang ni sila email aku. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment