Showing posts with label gelas retro. Show all posts
Showing posts with label gelas retro. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Gelas Coca cola McD

Salam,
Aku ada extra untuk gelas di bawah ni 'for sale', kepada sesiapa yang mahukan gelas ini, sila email or sms aku secepat mungkin. Nak let go beberapa gelas yang ada extra.
Price: RM20 sebiji. No nego la yer.
Anyway please let me know ASAP. Thanks

Tuesday, August 23, 2011

Gelas Gelas Oren Lama


Salam,

Korang balik kampung mana raya ni? Hari ni dah puasa ke 23. Aku akan baliks on Friday petang insyaAllah ke Pontian, Johor sampai lah raya ke 2 dan akan balik ke Rombau pulak.

Lama aku tak buh gelas-gelas ni dalam blog. Hampir terlupa nak letak sejak tahun lepas. Nasib baiklah aku terpandang dalam almari aku. Baru lah teringat nak jual, tapi tak semua lah. Ada 2 deret gelas lama, tapi tak semua aku jual. Ada beberapa lagi gelas dalam kotak tak sempat aku nak publish kan semuanya. Tapi yang dalam kotak tu memang aku tak jual, sayang plak. Nak cari dah susah.

Anyway, yang nak dijual seperti di bawah ni:-

Gelas No 1 (kickapoo)

Gelas No. 2 (red lion) - SOLD!

Gelas No. 3 (red lion) - SOLD!

Gelas No. 4 (green spot)

Nota: Harga gelas setiap satu RM15. Sila sms ya..

Selharya = Selamat Hari Raya!

Thursday, June 2, 2011

Gelas Ferrari Shell (NOT FOR SALE)

Salam,

Aku pun bukan kolektor tegar gelas Ferrari ni. Nak dijadikan cerita, last 2 week before cuti sekolah. Secara kebetulan aku nak tukar minyak hitam coz dah due. Aku memang pakai minyak Shell Helix untuk keter aku. Tak sangka plak beli minyak ni dapat free 2 gelas ferrari, so aku beli and suruh bengkel regular tu tukar minyak itam aku seperti biasa.

Ni dia gelas free tu. Bukan senang nak dapat ni. Esok-esok kalau promotion dah habis belum tentu ada lagi kan. Aku dapat 2 gelas dengan 2 jenis kereta iaitu 1952 (Tipo 500) dan 1958 (Dino 246 F1). Layanzz...


1952 (Tipo 500) - Depan

Belakang

1958 (Dino 246 F1) - Depan

Belakang

Adiosss...

Tuesday, March 15, 2011

Pelbagai 1

Salam,

Lamanya aku tak berblog!

Last entry 5 March, but now dah 15 March maknanya dah 10 hari aku tak berblog. Bukan sengaja lupa dan bukan aku buat-buat lupa tapi keje aku banyak dan aku tolong wife aku siapkan 3 assignment OUMnya. Alhamdulillah, semalam dah submit and memang lega la bro. Lagipun, memang aku ada beberapa barang nak let go, tapi tak sempat nak snap foto semua dalam satu entry. Tak dan..

Almari pun aku tak sempat nak ambik dan yang ada kat rumah ni pun aku tak sempat nak baikpulih. Tengok lah sikit hari lagi. Anyway, 2 hari lepas aku sempat plak tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat GCS Alamanda hehe..

Ok lah, berbalik pada pelbagai barang ni yang aku nak let go. Ada yang baru dapat, ada yang dah lama dapat from beberapa tempat di mana aku sempat hunting. Apa lagi kalau bukan carik kat rumah-rumah orang. Itu ler aku...

Barang 1 - Gelas 7up Fido Dido 1985.




Gelas 7up 1985 Fido Dido "Dance to a different beat". Harga: RM12 satu. Ada 5 biji semuanya. Aku dapat kat rumah orang.

Barang 2 - Victorian style wall lamp



Yang ni pun aku dapat kat rumah lama. Masih dalam keadaan baik Victorian/English style wall lamp ni. Harga: RM60 (nego). Wire nya pun masih ok. Mentol je kena beli.

Barang 3 - Victorian style ceiling lamp

Hah, yang ni NOT FOR SALE. Aku nak letak kat rumah aku hehe..sebab tu aku tak amik gambar banyak, snap satu je.

Sms or email aku for further details. Thanks.

Regards,



Sunday, February 27, 2011

Pelbagai Barangan Kaca Antik

Salam,

Hari ni aku duk rumah, touch up dan baikpulih perabot sikit dan sesi bongkar membongkar, jumpa la beberapa barang untuk di 'let go'. Selak punya selak, kali ni aku jumpa pelbagai barangan diperbuat dari kaca pulak dohh.. ni diaa

Barang No. 1



Gelas minuman keluaran 1980's jenama rokok Peter Stuyvesant Menthol. Amat jarang sekali nak jumpa gelas yang dikeluarkan oleh syarikat rokok. Tinggi dalam 15cm.

