Saturday, May 28, 2011

Tin Sign Esso

Salam,

Semalam aku lepak Lukut di PD, aku jumpo la member den yang seko ni. Lama betul aku tak lepak dengan dio sejak tahun lepas lagi. Katanya ada barang mustahak nak ditunjukkan. Dulu aku rajin sama-sama hunting barang dengan dia. Rakan seperjuangan le ni. Cuma dia suka simpan dan jarang sekali dia nak jual barang dia. Katanya, semua barangnya Not For Sale, iyo la tu. Tapi sejak aku sakit, dah malas dah nak hunting-hunting ni, tu pun mencuri masa hunting.

Lepak punyo lepak, dio kato nak mintak tolong aku rupa-rupanya. Dio sogan mulo-mulo tu, at last dia tunjuk kat aku tin sign ni. Laa ingatkan apa tadi.

Gambar yang sempat di 'snap' guna kamera ofis.

Harga ditawarkan: RM450

Aku terpakso la tolong member aku ni jualkan. Dapat le komisen skit-skit. Maklum le member den ni buto IT huhuh... Terpakso la den buek kan entry dalam den punyo blog. Takpo la jang, next time ekau bagi khatam la buat blog. Sonang sikit den ni hah.. tak kono kacao laie.

Ok la, panjang (kiri ke kanan) sign ni lebih kurang 3 kaki x 2 kaki (dari atas ke bawah). Lain-lain apa aku nak citer ek, oh ya.. kondisi masih baik. Tahun buatan aku tak pasti coz aku bukan expert sign-sign ni. Tapi memang lama la.

Apa-apa sila sms or email.

Regards,

4 comments: