Friday, September 28, 2012

Old English Trolley (NOT FOR SALE)

Salam,


Trolley usang dipinggir bukit...

Trolley lama ni memang dah lama aku usyaa minta dijual dari pemiliknya iaitu Mr Teoh dari Lukut PD. Banglo usang ni dah lama ditinggalkan pemiliknya dan tidak dihuni (bukan rumah berhantu yer). Aku tak berkesempatan nak ambik foto tapi banglo tu jauh sikit masuk ke dalam dari jalan besar. Pemilik jarang sekali datang cuma hujung minggu saja.

Macam mana aku kenal Mr Teoh ni? Ada lah ceritanya. Nak cerita panjang plak haha. Ok, trolley ni mengikut kata dia dipunyai oleh grandpa dia (kira datuk dia la). Sejak dia kecik lagi dah ada. Asalnya datuk dia beli dari zaman 1960an lagi.


Sejak semalam den dah lotak dalam FB tulis situ untuk dijual, tapi malam tadi tetiba aku rasa nak simpan plak letak kat living room rumah baru aku pun cantik gak kan. Thats why aku letak situ dah SOLD hehe. So kesimpulannya memang aku belum mahu jual lagi. Lepas ni aku akan restore dan dicat semula dengan warna putih. Trolley ni bersaiz 3 1/2 kaki x 1 1/2 kaki dengan terdapat 2 aras (atas dan bawah). Alas bagi setiap aras menggunakan material kaca tebal (memang tebal dan perlu dibersihkan). Tayarnya pun aku perlu tukar yang baru coz yang lama dah ketat. Ni kalau letak teko england ke, pelita ke, pasu bunga beli kat Nilai 3 ke kira semua boleh lah.

Ok adioss

No comments:

Post a Comment