Monday, April 29, 2013

Car Boot Sale Bandar Seri Putra

Salam,

Hari Ahad semalam dengan tidak semena-mena aku telah join satu Car Boot Sale (CBS) yang agak berdekatan juga dengan rumah aku iaitu di Bandar Seri Putra (BSP). Memang pada mulanya aku agak was-was jugak nak join, boleh ke dapat banyak sale kat sini. Alhamdulillah, dapat jugak lah sale dalam RM200++. Yer lah, dari duduk rumah tak buat apa-apa pada pagi Ahad, baik lah juga aku buat aktiviti ni. At least dapat jugalah tambah pendapatan. Barang-barang kat rumah tu banyak jugak yang perlu di kurangkan sikit-sikit.

Anyway, berbalik pada tajuk entry ni. CBS kat sini agak ok juga. Penduduk di kawasan ni kebanyakan yang datang adalah melayu. Sejak aku start meniaga jam 7.15am (pagi jugak kan?) aku tengok kawasan parking dah penuh dengan peniaga yang datang dari dekat dan jauh. Ada juga yang datang dari Rawang dan Shah Alam. Korang nak cari barang apa semua ada. Tapi perlu diingatkan, pihak penganjur mensyaratkan peniaga HANYA menjual BARANG TERPAKAI sahaja. Barang baru macam Uptown bagai tak dibenarkan.

Cuba lihat gambar di bawah ni aku snap sekitar 7.30am.

Keadaan disekitar jam 7.30am. Aku tak sempat nak meninjau keadaan di bahagian hujung oleh kerana aku sorang saja sapa plak nak jaga gerai.

Terdapat pelbagai barang terpakai dari pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, antik, beg tangan berjenama, pinggan mangkuk (ada brand England), langsir, barangan kelengkapan rumah (alat elektronik, bayi dsb) dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Ada item dijual dengan harga seringgit sahaja. Fee untuk peniaga? Yer, fee yang dikenakan untuk berniaga di sini juga amat murah iaitu RM7 untuk satu tapak dan ia akan disedekahkan untuk pembinaan surau sekolah agama. 

Ni dia gerai aku yang simple, aku jual barang collectibles aku la macam biasa. 

Yer lah kan, sambil berniaga sambil menderma, apa salahnya. Untuk CBS akan datang, aku insyaAllah akan join sekali lagi pada 26hb May 2013. InsyaAllah aku akan bawak banyak barang lagi. Jumpa di sana.....kalau ada soklan silalah komen. 

8 comments:

  1. saya berminat nak beli almari display lama. Boleh bantu saya. Saya tinggakl di Kg.Pandan KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almari display yg ada yg no 26 iaitu almari lauk. Harga rm500

      Delete
  2. Boleh insyaAllah saya boleh carikan....apa2 nanti email pada saya contoh almari yang dikehendaki. Tima Kasih

    ReplyDelete
  3. terima kasih. Saya minat almari display mcm no.7 atau no.5. kalau dapat tu memang puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba carikan yg mcm tu. Now yg ada cuma almari lauk saiz besar. RM500 harganya

      Delete
  4. salam..boleh tau camne konsep jualan car boot sales tu.. hasil jualan didermakan atau mcmana ye.. mcm berminat je nak join sales mcm tu.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba pergi ke http://goodscycle.org untuk keterangan lanjut. Thanks

      Delete
  5. Salam, CBS nie masih on tak? Dekat mana boleh register yea? Thanks!

    ReplyDelete