Showing posts with label pelita lama. Show all posts
Showing posts with label pelita lama. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Pelita England dan beberapa komik

Salam,

Pejam celik dah sampai hari ke-5 berpuasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk rakan-rakan sekalian.Tak lama lagi, dah nak beraya pulak. Last week before puasa sempat gak aku meniaga buat kali terakhir sebelum puasa di Anggerik Mall. Barang-barang di bawah ni lama dah aku dapat cuma tak ferasan dalam kotak di stor dan buku-buku pulak, setelah aku tapis-tapis jumpa la plak so boleh lah jual.

Pelita di bawah ni buatan England, siap ada penutup plastik untuk memadamkan pelita tu rasanya. Ada rakan-rakan kata, ni pelita yang selalu jumpa di hospital-hospital zaman dulu untuk membakar mata injection. 

Ada 2 novel komik (jenis tebal, bukan nipis) dan 1 komik nipis tahun 1994 Star Wars for sale. Layanzzz....


Pelita England harga RM50 tak masuk pos.


Novel komik Spiderman Annual 2006 harga RM10.


Novel Komik G.I Joe "The Rise of Cobra" harga RM12.


Komik Star Wars Darl Empire II harga RM30.

Ok, selamat berbuka puasa. Kalau minat PM, whatsapp atau sms.

Thursday, October 25, 2012

Pelbagai Barang

Salam,

Sempat hunting hari Ahad (21/10/12) lepas setelah pada sesi paginya aku berniaga di Anggerik Mall (tumpang gerai Sharif, thanks ya). Itu pun coz ada customer nak ambik 2 peti lanun tu (tima kasih juga, lain kali boleh beli lagi). Dapat lah aku beberapa barang, antaranya:-


1) Pelita Besar ada chop burung swallow kat tepi. Condition masih cantik. Harga: RM80 (nego)


2) Balang kaca lama dengan penutup/lid (penutup ada rosak sikit tapi kaca balang masih superb). Kaca memang dari jenis tebal. Harga: RM60 (boleh nego).


3) Kotak display (mungkin First Aid Kit dulu-dulu). Akan di restore dan diletakkan kaca. Ni boleh display miniature, tin toy, mainan lama, action figure dan sebagainya. Harga: RM120 (siap restore dengan handle baru).

Itu saja setakat ni. Sekiranya berminat, sila email or sms saya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Wassalam.

Sunday, July 29, 2012

Pelita Lagi

Salam,

Antara pelita-pelita yang sempat aku sapu kat kedai nyonya tu.

Pagi ni jalan-jalan sambil hunting di Pekan Rantau walaupun dalam keadaan berpuasa. Memang amat memenatkan, tapi aku sememangnya ada agenda lain nak ke sini. Ya, sebenarnya aku nak hantar banyak pakaian raya yang dah dijahit untuk buat jahit tepi. Dah nak raya ni, banyak kedai dah surrender takmo amik jahit tepi ni. So, nak tak nak kena lah aku pi sini. Sini senang sikit coz dah biasa dengan keadaan kat sini, kira last alternatif lah. So dalam pada nak menunggu pakaian tu dijahit, aku ronda-ronda lah dulu kat deretan kedai lama kat pekan ni.

Tak sia-sia jugak coz aku dapat hunting barang sekali. At least ada lah juga hasilnya seperti kat gambar atas nun. Ada beberapa barang aku nak let go, please sms or email aku secepat mungkin kalau berkenan.

1) Pelita Kawin

Pelita kawin warna merah dengan tulisan takde sarikata ni aku dah ada sebiji dalam koleksi aku. So yang ni aku nak jual. Keadaan masih dalam kotak NOS. Harga: RM25.

2) Pelita plastik kaler kuning

Pelita ni pada aku agak unik, coz dalam banyak-banyak pelita yang ada dalam koleksi aku yang ni aku belum pernah dapat. Aku dapat 3 biji. Sebiji nak simpan, 2 biji aku nak jual dengan gambar 'Amoi' yang berbeza (Type A dan Type B). Harga: RM20 sahaja.

Type A (amoi rambut lepas paras leher)


Type B (amoi rambut ikat)

3) Stom/Chimney pelita

Ada 2 jenis stom atau chimney pelita yang aku dapat so ada extra la. Yang besar RM15, yang kecik RM7 (ada 2 biji).


