Tuesday, January 17, 2012

Almari Antik No. 19 (SOLD!)

Salam,

Semasa entry ni diupdate, almari ni dah dihantar ke Kuala Kubu Bharu (KKB) kepada owner baru Mr Larry. Next time aku cerita pasal mamat ni, tempat dia tinggal sangat hebat. Especially bab dekorasi. Updates for entry ni aku nak citer proses 'makeover' tersebut. Ialah kan, kang kalo aku tak citer, kata aku buat-buat citer haha. Memang agak susah nak makeover kali ni coz, customer minta ubah di saat-saat akhir. Aku actually dah pasang cermin clear keliling almari ni.

Tapi disebabkan permintaan aku akur juga. Nak cari cermin warna hijau/kuning/biru (yang banyak letak kat rumah-rumah melayu) tu memang susah. Nowadays dah tak banyak kedai jual. Tapi mungkin kawasan pendalaman masih ada lagi. Harga plak mahal nak mampos. Anyway, tanpa membuang masa...berikut adalah kronologi 'makeover' tersebut:-

1) Proses membuka jaring halus asal. Paku asal pada jaring dibuang or diketuk bagi hilang. Lepas tu bekas-bekas jaring tu bakar dengan lighter kasi hilang jejak hehe (jangan kasi bakar almari dah ler).

2) Proses 'memasir' or sand paper untuk memastikan ianya rata ketika nak memvarnish nanti. Gosok kasi permukaan rata dan selepas varnish nanti nampak kemas dan bergaya. Gosok jangan tak gosok...

3) Pemasangan cermin hadapan dan tepi (sorry nampak plak den mencangkung nasib baik tak sensored huhu). Lupa plak, proses memvarnish telah selesai tadi sebelum cermin dipasang. Varnish menggunakan varnish jenis 'clear'. Make sure permukaan tidak kotor dengan habuk dan bendasing (huh macam class Bio plak). Gambar atas adalah ketika selepas proses varnish tersebut.

4) Varnish dah, Cermin dah di pasang. Apa lagi? Alamak customer nak tuko cermin tepi dengan kaca hijau (macam rumah lama tu). Terpaksa lah aku buka balik....no hal.

5) Takpe, cool down sikit. Dia nak minta aku cat light blue kat belah dalam. So aku ikut saja. Proses cat berjalan lancar dan baik sekali.

6) Ok, cermin hijau seperti diminta telah dipasang dengan jayanya. Cuma produk ni susah sikit nak carik. Dah 6 kedai aku redah, nasib baik ada tu pun mahal. Yang kaler kuning sepatutnya aku letak kat bahagian blakang tu. Tapi tak jumpa plak. So customer cakap takpe, dia boleh carikkan. Tadaa...siap lah sebuah almari. Tunggu akan datang Almari Antik No. 20 bakal menyusul.

Posting Asal dated 30/12/2011


Salam,

Almari ni baru dapat last week. Saiz agak kecil dan merupakan almari lauk dengan jaring di bahagian depan dan tepi kiri kanan. Sesi make over sedang berlangsung dan nanti aku akan masukkan kronologi makeover tersebut.

Almari ni is OPEN FOR BOOKING. Sesapa saja boleh call or sms aku untuk booking. Kalau boleh aku berhadarap customer dari Lembah Kelang. Bukan aku takmo terima customer dari tempat lain, tapi yang paling penting nak menghantar almari tu yang susah. Kecuali, kalo customer nak collect sendiri aku tak kisah. Yang tu memang aku alu-alukan.
Setakat ni, dalam sesi makeover, pintu akan ditukar kepada cermin.

FYI, ukuran almari ni ialah, 3 kaki lebar, 2 kaki 3 inci dalam dan 2 kaki 6 inci tinggi. Aku akan buat 2 aras so ruang untuk letak teko, PML dan sewaktu dengannya sangat luas dan banyak kauntiti boleh letak. No need to worry.


Harga: RM400 (SOLD!)

Ok sila sms or call aku...see ya

No comments:

Post a Comment