Friday, May 20, 2011

Dua Perabot Lama for sale (BOTH SOLD!)

UPDATED (20/5/2011)

Firstly, Happy Besday to me pada 15/5/2011.

Sewaktu entry ini ditulis, kedua perabut ini telah menjadi hakmilik tuannya. Kedua-dua telah diambil oleh owner masing-masing. Aku cuma nak update gambar selepas di baikpulih dengan jayanya. Makin berkurang dah perabut-perabut dalam stor aku, alhamdulillah.


Kerusi malas selepas dibaikpulih.


Sideboard retro selepas dibaikpulih.

POSTING ASAL (7/4/2011)

Salam,

Waduh...

Sorry udah lama aku tak sempat nak telek blog. Hari-hari balik dah penat, ditambah plak keje yang menimbun. Ni ada 2 perabot lama yang baru aku dapat dari sesi hunting hari tu. Yang ni pun tak sempat baikpulih lagik. Gambar ni pun taken 2 hari lepas belum sempat barang ni aku touch up lagi.

Tunggu le esok lusa, lepas baik pulih aku tepek gambar kat sini. Tapi yang pasti kalau sesiapa nak BOOK dulu silakan lah. Tak kisah..

a) Kerusi malas vintage 1950's (BOOKED!)

Kerusi ni memang kelas gila. Masih cantik kayunya (solid wood tapi tak tahu kayu jenis apa). Cuma tang rotan jaring kat belakang tempat sandar je aku nak kena bikin balik dan telah aku hantar ke kedai member aku kat Seremban semalam. Alas tempat duduk kayu masih kukuh. Ni kalau letak kat 'patio' or serambi or balcony (bagi yang duduk kondo) memang cantik sekali. Cuma side table jer aku tak dapat. Kalau ada sure complete set ini.

Harga lepas baikpulih : RM300 (BOOKED!).


Pandangan hadapan

Pandangan tepi dengan kaki berbentuk unik.

b) Retro sideboard 1970's (ada 2, satu dibooked oleh rakan dari Shah Alam, satu lagi rakan dari Putrajaya)

Sorry sideboard ni cuma ada satu gambar saja hehe. Tak sempat nak tangkap semua angle. Ni pun belum baikpulih. Tombol aku dah tanggalkan dan kena cat balik. Nak kena varnish semula baru nampak cantik. Tinggi lebih kurang 2 kaki lebih.

Harga : RM150 (ALL BOOKED!)

Ok, kalau berkenan boleh sms sekarang coz macam biasa la yer penghantaran percuma untuk Lembah Klang, Seremban, Nilai sahaja.

Adiosss...yesszza

7 comments:

  1. syabas Bro!, cantek kerusi tu!

    ReplyDelete
  2. Thanks...lepas restore aku paste gambar..

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Saudara, saya amat berminat dengan kerusi malas tersebut. Macam mana nak booking? No mobile saya 0122786871. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Ok saya tak sempat nak contact hari ni. Mungkin weekend ni. Atau saudara boleh email saya. Now terlalu bz dengan kerja. sorry again

    ReplyDelete
  5. As salam zul

    pekaba. nak tanya cermin dah ada tak?

    ReplyDelete
  6. Cermin dah ada cuma tak sempat-sempat lagi nak hantar kak. Tak tahu bila..ingat hujung bulan ni bila saya hantar sideboard kat customer di putrajaya kot

    ReplyDelete
  7. arggghhhhhhh.... cantek sungguh... (Y)

    ReplyDelete