Kalau berminat silalah call/sms/email semua teknik pun boleh or dalam FB pun ada. Klik lah like pada pages di sebelah kanan ni. Kalau takleh pi mudah.my pun aku ada store. Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa.

Tuesday, July 17, 2012

Pelita Nyonya

Salam,

Semalam petang lepas balik keje, sempat aku singgah satu kedai di Seremban. Pada asalnya aku nak carik cat kat satu kedai hardware lama ni. Kedai ni memang terletak di deretan bangunan lama di pusat bandar Seremban. At last, search punya search lain plak yang aku jumpa kat kedai apeks ni. Pelita ni biasa kita nampak. Tapi nowadays nak jumpa balik susah dah. Ada 10 biji jer tinggal kat kedai apek ni. Ni barang NOS (new old stock).


So, dengan rakusnya aku ambik semua stok yang apek ni ada. Jadinya, hari ni aku ingat nak letgo 2 biji. The rest aku nak simpan untuk spare. Kot-kot esok harga naik aku jual lagi. Sorry, dalam gambar takde stom or chimney. Aku tak letak, bukannya takde. Cuma tang gambar amoi tu aja ada satu jenis. Gambar amoi lain takde, tak jumpa plak dalam kedai.

Anyway, sapa berkenan just let me know. Harga: RM20 sebiji.

Sms me or email. Adioss...

Thursday, June 9, 2011

Kaki Lilin (BOOKED!)

Salam,

Semalam balik from site, member ajak singgah kat satu tempat ni.

Rumah lama yang aku pergi semalam memang tak rugi gak aku pi. Walaupun agak menyeramkan tapi best betul. Apa tidaknya, tak sia-sia jugak aku pi coz at least ada jugak barang aku dapat. Rumah lama ni maksud aku bukan rumah yang ditinggalkan tapi masih ada penghuni. Penghuninya memang sporting. Macam ala American Pickers aku semalam. Member aku bawak pi jenguk satu makcik ni. Dia tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Tapi sayang banyak plak barang dia takmo jual. Katanya 'sentimental value'. Aku cuma dapat satu ni jer, takpe la.

Kaki lilin ni memang buruks gilos dan berhabuk masa aku dapat. Tak kisah lah pasal condition nya. Kalo boleh biarlah macam ni, nampak lama dan antik lagi bagus. Tinggi dalam 43 inci dan kaki empat segi kat belah bawah tu berukuran 15 inci x 15 inci. Tahun ianya dikeluarkan tak la den ketahui. Tapi kalau buat display memang cantiks!





Based kaki

Anyway, harga ditawarkan dalam lingkungan RM180 (BOOKED BY ABG KHALID SG BESI). In case kalau takde orang nak, nampaknya aku terpaksalah simpan. Hehe...

Arghhh ngantuk nak titun,

Tuesday, February 22, 2011

Pelita Gantung (NOT FOR SALE)

Salam,

Ahh, leganyaa hari ni aku bercuti coz nak menghilangkan penat sejak 2 hari yang lepas.

Pelita or kerosene lamp memang aku minat jugak nak mengkolek nya. Cuma kadang-kadang jer aku dapat jenis yang pelik-pelik or rare. Memang susah nak carik jenis yang rare ni. Yang re production, toksah citer la melambak kat mudah dan kat blog orang jual. Yang tu lagi laa aku tak berminat. Pelita gantung yang ni aku dapat dari Rengit. Nak kata rare, tak jugak tapi bukan re production. Nampak memang lama coz ada part yang di buat dari enamel dan ada part dari porcelain. Sedara aku bawakkan dari kampung semalam petang. Tak sempat nak snap semalam. Hari ni baru aku berpeluang. Yang uniknya, pelita ni saiz kecil tapi boleh di gantung.



Tinggi dalam 12cm termasuk tutup.

Bekas minyak tanah (kaler hijau) tu dibuat dari enamel dan storm (penutup atas berbunga vintage) dari porcelain. Very unik, nampak ala ala victorian style and kalau tak sure aku dah jual kat dalam blog ni haha..

