Showing posts with label bangku. Show all posts
Showing posts with label bangku. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

DIY Bangku Retro

Salam, 

Dah raya ke 6 dah.  Aku baru jer balik jalan-jalan beraya dari utara walaupun kampung aku kat selatan. Hari ni, aku nak tukar seat cover bangku ni. Aku dapat bangku ni tahun lepas dengan harga murah saja. Rasanya ni bangku untuk meja solek atau piano.

  Ni dia bangku keadaan bangku tu sebelum di make over.

Ni pula fabrik lebih dari ikea yang aku pakai untuk sofa otoman aku.


  Buka skru kat blakang bagi membolehkan fabrik baru dipasang.

Siap sudah....dengan keadaan baru.

Saturday, July 14, 2012

Bangku Besi Panjang (Not For Sale)

Salam,



Hah, the whole day sejak pagi aku ngecat. Bukan ngecat apa pun, sambil cat standing lamp yang semalam tu aku sempat cat sekali bangku panjang ni. Bangku ni merupakan bangku kesayangan wife aku. Kami beli pada tahun 2003 tak silap aku masa setahun berpindah ke sini (Nilai). Now dah dekat 9 tahun umurnya.

Jenis bangku ni dibuat dari 'pure' besi padu so memang berat. Bukan bangku jenis yang macam sekarang, part bahagian tempat duduk tu ada yang tak tahan kayunya terutama dibahagian tempat duduk tu. Kayu mudah patah. Yang ni semua part dibuat dari besi padu. Asalnya bangku ni berwarna hijau gelap. Biasa lah, barang dah lama dan duduk di luar rumah pulak tu, warnanya dah pudar akibat luluhawa.

So, ni lah hasilnya selepas dicat dengan warna yang agak 'off white' juga konon-konon ala English walaupun aku tak berapa minat English style ni. Not my type of deco style.

Adioss...

Sunday, July 8, 2012

Bangku dan Meja Retro (All Sold)

Salam,

Dalam busy2 semalam memake over almari, malam tadi sempat gak aku pi dinner ada kawan ajak kat Bukit Kiara saja nak tenangkan dan menghiburkan diri aku semalam. Okay lah sedap gak makanan sambil menonton Magic Show yang agak mengecewakan shownya.

Dinner malam tadi yang aku pi tu.

Alhamdulillah, almari semalam tu telahpun selamat dihantar ke tuan yang baru. Anyway, tiga item ni dah sebulan kat rumah aku. Cuma belum berkesempatan nak make over jer. Tapi sejak semalam aku dah start riki-riki apa nak di make overkan for these 3 items.

Hari ni sempat plak touch up hasil usaha dan pertolongan wife aku menukar semula kain pada cusion. So ada 3 barang nak di let go; satunya bangku di bawah ni dengan pencil leg lagi. Buatan zaman 1970s kaedahnya.

 Setelah ditukar dengan kain baru pada cusion.

Harga: RM85 (Sold and taken up by Azwan)

Bangku yang satu lagi ni aku tak buat apa-apa perubahan pada cusion tu. Just remain the Orange look pada bangku. Still nampak retro.

 Orange look, very retro.

Harga: RM90 (SOLD)

Last, meja kayu potong with pencil leg but this one aku tak jual yer. Sayang beb...untuk rumah baru aku



Wassalam...esok jumpa lagi

Friday, January 13, 2012

Bangku Kopitiam C (2 BOOKED, 1 SOLD)

Salam,

Sorry gambar agak jauh sayup. Tak nampak bangkunya macam mana. Tu la, aku nak pi zoom dekat-dekat tak boleh nak masuk. Padat sangat dengan barang stor mamat ni. So, nak dijadikan cerits, aku booked la cepat-cepat dengan mamat ni 3 ketul bangku kopitiam jenis empat segi tu.


Bangku tu yang 2 kat kiri tu. Sebiji lagi aku dah angkat tadi. Yang kanan tu meja kopi. Untuk dijual jugak pada entry akan datang.

Tapi, yang ni bangkunya saiz besar sedikit dari yang kita biasa nampak. Memang selesa kalo duduk. Harga: RM70 fixed (2 BOOKED, 1 SOLD!). Tak boleh kureng coz aku ambik dari mamat ni pun dah agak mahal. Nowadays susah dah nak carik bangku ni.

Harga termasuk restore dan penghantaran/COD di Putrajaya.

OK or KO

Thursday, July 21, 2011

Bangku Kopitiam A dan B (ALL SOLD!)


Bangku Kopitiam A

Salam,

Lama betul den tak bukak entry baru. Memang tarak masa. Bangku ni baru dapat, last 2 weeks. Nak touch up pun tak sompek laie. Bangku ni jenis bulat (tengok gambar atas). Kondisi amat baik sekali, kayu masih kukuh dan utuh. Ok den nak tolak muragh jo. Cumo ado duo (2) bijik sajo.

RM50 satu (nego)

Bangku Kopitiam B (Posting Asal 24 Mei 2011)

Salam,

For sale!. Bangku ni aku pernah jual dulu. Yang ni aku dapat lewat last year, tapi malangnya satu jer ada yang aku dapat. Nanti aku cuba korek-korek hunting extreme minggu depan. Nak tolak murah-murah saja. Kondisi dah dibaikpulih apa yang patut dan divarnish semula (restored).


Harga: RM30 sahaja (no discount yer..huhu)

Sila lah call/sms me for details. Minggu depan aku akan bercuti seminggu yahooo...Adioss..