Showing posts with label cawan. Show all posts
Showing posts with label cawan. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Cawan Kopitiam Bunga Penuh

Salam,

Lama betul tak update blog. Last 2 weeks aku tak berapa sihat, demam yang teruk. Alhamdulillah last week dah sihat sempat gak hunting.
And last week la juga aku pi memancing di Tanjung Sepat, Morib sempat jugak aku riki and hunting barang lama. Jumpa la aku dengan set cawan ni. Agak cantik juga coz bunga nya penuh. Set cawan ni aku nak simpan untuk diletakkan atas meja kopitiam aku esok.

Set cawan ni agak tebal dan tiada chop made in mana-mana kat muntot cawan ni. So aku agak ia keluaran tahun 1960an, 1970an or lebih lama dari tu. Kalau kita perhatikan nowadays dah banyak re-production cawan ni dengan kaedah 'free gift' dari pengeluar-pengeluar produk kopi (tak dapat la den nak list kan) memang banyak dipasaran.

Anyway, aku dapat 4 set sahaja. Tu yang apek tu ada so aku sapu semunya. Ok chow.

Tuesday, January 31, 2012

Pelbagai Barang Kaca dan Porcelain

Sempat pergi ke TC semasa di Kuantan tempohari melepaskan dendam.
Salam,

Last 2 weeks memang aku takde masa nak update blog kecuali FB coz direct through I-Phone yang lebih senang setiap masa pun boleh update. Lagipun, last week berlakunya kisah duka dalam family wife aku di mana kakak iparnya or biras aku telah kembali ke rahmatullah pada 27 Jan 2012 (Jumaat).

So, aku tak sempat nak update apa-apa. Hasil hunting last week ada beberapa items nak di letgo dengan harga yang menarik.

Bekas biskut porcelain buatan Jepun. Corak bunga seperti dalam gambar. Saiz tinggi dalam 25 cm. Kondisi masih superb.

Harga: RM35 sahaja.

Mangkuk nasi tambah corak bunga (tak tahu) Oriental Ceramic. Mangkuk zaman 60an.

Harga: RM30 sahaja.

Jug lama bersaiz comel (saiz gelas minuman). Kaler clear. Kondisi masih cantik.

Harga: RM10 sahaja sebiji (yang ni takleh nego)

Cawan lama Federal Hotel tanpa piring. Tapi boleh replace aja dengan piring kaler putih. Ada 6 biji complete set.

Harga: RM30 saja untuk semua complete set 6 biji.

COD di Anggerik Mall setiap Ahad (10am to 1 tghri). Kalo nak pos pun boleh tapi sediakan ongkos tambahan nya yer pak..

Saturday, November 26, 2011

2 barang for sale

Salam

Lama dah tak berblog. Sebelum aku nak pi bercuti ni, aku nak jual 2 barang ni.

Cawan dan piring bunga ala bakul kaler merah. Aku ada 4 set semuanya. Satu set (1 cawan + 1 piring) RM10. Ambil semua RM35 sahaja.

Piring lauk dan mangkuk lauk ada satu jer. Ambik dua-dua RM15 saja.

Sila hubungi saya di sini or di facebook.

Tuesday, September 27, 2011

Teko Bunga Rhu dan Set Copper

Salam,

Lama dah tak ngadap blog, sejak bertukar ke Facebook. Takpe aku tepek juga entry ni. Ada 2 barang for sale.

Teko dan set bunga Rhu agak rare juga aku dapat dari Rembau. Set ini dengan 5 cawan dan 1 bekas susu. Made in Japan chop di bawahnya. Set ini bersaiz kecil (aku fikir ni set kanak-kanak). Still in good condition seperti dalam gambar kecuali teko ada crack sikit dibelah belakang tapi tak merosakkan keadaan teko.
Price: RM125 satu set.
Yang satu lagi ni plak....

Set Teko copper dengan 4 cawan dan 1 dulang. Saiz agak sederhana (tak kecil dan tak berapa besar). Still in good condition seperti dalam gambar.

Price: RM120 per set.

Rojer-rojer kalau berkenan.

Thursday, June 2, 2011

Gelas Ferrari Shell (NOT FOR SALE)

Salam,

Aku pun bukan kolektor tegar gelas Ferrari ni. Nak dijadikan cerita, last 2 week before cuti sekolah. Secara kebetulan aku nak tukar minyak hitam coz dah due. Aku memang pakai minyak Shell Helix untuk keter aku. Tak sangka plak beli minyak ni dapat free 2 gelas ferrari, so aku beli and suruh bengkel regular tu tukar minyak itam aku seperti biasa.

Ni dia gelas free tu. Bukan senang nak dapat ni. Esok-esok kalau promotion dah habis belum tentu ada lagi kan. Aku dapat 2 gelas dengan 2 jenis kereta iaitu 1952 (Tipo 500) dan 1958 (Dino 246 F1). Layanzz...


