Showing posts with label Vintage Singapore. Show all posts
Showing posts with label Vintage Singapore. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Scan Info dari Vintage Singapore (Part 2)

Salam,

Sorry sepatutnya entry ni ditulis awal lagi. Info ni aku scan macam hari tu dari buku "Vintage Singapore". Kali ni, about hal minuman-minuman yang agak "femes" zaman dolu-dolu 1950an hingga ke 1960an.


Antara jenis minuman ber gas tersebut ialah F&N (founded by John Fraser 1883) , Green Spot (seperti gambar di atas), Pepsi Cola (bawah) dan lain-lain brand air. Air oren "green spot" ini yang dikeluarkan oleh Amoy canning corp Singapore zaman 1960an juga ditunjukkan dalam buku ini. Sementara air Pepsi Cola pada waktu itu diwujudkan untuk menarik generasi muda dengan konsep ala hip dan fancy. Iklan yang di tonjolkan oleh Pepsi Cola akhirnya menjadikan 'brand' mereka meletops di Asia.


Tapi yang menariknya ada beberapa minuman yang kita jarang sangat dengar seperti Framroz, Eastern Cola, Suka & Long Bros (macam dalam gambar yang akhir dan kedua akhir - sila rujuk gambar). Aku tak tahu lah, tapi at that time aku tak pernah plak minum air-air kat bawah ni. Lagi plak aku membesar di selatan Johor.

Antara air yang agak popular di zaman itu.

Semoga semua dapat info yang dishare kan. Kata orang "Sharing is caring". Sorry lah kalo fakta aku tak jitu dan tepat, minta di tambah.

Regards,


Wednesday, January 11, 2012

Scan Info dari Vintage Singapore (Part 1)

Salam,

Info pasal cawan kopitiam ni aku scan from buku 'Vintage Singapore' yang kebetulan aku beli masa pesta buku jualan murah kat Dewan Maeps tempohari. Ada satu page cerita pasal cawan kopitiam. Kalo tengok gambar ni ada beberapa jenis yang biasa kita tengok kolektor ada menyimpannya. Dalam FB rakan kolektor juga banyak aku tengok.

Now, ramai yang dah start collect balik cawan-cawan sebegini. Memang amat sesuai kalau digunakan untuk menjamu rakan-rakan kalau bertandang ke rumah. Kalau dapat letak kat atas meja kopitiam yang bulat tu sangat sesuwai sekali. Cuba baca tulisan yang agak kecil kat penjuru belah kiri dan kanan bawah tu. Tahun pembuatan dan ia dikeluarkan.

Kebanyakan cawan-cawan sebegini datang dari kedai makan kopitiam dan sebahagiannya tertulis nama kedai dan no telefon. Dan ada juga meletakkan motif bunga sahaja.

Ok, next time kita share lagi info pasal barang lain plak. Semoga memberi manfaat bersama kolektor.


Ok adioss