Harga : RM8 satu (ada 3)


Barang No. 2


Mangkuk 1960's sup/kuih/lauk berbentuk buah dengan tangkai (tengok gambar No. 2 tu). Memang unik betul bentuk mangkuk ni. Diameter dalam 12 cm jer. Ada 4 biji semuanya.

Harga: RM6 satu (ambil semua RM20 sahaja tak termasuk poslaju)


Barang No 3 (BOOKED)

Bekas kuih antik 1960's kaler hijau. Hah, bekas ni memang kebanyakan peminat barang lama ada tapi kebanyakannya kaler coklat or clear. Mintak mahap, yang ni cuma ada satu saja dalam simpanan den.

Harga: RM10 jer (BOOKED - KAK NANIE).

Barang No 4 (SOLD via Mudah.my)


Sepasang flowerpot antik kaler hijau. Aku rasa design ni keluaran tahun 1970's. Saiz seperti dalam gambar compare dengan bateri kecik tu. Ada lukisan hand painted kat tepi.

Harga: RM25 sepasang.

Sms untuk berurusan (013-2296679 Zul), email pun boleh.

Tata...Salam di angin lalu,

Wednesday, November 17, 2010

Gelas Berkaki

Produk ni aku tau memang ramai yang nak, last time aku dah jual beberapa set gelas ni. Yang kaler pink antara yang paling cantik pernah aku tengok (cuba surf item-item yang lepas). Ni ada dua jenis kaler yang aku dapat, kuning (pernah jual dulu) dan biru (ni belum pernah tengok).

Gelas Design A. Kaler biru kehijau-hijauan dengan motif flora kat tepi. Semua gelas ada 5 biji dan complete.

Harga : RM8 sebiji (SOLD TO KAK NANIE)

Gelas Design B. Kaler orange juga dengan motif flora kat tepi. Semua gelas ada 3 biji sahaja dan tak complete.

Harga : RM8 sebiji (RM24 untuk 3 biji)

Sms aku untuk nego or buy this items. Penghantaran akan dilakukan pasa hari Sabtu di Maeps sebelah malam.

Monday, November 15, 2010

Barang F&N


Salam,

First thread sejak aku stop sekejap meniaga. This one not so 'happening' item, just nak mengisi entry kasi penuh. Barang yang aku dapat ni pun tak seberapa hebat, dapat from Seremban menyelak-nyelak dan mengorek-ngorek kat kedai lama. Dalam diam-diam aku berhasil walaupun tak berapa menarik. Anyway layanzzz...


Crate F&N, conditionnya waduh sedih tapi aku belum bersihkan lagi. Kalau rating from 1 to 10 aku bagi 6/10. Harga nak tolak murah saja RM20. Yang ni tak boleh pos yer. Kalau nak, kena ambil di MAEPS on Saturday, call aku dulu.

Gelas F&N ni ada 2 jenis corak sahaja. Setiap satu aku nak jual RM8. Ada 4 biji setiap satu design dalam stok aku.

Sms ler..

Tuesday, July 20, 2010

Gelas, mangkuk dan cawan

Ada beberapa gelas yang masih belum di let go lagi. Aku simpan dah lama, oleh yang demikian aku nak jual murah-murah saja. So sesiapa yang berkenan tu, sila lah usya-usya dulu pastu sms aku. Semua item dalam keadaan baik dan belum digunakan. Aku mahu mengemas barang-barang kaca yang terlalu banyak sangat.

Gelas lama/retro 1970an bunga kaler biru ada lining emas pada bunganya. Lut sinar di bahagian atas, lut cahaya di bahagian bawah. Ada 6 semuanya. Harga untuk semua: RM20 sahaja.




Gelas lama yang ni plak sayang cuma ada 2 sahaja. Design cantik macam crown raja dan saiz kecil. Bunga embossed seperti dalam gambar.

Harga: RM2.50 aja satu.




Yang ni cawan solo, piring dah takde. Aku ada satu jer yang ni. Made in China. Bunga aku tak tahu bunga apa. Harga: RM4 sahaja.




Ni pulak, mangkuk lengkung kecik sama saiz yang macam bunga kangkung tu. Tapi yang ni bunga sakura digurun sahara. Hehe...

Harga: RM3 saja satu. Ambik semua aku kira RM12 jer.



Ingat yer, for serius buyer only. Self collect or poslaju.