Ok, tata for now

Monday, February 14, 2011

Pelita dengan Penggantung Tembaga (NOT FOR SALE)

Salam,

Sejak dari semalam aku busy sikit, ada beberapa kerja nak disudahkan (beberapa almari hendak di restore semula). Malam ni lah aku free sikit. Sempat lah aku tonton rancangan paling aku minat American Pickers kat History channel. Malas plak aku nak bercerita kat sini pasal rancangan tu malam ni kat dalam entry aku ni. Korang tengok la sendiri ulangannya esok jam 5pm.

Ok lah, malam yang syahdu ni (esok kan cuti Maulidur Rasul) aku nak bercerita sikit pasal satu pelita ni...aku dah lama dapat tempat gantung tembaganya sejak tahun lepas, tapi pelitanya aku baru dapat last week dari apek di Lukut PD. So lengkap lah koleksi antik ni kecuali 'storm' or penutup serombong kacanya saja aku belum dapat (tapi ni senang carik kat kedai coz saiznya standard yang panjang tu ramai member aku ada).

Ada tulis kerosene lamp kat tepi pelita.

...tinggal storm aja yang belum ada. Kalau siap pasang storm kat atas, complete lah pelita gantung ni.

Bulatan kat atas tu le aku ingat nak letak mentol dan digantung guna rantai kecik.

Pelita ni memang dah lama aku carik untuk dipadankan dengan penggantung pelita tembaga ni. At last jugak, minggu lepas (tak hengat aku hari apa) aku dihubungi oleh apek yang aku kenal kata "jenis lampu yang lu mau, wa ala jumpa owhh.. tapi harga manyak tinggi sikit. Wa kasi kulang la, lu punya pasat", lebey kurang gitu la apek tu kata. Dia ni memang pantang ingat dalam fikiran dia pasal aku, mesti nak jual apa-apa saja barang yang dia baru jumpa. So, dengan pantas aku pi amik dan pelita tu memang ngam (before this aku dah ukur saiz base nya). Wa caya lu la pek.


Cuba tengok base nya ngam dengan pelita. Tu yang wa suka tu..

Aku cuma belum berkesempatan untuk menggantung dan menyesuaikan tempat gantung kat atas tu dengan saiz lampu standard yang akan aku buh kat atas gelung tu nanti (takpe aku alter jadi Mcgyver le nanti). Before this memang aku dah tunjuk kat apek ni sejak aku beli di Seremban tempat gantung pelita tembaga ni. Aku siap gaduh lagi dengan apek ni dia kata benda ni bukan untuk gantung pelita. Anyway, aku dah menang now.

So malam ni aku boleh sleep tight coz satu impian aku dah tercapai, Alhamdulillah.

Anyway thats all for today,

Tuesday, January 11, 2011

Pelita (NOT FOR SALE)



Salam,

Dua tiga hari ni aku tersangatlah busynya dengan ofis punya preparation of paperwork. Minggu ni aku sangat yakin memang aku kurang berblog. Esok lusa paper dah nak kena submit, confirm aku 'flat' lepas tu. Ni pun pelita yang aku dah beli dari member aku di hantar petang tadi dengan selamatnya.

Cantik jugak pelita ni, sempat snap 2 foto lepas bukak dari parcel poslaju. Aku beli pelita ni agak mahal sedikit dari yang biasa aku dapat coz aku dapat dari penjual antik jugak. Pelita ni tinggi dalam lebih kureng 30cm. Cuba tengok previous ENTRY sebiji macam pelita hijau saiz besar tu cuma texture dan corak timbulnya tu lain sikit. Sorry yer sekali lagi coz item ni NOT FOR SALE.

Wednesday, December 29, 2010

Koleksi Pelita (NOT FOR SALE)

Salam,

Bertemu kembali di kedai maya aku haha. Lama betul tak menaip, gatal tangan rasanya. Kali ni aku nak tunjuk aku punya koleksi pelita. Tak banyak mana pun, tapi aku sayang nak jual dan aku nak simpan setiap satu jenis dan bentuk yang ada. Memang sebelum ni aku dah banyak menjual pelbagai jenis pelita. Dari yang kecik sampai yang besar dan dengan pelbagai bentuk macam-macam yang aku ada dari bentuk angsa ke arnab ke telefon. Sayang, kebanyakannya aku dah jual banyak yang bentuk cantik-cantik tu.

Now, nak carik lagik memang dah payah dan yang tinggal dan dapat diselamatkan cuma yang di bawah ni saja. Zaman ni, kalau ada pun banyak yang re-production dari China melambak kat pasaran. Dah tak best jadiknya. Tu yang malas aku nak carik pelita lagi.

