Showing posts with label poster. Show all posts
Showing posts with label poster. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Giant Posters (For Sale)

Salam,

Ada 3 giant poster bersaiz 2 kaki x 3 kaki for sale siap dengan frame. Poster ni merupakan re-print balik poster lama Coke dan The Beatles. Kalau berminat sila PM aku or email.

 Poster The Beatles album 'Yellow Submarine' dan gambar awek pegang botol Coke. Sesuai untuk kolektor yang meminatinya. Saiz seperti disebutkan di atas.

Ni poster style melintang 'Coke Evolution'. Saiz juga 2' x 3'.

Harga? Price nya ialah RM120 sama macam yang aku iklankan dalam mudah. Thanks

Thursday, January 27, 2011

Poster Coca Cola Zero

Salam,

Poster ni dah lama aku dapat since tahun 2008 lagi, cuma aku tak sompek-sompek laie nak framekan dia. Poster ni memang cun! kalau di display kan di dinding berseblahan dengan almari antik tuan-tuan. Mungkin kerana aku busy sangat sampai takde masa nak hantar kedai apek frame.

Jangan kuatir ya pak coz poster coca cola zero ni original yer dengan saiznya yang besar bagak 32” (2 kaki 8 inci) x 45” (3 kaki 9 inci) siap dengan bingkai frame (plastic frame biasa). Kondisi masih cantik 'daboom' dan tiada cacat celanya.


Harga: RM150 (nego).

Aku suggest collect semasa Hi-Tea kat Ipoh Station Puchong sabtu ni, sonang kan?

Wednesday, September 29, 2010

Poster F&N lama (NOT FOR SALE)

Salam,

Hasil hunting last week yang boleh dikatakan 'tarak hasil' tapi aku luckily berhasil mendapatkan poster lama ni yang kondisinya tak berapa elok. Ya la, aku bukan lah fanatik collect poster-poster lama ni. Kalau ada pun koleksi aku bukan yang hebat-hebat, yang harga riban-riban. Baru nak start balik mengumpul la ni.


Ni merupakan poster lama keluaran tahun 1950an. Ada satu lagi version, gambar amoi pegang botol mengiring ke kanan. Tapi yang ni ke kiri. Yang ni pun aku jumpa kat rumah orang dan dah terkoyak sikit belah atas. Tinggal gambar amoi tu jer. Takpe la nak dapat free susah ni nowadays. Maaf, yang ni tak jual, aku nak simpan untuk koleksi.


Just untuk tatapan umum sahaja. Not for sale.