1952 (Tipo 500) - Depan

Belakang

1958 (Dino 246 F1) - Depan

Belakang

Adiosss...

Saturday, March 5, 2011

Cawan Bujang Extra

Salam,

Hari ni a sedikit slow coz penat bekerja di sepanjang minggu kot. Aku ucapkan 'Selamat berhujung minggu' kepada semua pembaca. Hari ni takda apa-apa aktiviti rasanya nak aku buat. Malam kang nak pi Kajang sat makan sate. Ni ada beberapa cawan bujang extra yang boleh dijadikan simpanan sekiranya pecah or hilang. Ada 3 jenis bunga seperti di bawah:-

Harga: RM9 satu/each (takleh kurang)

Cawan 1 (SOLD!)


Yang ni aku tak tahu bunga apa tapi memang le bunga rose. Harga seperti di atas. Semua ada 4 biji sahaja.

Cawan 2


Yang ni rose 4 kuntum or 5 kuntum kot. Ntah le. Yang ni ada 3 biji jek. Bawah tu seakan ada curve line warna emas.

Cawan 3 (BOOKED!)
Yang ni aku tau bunga peonies. Ada 2 jer.

Ok ler, kalau berkenan silalah sms and rojer aku. Hari ni kalau sesiapa duk Kajang or Putrajaya boleh le aku singgah hantar barang yang di beli.

Chow dulu...

Monday, February 21, 2011

Set Teko, Pinggan Oval dan Piring Kuih

Salam,

Hari ni baru lega sikit, kerja kat ofis dah settle. Dan penat melancong semalam dah reda. Then today, aku start nak jual pelbagai pinggan mangkuk hehe.. nak menghabiskan sisa-sisa sebelum aku pindah rumah akhir tahun ni. Malas nak terbondong-bondong bawak berat-berat esok pindah rumah. Aku kalau bab pasal bunga kat teko memang 'fail!', langsung tak tahu bunga jenis apa.

Item 1 (SOLD TO KAK N from JB)

Set teko ni aku tak tahu bunga apa kat tepi tu. Macam daun Maple tapi bukan yang selalu kita tengok kaler oren tu, yang ni lain sikit. Buatan 1960's, bentuk teko macam aladin bentuk unik sikit. Cuma set ni cawan dan piring cuma ada 2 saja. Tak cukup. Set penuh yang aku ada seperti dalam Gambar No 1 di bawah. 1 Teko + 1 bekas gula + 1 bekas susu + 2 set cawan dan piring. Kat belah bawah ada tulis 'Made in China' macam biasa la..

Harga for the whole set: RM160 (nego)

Kalau nak beli set loose (satu-satu pun boleh). No hal punya, tapi aku nasihatkan beli le set terus, senang hati aku hehe.. Harganya seperti ni:-


Harga teko (aku suka bentuknya unik) : RM80

Harga Bekas Gula : RM30

Harga bekas susu : RM25

Harga Set cawan : RM15 per set

Item 2

Pinggan Oval bunga apa aku tak tahu haha...blurr blurr Nampak macam bunga rose mixed dengan bunga-bunga lain. Panjang end to end 30cm x width end to end 24cm.

Harga: RM60 (nego)

Item 3

Yang ni piring kuih or alas gelas buatan Jopon 1960's with words "Good name is better than riches". Kaler clear.

Harga: RM8 satu (ada 4 keping semuanya, borong semua RM28 sahaja)

Sms me for further details (zul 0132296679)

Monday, January 17, 2011

Piring Hand Painted (SOLD)

Piring ni cantik dan sangat kemas lukisan bunganya tapi sayang ada satu je. Maybe boleh jadi barang untuk replacement or untuk display di kabinet. Kat montot nya takde label apa-apa (selalu ada Made in China or England) tapi yang ni tarak, kosong.


Tapi tang yang aku suka ialah lukisan bunganya (hand painted) yang cantik, detail dan kemas. Mula-mula ingat nak simpan, seperti yang aku tulis dalam previous entry aku tak berapa minat nak collect. Takpe, kalau sekiranya takde buyer then aku simpan. Saiz sama je macam standard dalam 5 1/2 inci tu.

Harga : RM40 (SOLD!)

Sunday, December 12, 2010

Cawan Bujang/Kopitiam

Salam,

Aku sejak semalam (Sabtu) sangat sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah, dengan jalan-jalan musim cuti, jemputan perkahwinan sahabat-sahabat, dan mak mentua den plak baru balik dari Mekah plak. Tapi hari ni ok la tak berapa bz dari semalam. Pagi ni, walau dalam keadaan penat, aku kena ambik 2 lagi almari antik dari kawan di Kuala Pilah (yang ni nanti aku add dalam entry yang akan datang, harap bersabar. So kepada rakan-rakan yang telah booking, dapat le aku pendek kan lagi que yang begitu panjang sejak bukan 7 lagi).