Ok layanz..

Koleksi pelita yang aku ada

Snapshot dari arah kiri

Pelita Besar

Pelita Saiz Sederhana

Pelita Saiz Kecil

Thursday, December 9, 2010

Lampu Antik (SOLD!)

Salam,

Dalam masa seminggu ni aja dah 2 jenis lampu aku dah jual. Lampu ni sebeno nya banyak cerita disebaliknya. Aku dapat last week dari member aku di Melaka (area Merlimau) sempat dia hantar ke Nilai kononnya nak pi Nilai 3 haha. Dia keje nya kontraktor kecil-kecilan buat renovation rumah. Last 2 weeks, dia bukak satu rumah agak lama di bandar Melaka. Aku rasa lampu ni era 1950an. Takpa, member mintak tolong jualkan, so aku tolon la kan. Untung 50-50 la.

Semua barang-barang lama dalam rumah, anak owner dah sapu dulu. Sayang sekali yang ditinggalkan cuma lampu antik ni je satu. Hehe...so member aku suruh le aku jual, tapi belum sempat aku letak dalam blog ni (dengan kesibukan aku pergi Kuantan umah abang ipar aku tu last week) item ni dah ada orang nak.


Dimension : 40cm tinggi and 28cm lebar. Member ofis aku nak lampu ni, katanya untuk diletakkan di ruang 'patio' rumah semi-D dia di Mantin.


Harga yang ditawarkan: RM1,500 (nego) - SOLD TO AZMIE!

Tuesday, December 7, 2010

Pelita Gantung Lama (NOT FOR SALE)

Salam,

Sebelum aku mulakan entry, aku nak ucapkan salam Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca dan pelanggan aku. Semoga tahun ini akan lebih maju dan cemerlang lagi. Lama tul aku tak update blog ni. Aku di Kuantan sejak Sunday lepas. Sempat gak jalan-jalan kat Kuantan, makan satar, pergi Gambang Waterpark bagai.. cuma sayangnya aku tak sempat nak snap-snap foto. Lupa bawak kamera la! haha..dah tua-tua ni semuanya lupa.


Ok la, entry ni yang sebenarnya lama dah aku buat cuma tak sempat-sempat lagi nak on. Pelita gantung ni aku dapat di Rengit. Selak-selak celah timbunan pinggan mangkuk yang berhabuk macam nak rak tu, aku terjumpa barang ni. Masa jumpa tu, condition nya alahai teruk bebenor. Semua part barai, aku jumpa part nya di merata tempat. Stom nya aku jumpa tempat lain, badan nya aku jumpa kat area pinggan mangkuk. Badannya sudah di polish cantik dengan stom nya. Now aku dah gantung untuk letak dalam galeri. Cuma rantai tu jek aku pakai penarik 'flush' tandas tembaga carik kat kedai hardware.

Tinggi pelita dalam 30cm x lebar 18cm dengan storm warna putih kabus tengahari. Body diperbuat dari tembaga. Sorry gambar zoom takde coz very the kelam.

Sorry yer pelita ni not for sale..

Monday, May 31, 2010

2 pelita antik (BOTH SOLD!)

Assalamualaikum sekali lagi,

Pelita ni merupakan koleksi pelita ayan or enamel aku. Ada lebih so aku nak let go satu iaitu yang kaler biru. Lama gak aku pikir nak let go ke idak. Tapi space nak letak tarak, lagipun aku tak berapa layan pelita sangat. Mungkin ada diluar sana yang suka collect pelita perlu ada koleksi ini untuk disimpan buat tayangan umum coz budak zaman sekarang dah tak konal pelita dah. Anyway, layan...zasss



Pelita Antik Enamel Biru. Pelita jenis ni selalunya keluaran 50an dan 60an. Diperbuat dari ayan (besi enamel) dan bersaiz besar dan bagak. Tinggi lebih kurang 15 inci (lihat gambar) dengan warna biru. Very rare and vintage item.

Price: RM280
(Sold at mudah.my)



Pelita antik Pink idaman wanita (hehe..). Warna pink dengan design menarik. Corak timbul di permukaan botol kacanya. Very rare and vintage item. Tinggi dalam 8 inci.

Price: RM120 (Sold at mudah.my)