Showing posts with label peti kayu. Show all posts
Showing posts with label peti kayu. Show all posts

Monday, February 18, 2013

2 barang for sale

Salam,

Sempat gak aku hunting tempohari weekend lepas. Ada 2 barang saja untuk diletgo.



Ni dia...tapi aku cuma nak let go 2 barang saja yang ada atas kerusi lama tu. Satu tu alat shower pot untuk siram pokok bunga dan satu lagi tu kotak kayu.


Harga: RM60



Harga: RM120 (boleh nego)

Ok kalo berkenan bolehlah sms aku. Kerusi seatee tu belum boleh jual lagi coz belum restore lagi. Tapi kalo nak direserved kan boleh. Harga RM350 tapi cuma ada sebiji saja. Terima kasih.

Thursday, October 25, 2012

Pelbagai Barang

Salam,

Sempat hunting hari Ahad (21/10/12) lepas setelah pada sesi paginya aku berniaga di Anggerik Mall (tumpang gerai Sharif, thanks ya). Itu pun coz ada customer nak ambik 2 peti lanun tu (tima kasih juga, lain kali boleh beli lagi). Dapat lah aku beberapa barang, antaranya:-


1) Pelita Besar ada chop burung swallow kat tepi. Condition masih cantik. Harga: RM80 (nego)


2) Balang kaca lama dengan penutup/lid (penutup ada rosak sikit tapi kaca balang masih superb). Kaca memang dari jenis tebal. Harga: RM60 (boleh nego).


3) Kotak display (mungkin First Aid Kit dulu-dulu). Akan di restore dan diletakkan kaca. Ni boleh display miniature, tin toy, mainan lama, action figure dan sebagainya. Harga: RM120 (siap restore dengan handle baru).

Itu saja setakat ni. Sekiranya berminat, sila email or sms saya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Wassalam.

Wednesday, October 24, 2012

Vintage Box

Salam,

Box or peti lanun ni aku dapat dari seorang sahabat di Mantin. Peti ini peti lama design biasa-biasa saja cuma belum lagi di restore. Tunggukan kemunculannya proses restoration tersebut. Lepas tu baru boleh tau berapa nilai untuk dijual.


Tunggu....aku akan tepek sini proses tersebut.

Monday, October 8, 2012

2 Peti Lanun lagi (ALL SOLD!)

Salam,

Aku join niaga lagi kat Anggerik Mall setelah sekian lama tak meniaga tapi kali ni aku tumpang En Sharif punya gerai. Dapatlah melepaskan gian. Tima kasih banyak-banyak.

Antara barang-barang yang aku dapat jual, jadi lah...

Lori metal ni dah sold sejak pagi lagi. Sorrylah geng, tak dapat diselamatkan. Dah bertukar owner.

Samalah juga dengan teko comel rose kobis ni. Jarang nak jumpa teko bunga ni saiz kecil lagi dah lepas ni. Taken up and SOLD already.

Ok, back to business. Ni ada 2 peti lanun (kayu) yang aku nak let go dengan saiz yang berlainan. Kayu diperbuat dari kayu Meranti or Seraya tak dapat dipastikan. Ni cantik jugak kalo dibuat display atas almari atau meja. Boleh juga digunakan untuk meletak magazine or anything lah. Condition masih baik dan tiada kayu yang pecah or retak.

1) Peti A

 Saiz 62cm panjang left to right x 38cm lebar x 15cm depth (kedalaman)
Harga: RM98 (BOOKED!)

2) Peti B

Saiz 56cm panjang kiri ke kanan x 38cm lebar x 13cm depth (kedalaman)
Harga: RM88 (BOOKED!)

Kalau interested sila lah sms or pm aku, boleh lah aku bawa sekali jika aku berniaga sekali lagi. Barang boleh di collect kat Anggerik Mall minggu depan.

Tuesday, June 12, 2012

Peti Harta Karun Antik (Kayu Jati) - SOLD!

Salam,

Item ni telah di SOLD!. Nak update sikit pasal peti lanun ni. Last week telah pun di restore semula dan disyelek ikut warna asal. Dan sedikit perubahan pada tombolnya yang mana telah ditukor dengan tombol tembaga lama. Tombol ni aku dapat di Kedai Antik Jonker Street. Anyway, layanzz...

 
Tombol a.k.a pemegang baru yang baru diganti.

Ni dia wajah baru peti lanun tu.


Posting asal 28/5/12

Salam,


Peti antik ni aku dah publishkan dalam FB dan juga mudah.my, saja aku ulang tayang sekali lagi dalam blog ni supaya senang dijual. Peti ni memang berat kerana ianya dari kayu jati. Panjang peti dalam 3 kaki lebih. Tombolnya aku akan tukar ke tombol antik dan keseluruhan peti ini aku akan restore semula jika ada buyer.

Harga ditawarkan: RM150 (SOLD ALREADY, SORRY)

Peti ini sangat sesuai sekali untuk dijadikan hiasan dalam rumah atau dijadikan meja kopi. Berkenan? Jom sms or call saya. Wassalam.