Anyway, aku ada 2 corak cawan bujang yang hendak dijual tapi dalam jumlah yang tak complete. Takpe, cawan ni boleh buat rezab or extra simpanan kalau cawan yang ada tu pecah or hilang. Cawan ni aku tak dapat dari mana-mana, cuma ada dalam simpanan aku je.


Cawan bujang kopitiam yang ni aku tak tau apa jenis bunganya. Bunganya kecil kat atas, kat bawah plak ada line curve warna emas. Ada 3 sahaja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM28 kalau ambik 3)

Cawan yang gambar kat atas ni aku tau namanya cawan kopitiam/bujang bunga peonies. Ada 2 saja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM18 kalau ambik 2).

Kepada yang sudi nak beli cawan-cawan kat atas ni sila la sms aku (013-2296679 Zul) bukan Teratak Rimbun tau nama aku hahaha. Macam selalu orang call aku panggil aku nama tu, tergelak-gelak aku. Kalau nak book, boleh ambik di Amcorp Mall pada 19/12/10 ni coz aku akan pergi sana jalan-jalan pada hari tersebut.

Monday, August 16, 2010

2 teko tanpa tutup dan 2 cawan bujang kangkung

Salam di bulan yang mulia,

Tajuk entry kemain panjang lagi, tapi barang tak lengkap. Aku terpaksa let go oleh kerana space takde nak letak. Nak simpan, nanti aku lupa plak. Lagipun nak dekat raya ni, aku letak rega murah-murah dah ler. Lagipun item ni boleh dijadikan 'spare' or extra kalau-kalau yang ada tu pecah ke.

Aku kalau dapat teko yang macam ni, mesti tutup dia takdak. Samada pecah ataupun hilang tu yang tension tu. Anyway, teko kotak punya pasal aku dah basuh siap-siap teko ni...layanzz



Teko kotak ni gambar bunga dan pemandangan, masih cantik cumanya takde tutup aja. Kalau lengkap aku jual RM100 tapi yang ni takde tutup so aku letak harga: RM50 aja (SOLD TO KAK ZIE). Kalau sesiapa ada tutup ambil la teko ni. Teko jenis kotak memang susah dapat nowadays. For me, its worth buying!.


Teko bunga ros jambatan ni saiznya lebih kecil sikit dari biasa (sederhana kot) bukan yang biasa tu korang nampak tu. Pun tarak tutup jugak. Tutup yang korang nampak kat gambar tu takleh nak ngam la, aku dah cuba banyak kali. Tak tau kenapa. Yang ni rega: RM25 sahaja.

Yang ni plak dua (2) cawan bujang bunga kangkung. Ni memang ada lebih, aku dapat kat kedai apeks. Kalau nak buat extra untuk hidangan air kopi di bulan yang mulia ni boleh la ambik dua-dua sekali. Rega: RM5 aja satu.

So, apa-apa kemusykilan sila sms aku. Selamat menjalani ibadah puasa...

Saturday, July 3, 2010

Cawan Mulot Lebar Bunga Kangkung (SOLD!)

Firstly, sorry Kak Nani coz pinjam gambar ni dari blog akak. Cuma nak tunjukkan aku ada 3 untuk dijual tapi takdak piring. Mulutnya ada garis emas masih elok cuma bunganya aja kecil sedikit dari di atas. Kalau untuk simpanan/rezab boleh le kot-kot pecah ke apa ke.

Harga: RM6 je satu. (SOLD TO KAK NOR64)

Sekian. Sms le.

Thursday, April 15, 2010

2 Set Cawan dan Piring Dodol

2 set cawan and 3 biji piring dodol for sale. Yang ni pun aku dapat sewaktu sesi jalan-jalan cari barang semalam. Ok la, letih nak cerita elok la aku tunjuk.



Cawan yang ni mula-mula aku tak tau bunga apa. Lepas aku mms gambar kat blogger yang tau so aku dah tau yang ni cawan bujang bunga Peonise, eh betul ke haha. Ada 6 biji semuanya. Harga: satu RM10 kalau ambik semua RM50 (All sold to Kak Zie).




Cawan ni bersaiz mini, kecik aja. Tapi sayang ada 2 set saja. Tulis kat belakang 'Made in China' tapi bunga aku tak tau lah nak cerita haha. Harga: RM10/set (1 cawan + 1 piring).


Piring dodol ni lain dari lain sikit (yang kaler jernih tu ye) dan saiz lebih besar dari piring dodol biasa orang jual tu (cuba tengok gambar atas bandingan dengan piring dodol biasa). Ada corak geometri kat belakang. Harga: RM8 sahaja satu (ada 3) - 2 biji sold to Kak Aina.

Ok la adios. Jumpa di bazaar Serdang Sabtu ni.