Monday, June 6, 2011

Meja Tepi (side) dan Kerusi Gosip (BOTH SOLD!)

Salam,

Nampaknya penjualan perabut diteruskan lagi malam ni. Tapi kali ni harap-harap sesiapa yang masih que untuk almari display jangan panik coz aku masih lagi dalam proses memburu almari display tu cuma masih belum berjaya jer lagik. Tunggu sikit hari lagi.

Yang barang dua ni kalau sesiapa berminat tak kira le sapa boleh le booking dulu. Ake kena restore dulu bagi cantik then baru aku jual. Ok, same again ni merupakan hasil hunting aku tempohari di sekitar Negeri Sembilan.

1) Meja Tepi (sideboard) - SOLD TO KAK MARZIAH (AMPANG)!

Meja ni cantik and 'retro' look coz berbentuk bulat dengan kaki terkangkang dan hujung ada besi tutup kakinya. Tinggi lebih kurang 3 kaki x panjang or diameter end to end 3 kaki. Bawah ada ruang letak magazine.

Harga (lepas baikpulih): RM350




2) Kerusi Gosip - SOLD TO KAK MARZIAH (AMPANG)!

Kalau zaman dulu kat rumah orang kaya-kaya kerusi ni famous untuk makcik-makcik duduk sambil telefon sanak saudara sahabat handai untuk gosip-gosip ala makcik dara. Tu yang aku panggil kerusi gosip tu huhu..

Anyway, aku tak tau nak describe cuma dimesion nya dalam 4 kaki panjang (kira muat masuk keter aku ler). Alas duduk yang warna hijau tu di buat dari vinyl kot (ala material tempat duduk bas tambang dulu-dulu tu).

Harga (lepas baikpulih): RM400




Ok, apa-apa sila roger...

No comments:

Post a Comment