Thursday, February 7, 2013

DIY: Kipas Table England (Not For Sale)

Salam,

Table fan ni memang unik dan 'rare'. Ia seunik bentuknya yang bulat dan ada satu lagi yang aku rasa ianya sangat unit. Ya, kerana ia ada function 'heater' kat blakang (rujuk gambar No. 2 di bawah). Selalunya kalau fan lama tu ada function yang macam ni, sudah tentu ia berasal dari negara yang beriklim sejuk. Coz kat negara tu orang guna kipas ni untuk memanaskan badan pada musim sejuk.

Table fan ni dah lama jugak dalam simpanan aku sebenarnya. Cuma sejak aku dapat ni dari seorang kenalan, aku tak sempat-sempat lagi makeover dan membaiki plugnya yang dah putus dari body kipas ni.

Keadaan kipas semasa baru dapat. Ia boleh di foldable kan ke atas dan ke bawah.

Punat 'function' kat blakang kipas menunjukkan ada fungsi untuk udara pemanasan (heating), tapi 1000w to 2000w. Banyak pakai elektrik ni.

Cuma keadaannya yang dah agak uzur dengan wayar yang putus, aku terpaksa lah juga mencuba membaikinya samada masih berfungsi atau pun tidak. Nak membuka kipas ni juga menjadi cabaran jugak pada aku disebabkan beberapa batang skru yang telah berkaratz susah nak dicabut. Dan yang paling mencabar ialah untuk membuka batang besi base kipas ni.

 Part-part telah dibuka dan dipisahkan. Seterusnya proses membersihkan habuk-habuk kat dalam tu.

Berikutnya, proses mengecat base dan body kipas. Warna kuning.

Selepas habis proses mengecat, kenalah pasang balik part-part yang dah terpisah tu. Then, upacara memasang plug baru. Make sure AC/DC bagai kenalah betul kat habis satu rumah litar pintas plak.

 Siap sikit selepas pasang plug baru.




Ok dah siap dan dah dicuba, memang superb! berfungsi dengan baik dan udara panasnya pun keluar dengan jayanya. Right now, aku masih tak decide samada nak jual atau tidak kipas ni tapi kalau ada good offer atau reasonable price yang kena gaya aku set aja. Lawa jugak kalau letak atas cabinet.

So now aku simpan duluuu!!!

No comments:

Post a Comment